Kuasa 100 adalah konsep yang menggunakan nombor 100 sebagai asas untuk melabur.
Dalam konsep ini, kita mesti mempunyai 100 sebagai modal.
Kenapa 100?
Sebab utamanya ialah nombor 100 merupakan nombor yang menarik.
Bukan itu saja, nombor 100 juga memotivasi dan menginspirasi kita untuk konsisten selepas mengetahui 5 fakta di bawah ini.
1. 100 ialah asas peratusan
Peratus berasal daripada perkataan Latin “Per centum” yang bermaksud “by the hundred” ,dengan 100 peratus ialah jumlah penuh.
Frasa Latin memasuki bahasa Inggeris pada abad ke-16.
Kemudian, ia dipendekkan menjadi “Per cent“.
Adakah kita tahu?
Dengan peningkatan 1% setiap hari, pada akhir tahun kita telah meningkat 365%.
Bayangkan jika kita memiliki RM100 + 365% = RM465.
Namun perlu diingat, dalam melabur, gunakan 1% dari modal kita supaya tidak terlalu emosi sekiranya rugi.
Baca juga: 31 Tips untuk Konsisten Sepanjang Tahun
2. Terdapat 100 tahun dalam satu abad
Dalam usaha kita, sangat jarang kita berusaha konsisten selama 100 hari, apa lagi seumur hidup kita atau 100 tahun.
Bagaimana mungkin bentuk hidup kita jika kita berusaha konsisten selama 100 hari?
Selain itu, adakah kita pernah mendengar tentang “Compounding Interest”.
Albert Einstein, seorang cendekiawan terkemuka pernah mengatakan bahawa ‘compounding interest’ adalah keajaiban dunia yang ke-lapan (the 8th wonder of the world), dan mereka yang memahami konsep ini akan memperolehi keuntungan kewangan yang berlipat ganda.
Dalam CI, kita menggunakan elemen ‘masa’ sebagai penggerak utama yang bekerja untuk kita bagi menghasilkan pulangan yang lumayan.
Sebagai contoh, jika kita bermula dengan simpanan RM100 di dalam suatu pelaburan baru dengan pulangan 5% setahun, kita akan mendapat RM5 pulangan keuntungan selepas dua belas bulan pertama.
Ramai mungkin akan memilih untuk membelanjakan keuntungan ini, tetapi jika kita laburkan semula pulangan ini (tidak mengeluarkan atau membelanjakannya); ini bermakna pada akhir tahun tahun kedua kita akan memperolehi pulangan RM10.25, lebih tinggi daripada pulangan tahun pertama.
Katakanlah, kita tidak mengeluarkan wang itu selama 100 tahun untuk cucu-cicit kita, pulangan yang kita dapat ialah RM13,150.13.
Semakin lama kita menyimpan semakin besarlah pulangan yang kita dapat.
3. Nombor 100 ialah nombor rasional
100 ialah nombor bulat, atau integer.
Semua integer ialah nombor rasional.
Ketika melabur, laburlah dengan rasional dengan mengambil kira modal kita.
Satu cara yang membantu kita membuat pelaburan rasional ialah dengan menggunakan peratus kecil dari modal kita.
Sebagai contoh, modal kita ialah
- RM100, dan kesanggupan kita melabur hanya 1%, maka laburlah RM1.
- RM101, dan kesanggupan kita melabur hanya 1%, maka laburlah RM1.01
- RM120, dan kesanggupan kita melabur hanya 1%, maka laburlah RM1.20
If you can’t measure it, you can’t improve it. – Peter Drucker
4. 100 ialah nombor kuasa dua sempurna
Dan punca kuasa duanya ialah 10.
Ketika melabur, kita mesti mempunyai strategi yang sempurna untuk kita.
Maksud sempurna disini ialah Strategi yang kita gunakan mempunyai win rate yang tinggi, kerana hakikatnya dunia pelaburan sangat berisiko.
5. Terdapat 100 sen dalam satu ringgit.
Setiap sen untung yang kita peroleh dari pelaburan adalah sangat penting.
Jadi, apabila kita untung, ambil untung itu dan labur semula pada hari esok.
Kesimpulan
Kuasa 100 bukan saja menambah kesedaran kita pada modal kita, ia juga mendisiplinkan kita untuk mengurus modal supaya dapat menjana keuntungan secara konsisten.
Inilah kelebihan kuasa 100 yang patut diketahui oleh kita yang suka melabur wang.
Kita akan melihat perubahan yang jelas dalam pelaburan kita setelah melepasi nombor 100, walaupun dengan usaha yang minimum.
Gunakanlah kuasa 100 untuk melaburkan 100 dalam masa 100 hari.
Selengkapnya mengenai pendidikan dapat kita lihat di baylor.edu