SantroSondy.com

Menu
  • Home
  • Lirik Lagu
  • Senarai
  • Tutorial
Home
Lirik Lagu
18 Lagu Untuk Majlis Perkahwinan

18 Lagu Untuk Majlis Perkahwinan

Santro Sondy June 15, 2022

Lagu untuk majlis perkahwinan mestilah terbaik dan mempunyai makna yang kuat di sebaliknya.

Selain itu, pilihan lagu yang betul juga akan menambahkan kemeriahan majlis perkahwinan dan keceriaan hadirin khususnya pengantin adalah diutamakan.

Berikut adalah 18 lagu yang dapat menambah kemeriahan sesebuah majlis perkahwinan di Malaysia.

lagu untuk majlis perkahwinan

Kredit: Mikhail Nilov (Pexels)

1. Direnjis-renjis – Puan Sri Saloma

Lagu ini sesuai kerana liriknya mengambarkan pengantin sedang duduk diatas pelamin.

Dan, apabila keluarga terdekat datang, mereka akan direnjis dengan air mawar.

Kemudian, setelah bersanding mereka berjalan menyapa keluarga dan tetamu yang datang di majlis perkahwinan mereka.

Kita sebagai penyanyi mendoakan kegembiraan pengantin sampai ke anak cucu.

2. Bunga Rampai – Zaleha Hamid

Lagu ini sesuai kerana liriknya mengambarkan pengantin lelaki memuji kecantikan si pengantin wanita.

Kecantikannya makin pandang bertambah.

Kali pertama melihat si pengantin wanita, hati si pengantin lelaki berdebar bercampur dengan rasa suka.

Dipendekan cerita, hari ini merupakan hari bahagia si pengantin lelaki dan wanita.

3. Kompang Dipalu – Izam (eye) + waheeda

Lagu ini sesuai kerana liriknya mengambarkan keadaan di majlis perkahwinan.

Bunyi kompang yang dipalu untuk pengantin yang sedang duduk bersanding.

Kadang-kadang terlihat pengantin tersipu malu kerana paluan itu menjadikan mereka menjadi tumpuan utama.

Melihat gelagat si pengantin kedengaranlah senyum tawa gembira sanak saudara mereka.

Kita sebagai penyanyi juga turut menyampaikan doa untuk kesejahteraan pesangan pengantin hingga ke akhir zaman.

4. Joget Malam Berinai – Sanisah Huri

Lagu ini sesuai kerana liriknya mengambarkan keadaan malam sehari sebelum hari perkahwinan.

Kita sebagai penyanyi membawa pengantin mengimbau persediaan-persediaan yang dilakukan untuk perkahwinan mereka khususnya dalam ketika malam berinai.

Lagu ini juga memberi pendedahan kepada hadirin bahawa setiap orang yang inainya sama atau hampir sama dengan pengantin merupakan ahli keluarga dan rakan terdekat pengantin.

5. Joget Pengantin Baru

Lagu ini sesuai kerana liriknya mengambarkan kita sebagai penyanyi mengucapkan tahniah kepada pengantin dan menyampaikan sedikit pesanan tentang rumah tangga yang rukun, sabar dan cinta setiap hari.

6. Berapakah Hantarannya – Junainah M.Amin

Lagu ini sesuai kerana liriknya mengambarkan kita sebagai penyanyi bercerita tentang maksud hantaran yang sebenarnya, ia bukanlah uang beribu tetapi hantaran dari hati ke hati.

7. Ya Maulai – Siti Nurhaliza

Lagu ini sesuai kerana liriknya mengambarkan kita sebagai penyanyi menyampaikan hajat si pengantin wanita untuk membawa hatinya pulang untuk dijadikan pendamping seumur hidupnya.

8. Diam-diam Jatuh Cinta – Ramlah Ram

Lagu ini sesuai kerana liriknya mengambarkan keadaan si pengantin semasa pertama kali berpandang mata dan jatuh cinta.

Mula-mula mereka malu, namun dalam hati mereka ada kemahuan.

Dipendekkan cerita, setelah banyak perjuangan dilakukan, akhirnya mereka telah berkahwin.

9. Jangan Pisahkan – Mayang Sari & Deddy Dores

Lagu ini sesuai kerana liriknya mengambarkan kesungguhan si pengantin mengorbankan segalanya demi untuk bersama-sama seumur hidup mereka.

Maksud lagu ini akan lebih sampai jika dinanyikan mengikut versi Mayang Sari dan Deddy Dores.

10. Sandarkan Pada Kenangan – Siti Sarah & Jamal Abdillah

Lagu ini sesuai kerana liriknya mengambarkan si pengantin lelaki dan wanita sedang mengingatkan antara satu sama lain tentang kehidupan rumah tangga yang mereka akan hadapi pada masa depan.

Selain itu, nasihat untuk menangani Perasaan Benci dan persengketaan juga turut tersurat dalam lirik lagu ini.

Lagu ini sangat BAGUS untuk dinyanyikan pada majlis perkahwinan.

11. Ku Ada Kamu – Adira

Lagu ini sesuai kerana liriknya mengambarkan harapan si pengantin wanita kepada si pengantin lelaki untuk sama-sama memikul beban dan tanggungjawab dalam kehidupan rumah tangga nanti.

Baca juga: 32 Tips untuk Konsisten Sepanjang Tahun

12. Destinasi Cinta – Siti Nurhaliza

Lagu ini sesuai kerana liriknya mengambarkan perasaan si pengantin wanita kepada si pengantin lelaki yang dia tidak akan jemu kerana perkahwinan ini merupakan yang termanis baginya.

13. Dara Pujaan – L Ramlie

Lagu ini sesuai kerana liriknya mengambarkan si pengantin lelaki memuji-muji dan ingin mengikat hubungan dengan si pengantin wanita.

14. Cek Mek Molek – M. Daud Kilau

Lagu ini sesuai kerana liriknya membuatkan kita sebagai penyanyi menyampaikan satu kisah cinta pendek yang bermula dengan pertentangan mata dan diakhiri dengan gambaran pasangan yang senyum sambil berpegangan tangan.

15. Semakin Rindu Semakin Asyik – Amelina

Lagu ini sesuai kerana liriknya mengambarkan perasaan si pengantin wanita ketika merindui si pengantin lelaki dengan tetap setia dengannya sampai akhir hayatnya.

16. Ah! Rindu Lagi – Amelina

Lagu ini sesuai kerana liriknya mengambarkan perasaan nakal ceria si pengantin wanita ketika berulang-kali merindui si pengantin lelaki.

17. Cintaku 100% – Mas Idayu

Lagu ini sesuai kerana liriknya mengambarkan perasaan si pengantin wanita yang mencintai si pengantin lelaki sepenuh hatinya dan hanya untuknya.

18. Rindu – Amelina

Lagu ini sesuai kerana liriknya mengambarkan perasaan si pengantin wanita yang terlalu rindu dan terbayang-bayang pada si pengantin lelaki.

Kesimpulan

Setiap lagu ini dapat menimbulkan gambaran hubungkait kisah cinta antara si pengantin lelaki dan si pengantin wanita.

Gambaran yang saya kongsikan ini adalah menurut pandangan umum dari perspektif saya, dan tidak secara langsung dari lirik lagu tersebut.

Gambaran kita mungkin berbeza tapi hajat kita untuk menyanyi di majlis perkahwinan sanak saudara kita adalah sama iaitu untuk mengembirakan mereka.

Demikianlah informasi lengkap yang mengulas tentang lagu untuk majlis perkahwinan.

Untuk memeriahkan majlis perkahwinan memang tidak mudah.

Namun, demi untuk orang yang kita sayangi akan menjadi mudah apa lagi kalau kita tahu caranya.

Dapatkan lebih maklumat tentang gaya hidup sebagai ibubapa dengan mengklik Syamimi Saad.

Share
Whatsapp
Tweet
Linkedin
Telegram
Email
Prev Article
Next Article

Recent Posts

  • 31 Kata Kata Motivasi untuk Berjaya
  • 31 Tips Belajar Ringkas dan Padat
  • 31 Contoh Ayat Usaha Tangga Kejayaan
  • 31 Kata Kata Positif untuk Berjaya Ringkas dan Padat
  • 31 Kata Kata Semangat Pagi Bisnes

Tags

ayat bahagia Baju belajar berjaya blogger buku cinta google janji jenama kasih kata kata kehidupan kereta kerja komunikasi konsisten malaysia otak pelajar pelanggan perniagaan rindu rumah sahabat sakit sayang SEO setia tiktok twitter universiti wang wanita youtuber

SantroSondy.com

Copyright © 2023 SantroSondy.com
About | Contact | Privacy Policy | Disclaimer