Komunikasi yang baik dapat mempermudahkan kita mencapai matlamat.
Dengan menggunakan perkataan yang tepat pada MASA yang tepat, kita boleh mendapatkan apa yang kita mahu.
Bukan itu saja, keyakinan kita untuk berurusan dengan orang lain juga akan bertambah.
Kita boleh menjadikan ini sebagai salah satu dari kemahiran penting dalam hidup kita.
Kemahiran ini sangat penting untuk dikuasai jika kita ingin berjaya mendapatkan apa yang kita mahu.
Persoalannya sekarang, bagaimana untuk menguasai kemahiran ini?
1. Menghafal Maksud Komunikasi
Untuk langkah pertama ini, kita kuasai dahulu perkara asasnya iaitu menghafal dan memahami maksud perkataan yang terlibat.
Saya mencari beberapa definisi yang menarik dan menapisnya supaya saya boleh kongsikan kepada anda.
Dan akhirnya saya memilih definisi yang diutarakan oleh Onong Uchjana Effendy:
Komunikasi adalah sebuah proses dalam menyampaikan pesan dari seseorang kepada orang lain dengan memiliki tujuan untuk memberitahu, mengeluarkan pendapat, mengubah suatu pola sikap atau suatu perilaku baik langsung maupun tidak langsung. – Sumber Pelajaran.co.id
2. Berkembang dari Perkara Asas
Nah, dari definisi tadi, kita jadikannya sebagai panduan setiap kali kita ingin berkomunikasi dengan seseorang.
Contohnya, apabila kita ingin bercakap dengan pelanggan kita.
Pertama sekali, usahakan untuk mempunyai tujuan.
Kita perlu mempunyai tujuan untuk mengelakkan diri dari tindakan yang tidak dingini oleh pelanggan.
Katakanlah, tujuan kita adalah untuk memberitahu pelanggan bahawa stok baju telah ada.
3. Pilih Kaedah Yang Relevan dengan Pengguna
Jika pelanggan senang bercakap secara bersemuka, beritahulah pelanggan secara bersemuka.
Jika pelanggan senang dihubungi melalui sosial media, beritahulah pelanggan di sosial media.
Jika pelanggan senang membaca ulasan blog kita, beritahulah pelanggan melalui blog kita.
Blog atau website dapat memudahkan stok baju kita diketahui lebih ramai orang kerana ia boleh diakses dimana-mana asalkan ada sambungan internet.
IWHost dapat meletakkan nama website pilihan kita di internet, usahakan untuk memiliki satu website supaya produk kita dapat dilihat oleh ramai orang melalui internet.
4. Teruskan Mencatat Pelajaran
Kini, produk baju kita boleh dilihat oleh ramai orang melalui internet.
Mungkin pada masa ini jualan baju kita semakin meningkat.
Mungkin pada masa ini kita sudah senang.
Apa yang kita lihat? Apa yang kita rasa?
Tuliskan semua itu sebagai bahan pelajaran supaya kemahiran komunikasi kita sentiasa berkembang.
Kenapa masih perlu belajar?
Sebab semakin kita senang, semakin ramai orang akan kenal kita.
Kemahiran komunikasi akan membantu kita berinteraksi dengan orang-orang yang mengenali kita.
Keuntungan kita pasti meningkat.
Kesimpulan
Tidak kira kita berusaha secara perseorangan atau kerja berkumpulan, kemahiran berkomunikasi adalah sesuatu yang perlu kita perbaiki seumur hidup kita.
Mula kembangkan kemahiran komunikasi kita dari menulis blog.
Bangunkan sebuah blog atau website untuk memudahkan kita terus berkomunikasi dengan pelanggan walau dimana saja mereka berada.
Kita akan tahu kita bertambah baik apabila jualan produk di blog kita meningkat.