Satu artikel dari Medical News Today menunjukkan bahawa melakukan 10 minit aktiviti boleh memberi peningkatan singkat kepada otak khususnya pada prestasi mental kita.
Fakta ini bukan saja memotivasikan kita membuat latihan otak, malah memudahkan kita mengatur masa dengan baik.
Latihan otak perlu kita lakukan setiap hari agar kebolehan otak kita berkembang maju.
Berikut adalah 2 latihan otak yang boleh dilakukan dalam tempoh 10 minit.
Credit: RF._.studio
1. Membaca buku Secara kuat
Aktiviti ini membantu memperbaiki “Lobos Temporal” atau “Temporal Lobe” di Otak kita.
Bahagian ini mengawal pendengaran, ingatan, ucapan, dan pemahaman kita.
Oleh itu, apabila kita kerap berlatih, prestasi pendengaran, ingatan, ucapan dan pemahaman kita akan meningkat.
Dengan hanya 10 minit sehari, saya pasti kita akan dapat melakukannya secara konsisten.
2. Menghasilkan Mind Map
Aktiviti ini membantu memperbaiki “Frontal Lobe” dan “Occipital lobe”
Frontal lobe berfungsi mengatur pemikiran, perancangan, penyelesaian masalah, pergerakan fizikal, dan memori jangka pendek.
Occipital lobe berfungsi untuk memproses gambar dari mata dan mengaitkan maklumat itu dengan memori di otak.
Oleh itu, apabila kita kerap berlatih menghasilkan mind map, prestasi pengaturan pemikiran, perancangan dan pemprosesan gambar kita akan meningkat.
Cara berlatihanya adalah seperti ini, Jika kita melihat artikel yang mengandungi perkataan yang berperenggan-perenggan, gantikanlah ia dengan template mind map agar lebih ringkas dan spesifik.
Baca juga: 32 Tips untuk Konsisten Sepanjang Tahun
Kesimpulan
2 latihan otak ini memainkan peranan penting dalam perkembangan kerjaya kita.
Ia bukan saja memperkukuh ucapan dan pemahaman kita, malah membiasakan kita untuk mengatur pemikiran dan perancangan.
Selitkan latihan ini dalam rutin harian kita tanpa menganggu rutin-rutin penting yang lain.
Semoga konsisten.