SantroSondy.com

Menu
  • Home
  • Lirik Lagu
  • Senarai
  • Tutorial
Home
Senarai
4 Kesan Kesalahan Berbahasa Dalam Komunikasi

4 Kesan Kesalahan Berbahasa Dalam Komunikasi

Santro Sondy November 29, 2022

Hai… Pada hari ini saya akan mengongsikan 4 kesan kesalahan berbahasa dalam komunikasi, hanya 4 ini saja yang umumnya akan berlaku jika kita melakukan kesalahan berbahasa. Memang akan ada kesan-kesan lain, tapi inilah yang utama. Namun, sebelum itu, terima dulu pantun kesan kesalahan berbahasa dalam komunikasi dari saya.

Hujan turun lebat sekali
Selepas itu muncul pelangi
Orang ramai boleh menjadi saksi
Inilah Kesan Kesalahan Berbahasa Dalam Komunikasi

Kesan Kesalahan Berbahasa Dalam Komunikasi

1. Persefahaman

Kesan pertama akan terlihat pada aspek persefahaman. Apabila semua maklumat yang kita sampaikan tidak menggunakan bahasa tersurat, maka akan berlaku salah faham kerana si penerima memahaminya mengikut bahasa tersirat. Akhirnya, orang akan salah faham dan bergaduh dengan kita.

2. Tingkah Laku

Kesan kedua pula akan terlihat pada persepi orang lain terhadap tingkah laku kita. Cara kita berbahasa dapat membentuk persepsi orang lain pada tingkah laku kita. Kesan paling teruk yang kita akan terima ialah tindakan undang-undang untuk tingkahlaku yang tidak sopan kerana menggunakan bahasa yang melampau.

3. Hubungan

Kesan ketiga akan terlihat pada hubungan kita dengan diri, keluarga dan negara. Hubungan akan menjadi semakin longgar. Kita secara semula jadi menetapkan bahawa Bahasa menunjukkan peribadi seseorang, kerana itu kesalahan berbahasa boleh membuatkan orang lain merasa kita menjatuhkan imej atau maruah mereka. Dan jika kesalahan ini dilanjutkan, ia boleh menyebabkan hilangnya perpaduan dan kesepakatan. Dan kesan pada diri pula, boleh menyebabkan kerisauan yang melampau, kemurungan dan tekanan perasaan.

Bacalah artikel terbaik dari blog ini 32 Tips untuk Konsisten Sepanjang Tahun

4. Agama dan Budaya

Kesan keempat pula akan terlihat pada kefahaman seseorang berkenaan sesuatu topik.  Dulu orang itu benar, kini menjadi seorang yang sesat. Sesat maksudnya disini ialah kefahaman seseorang itu lari dari haluan asal dan aspek terpenting pada sesuatu topik. Ini berlaku kerana terlalu banyak pandangan yang dipelajarinya hingga membuatkan ia keliru. Kesannnya, orang itu tiada keredaan Tuhan dalam hidupnya kerana dia hidup dalam kekeliruan dan kekesatan yang nyata tanpa disedari. Kesan paling teruk yang akan terlihat ialah dia merasakan dirinya paling betul dimuka bumi ini.

Kesimpulan

Komunikasi adalah alat yang boleh meningkatkan peluang kemenangan dalam setiap aspek hidup kita. Jika disusun dan dilatih dengan baik, ia boleh menjadikan hidup kita maju lebih cepat. Maka dengan itu, sebelum kita mengatakan sesuatu, fikir dulu kemudian bagitahu.

Lihat lebih banyak slaid dari channel Prezi. Guys, anggaplah dengan mengongsikan artikel ini, adalah tanda kasih kepada sahabat sejati, walaupun hanya sekali namun sangat bererti. Ingat guys, jangan ragu, teruskan maju.

Share
Whatsapp
Tweet
Linkedin
Telegram
Email
Prev Article
Next Article

Recent Posts

  • Lirik Lagu Cinta Pertama – Gamma1
  • Lirik Lagu Cinta Monyet – Goliath
  • Lirik Lagu Cinta Kalapa – Susi Purba
  • Lirik Lagu Aku Memilih Setia – Fatin Shidqia
  • Lirik Lagu Cinta Beda Agama – Vicky Salamor

Tags

ayat bahagia Baju belajar berjaya blogger buku cinta janji jenama kasih kata kata kehidupan kereta kerja komunikasi konsisten malaysia otak pelajar pelanggan perniagaan rindu rumah sahabat sakit sayang SEO setia universiti wang wanita youtuber

SantroSondy.com

Copyright © 2023 SantroSondy.com
About | Contact | Privacy Policy | Disclaimer