Malaysia telah ketinggalan di belakang sasaran dengan 21.3% purata perokok pada 2019, hampir 3 mata peratusan lebih tinggi daripada sasaran 18.5 peratus untuk tahun itu dalam pelan strategik.
Pelan itu mencadangkan matlamat 16.7 peratus kelaziman merokok untuk tahun 2022.
Dalam erti kata yang lain, peratus perokok bukannya berkurang, malah bertambah.
Namun, perkara yang paling penting lagi ialah adakah kita ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Jika tidak, jangan buang masa membaca artikel ini.
Jika ya, berikut ialah 5 tindakan yang boleh kita ambil untuk berhenti merokok dan menikmati kehidupan yang lebih sihat:
Kredit: mentatdgt (Pexels)
1. Fokus pada cara untuk ‘kekal berhenti’
Matlamat kita bukan untuk berhenti merokok; sebaliknya, untuk “kekal berhenti,”
Ini kerana, kita selalu berhenti beberapa kali, tapi kita tidak dapat berhenti secara kekal.
Dicadangkan kita memecahkan matlamat kita yang lebih besar untuk berhenti menjadi matlamat yang lebih kecil.
Sebagai contoh, pelajari pelbagai pencetus yang boleh membuatkan kita ingin merokok.
Dengan cara itu, kita boleh berhati-hati dan mencari penyelesaian untuk tindakan tersebut.
2. Jadikan setiap kali berhenti sebagai pengalaman pembelajaran
Kebanyakan perokok berhenti 8 hingga 12 kali, kerana ketagihan rokok, sebelum mereka berjaya berhenti untuk selamanya.
Keadaan ini adalah perkara biasa, cuma yang membuatkan kita berbeza ialah adakah kita mengambil pengajaran daripada setiap pengalaman ketika kita berhenti.
Selalunya kita akan berkata seperti:
- Saya tahu betapa kuatnya keinginan ini
- saya tahu melihat rakan saya merokok adalah pencetus besar
- saya tahu bahawa tekanan dalam hidup saya adalah pencetus besar
Pendekatan yang kita gunakan untuk berhenti harus dari sudut pandang bahawa lebih banyak perkara yang kita pelajari ketika kita berhenti, maka lebih besar peluang kita untuk berhenti secara kekal.
3. Gunakan talian telefon dan aplikasi untuk sokongan
Kumpulan-kumpulan sokongan untuk orang yang ingin berhenti merokok semakin berkurangan, jadi disyorkan untuk kita menghubungi talian bantuan berhenti untuk mendapatkan bantuan luar.
- MQuit – talian berhenti merokok yang boleh kita hubungi untuk sokongan dan maklumat. Talian dibuka dari 9 pagi hingga 6 petang. 04-653 5999 atau ketahui lebih lanjut di www.jomquit.com.my
- Klinik Berhenti Merokok Persatuan Kanser Kebangsaan – menawarkan gabungan kaunseling dan terapi penggantian nikotin. +603 2630 6670 atau emel swinder@cancer.org.my.
- Klinik Berhenti Merokok Institut Jantung Negara – menawarkan kaunseling, sokongan, penilaian gaya hidup, rawatan & perubatan, terapi penggantian nikotin & bukan nikotin bersama dengan perjumpaan kumpulan sokongan dua kali sebulan. Hubungi +603 2617 8200 atau layari http://www.ijn.com.my/specialty-clinics/quit-smoking-clinic/ untuk maklumat lanjut.
4. Bercakap dengan pembekal perubatan kita
Kita yang ingin berhenti merokok boleh bercakap dengan pembekal perubatan kita untuk menghasilkan pelan rawatan yang dipenuhi dengan pelbagai strategi yang berkesan.
Doktor boleh memberi ubat untuk membendung keinginan rokok dan menjadikannya lebih mudah diurus.
Ia adalah penyelesaian jangka pendek untuk membantu melatih otak kita untuk tidak menginginkan rokok dengan kuat.
Ubat yang diberikan oleh doktor bergantung pada situasi khusus kita.
Baca juga: 32 Tips untuk Konsisten Sepanjang Tahun
5. Atasi punca masalah
Kebanyakan kita yang merokok adalah disebabkan untuk menangani beberapa isu asas dalam kehidupan kita seperti tekanan atau kebimbangan.
Apabila kita menghadapi emosi itu semasa berhenti, naluri kita akan beralih kepada rokok.
Jika kita sentiasa bergantung pada rokok sebagai mekanisme untuk mengatasinya, dan kita tidak mempunyai pengganti, maka tumpuan kita hanya akan tertumpu pada rokok.
Untuk memenangi cabaran ini, disyorkan bahawa untuk selalu mendapatkan kaunseling.
Kita akan dapat mengenal pasti dengan lebih baik sebab-sebab kita merokok dan berusaha mencari cara yang lebih sihat untuk memproses emosi kita.
Kesimpulan
Keputusan kita untuk berhenti merokok akan membantu kita untuk fokus pada perkara lain yang lebih menguntungkan.
Manfaatnya bukan saja akan terlihat dari sudut kesihatan kita malah juga akan terlihat dari sudut kewangan kita.
Demikianlah informasi lengkap yang mengulas tentang langkah berhenti merokok dan menjalani kehidupan yang lebih sihat.
Untuk berhenti merokok secara konsisten memang tidak mudah.
Namun, bagi orang yang bertekad boleh menjadi mudah apa lagi kalau kita tahu caranya.
Dapatkan lebih maklumat tentang Kesihatan dengan mengklik CNN Health.