Kesan tidak membaca akan terlihat pada hari yang sama ketika kita tidak membaca.
Bukan itu saja, jika kita terus menerus tidak membaca, kesan jangka panjang yang buruk boleh berlaku.
Berikut ini 11 kesan tidak membaca yang boleh terlihat dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang.
Karolina Grabowska / Imej Pexels
1. Kekeringan Idea
Kekeringan idea adalah situasi dimana kita hanya mempunyai sedikit idea tentang satu topik.
Sebagai contoh;
Kita hanya tahu 1 perkara asas tentang Footwork badminton, sedangkan orang lain tahu 4.
ATAU
Kita mungkin hanya tahu 10 negara yang ada di dunia, tapi sebenarnya ada lebih 195 buah negara di dunia.
Idea itu mungkin terhasil daripada penelitian dan pengalaman kita sendiri.
Ingat, dunia hari ini sentiasa berkembang, dalam erti kata yang lain setiap hari ada saja idea baru yang muncul dalam industri berkaitan.
Jika kita tidak membaca, kita akan kekeringan idea yang terbaru.
2. Ketandusan Daya Cipta
Sambungan dari kesan kekeringan idea.
Ia seterusnya akan menyebabkan kita ketandusan daya cipta.
Daya cipta atau kemampuan mencipta sesuatu yang baru biasanya dipacu oleh 3 hal iaitu idea, minat dan pengalaman.
Dan ketiga-tiga hal ini dapat berkembang dengan pembacaan yang konsisten.
Tanpa pembacaan kita tidak akan mampu mengenal kapal terbang atau telefon pada hari ini.
3. Kelembapan Daya Memahami realiti semasa
Apabila kita membaca, kita melatih otak kita untuk memahami ayat demi ayat.
Rutin ini sebenarnya mampu melatih otak kita untuk memahami realiti semasa.
Ketika kita tidak membaca, otak kita akan kurang latihan memahami ayat.
Pada masa yang sama, otak kita juga akan menjadi lemah dalam memahami realiti kehidupan.
4. Meniru atau menciplak tanpa pengetahuan
Kebolehan meniru atau menciplak memang satu kebolehan yang luar biasa.
Namun, keburukannya ialah kita tidak tahu implikasinya pada kita sekiranya berjaya meniru atau menciplak sesuatu tabiat atau produk.
Apabila kita meniru atau menciplak tanpa pengetahuan, kita tidak akan dapat menyelesaikan masalah yang datang disebabkan kita meniru sesuatu tanpa pengetahuan.
5. Faktor Utama Pemicu Kebodohan
Membaca situasi sebelum mengambil tindakan adalah satu tindakan yang bijak.
Namun, jika kita bertindak serta merta tanpa membaca situasi, percayalah kita akan kerap membuat kesilapan.
Apabila kita meluangkan masa untuk membaca buku, kita sebenarnya melatih diri kita untuk membaca keadaan sebenar agar kita dapat mengurangkan kesilapan pada masa depan.
6. Kurang Percaya Diri
Kita kurang percaya diri kerana pengetahuan kita tentang kehidupan sangat sedikit.
Kita menakuti perkara yang sebenarnya tidak menakutkan.
Sebenarnya, semua di dunia ini dipenuhi dengan ketakutan, namun disebabkan adanya pengetahuan, wujudlah keyakinan dan percaya diri hingga dapat mengharungi ketakutan yang menguasai kita.
7. Kurang Perbendaharaan kata
Apabila kita tidak membaca, kita akan kurang perbendaharaan kata.
Apabila kita kurang perbendaharaan kata, kemampuan kita untuk menerangkan situasi akan menjadi terhad.
Untuk menyelesaikan masalah ini, kita perlu membaca buku kerana buku mengandungi banyak kosa kata yang digunakan untuk menerangkan banyak situasi.
Namun, jika kita terus-menerus tidak membaca, percayalah hanya perkataan yang kasar sahaja yang akan selalu keluar dari mulut kita.
8. Kemampuan Menulis Tidak Berkembang
Apabila kita tidak membaca, kemampuan menulis kita tidak akan berkembang.
Apabila kemampuan menulis tidak berkembang, maka jumlah buku yang berkualiti di negara kita akan berkurang.
Apabila jumlah buku berkurang, generasi akan datang bakal menghadapi masalah kebodohan yang serius, yang mungkin juga menyebabkan negara kita runtuh.
Untuk menyelesaikan masalah ini, kita perlu membaca agar kita dapat melihat contoh-contoh ayat yang berkualiti dalam sesuatu bahan bacaan.
Namun, jika kita terus-menerus tidak membaca, penulis tidak akan termotivasi untuk menulis sehingga jumlah penghasilan buku di negara kita berkurang, dan kesannya akan terlihat dalam jangka masa yang panjang.
Baca juga: 32 Tips untuk Konsisten Sepanjang Tahun
9. Kurang Ketenangan
Apabila kita tidak membaca, kita akan kurang ketenangan.
Kita kurang ketenangan kerana kita tidak mengetahui keadaan sebenarnya tentang perkara yang merisaukan kita.
Untuk menyelesaikan masalah ini, kita perlu membaca buku yang berkaitan dengan perkara yang merisaukan kita.
Bacalah buku-buku yang ditulis oleh pakar yang berkaitan.
Namun, jika kita terus menerus tidak membaca, kita akan kurang ketenangan yang mungkin juga akan mengakibatkan orang lain hilang ketenangan.
10. Mudah Emosional
Apabila kita tidak membaca, kita akan mudah emosional.
Keadaan ini berlaku kerana kita lebih mengikut kata hati kita, berbanding fikiran sihat kita.
Dan untuk menyelesaikan masalah ini, baca buku dalam hati kita, agar fikiran kita dapat menenangkan hati kita.
Namun, jika kita terus menerus tidak membaca, kita akan menjadi mudah emosional setiap hari.
11. Permulaan melahirkan generasi yang bodoh
Apabila kita tidak membaca, kita mungkin akan mula melahirkan generasi yang bodoh.
Ini kerana kita tidak menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak kita.
Walaupun bukan pembaca tegar, sekurang-kurangnya kita kena memupuk agar anak-anak kita suka membaca rekod pencapaian dan jurnal kehidupan mereka.
Namun, jika perkara mudah yang seperti ini pun tidak dapat dilakukan, tidak hairan lagi, generasi kita yang seterusnya akan menjadi bodoh.
Kesimpulan
Membaca adalah amalan yang terbukti dapat meningkatkan taraf hidup manusia.
Namun, mengabaikan amalan ini tidak akan membawa kehidupan kita ke mana-mana.
Rahsia telah pun diberikan, kita pilihan ada ditangan kita sama ada mahu mengamalkannya atau tidak.
Pertimbangkanlah.
Demikianlah informasi lengkap yang mengulas tentang kesan tidak membaca yang diabaikan oleh ramai orang.
Untuk membaca buku dengan konsisten memang tidak mudah.
Namun, bagi orang yang bertekad dan konsisten boleh menjadi mudah apa lagi kalau kita tahu caranya.
Dapatkan lebih maklumat media islam terkini dengan mengklik link Muslimterkini.