SantroSondy.com

Blog | Traffic | Monetize
Menu
  • Home
  • About
  • Sitemap
  • Privacy Policy
Home
Lifestyle
Kerja Berkumpulan

Kerja Berkumpulan

Santro March 30, 2021

Hari ini saya ingin mengongsikan tentang kerja berkumpulan kerana semangat ini telah membantu saya menyelesaikan tugas saya pada hari ini. Kerja berkumpulan merupakan gabungan beberapa individu yang bekerja untuk mencapai satu matlamat.

Kerja Berkumpulan
Gambar Kerja Berkumpulan by Joseph Mucira

Menyiapkan projek dengan cepat

Kerja berkumpulan yang jika diurus dengan baik akan dapat meminimumkan tenaga kita bekerja dan berfikir. Kerja berkumpulan dapat membantu sesuatu projek siap dengan cepat. Jika kita kesuntukan masa, adalah lebih baik jika kita bekerja dengan rakan kita supaya tenaga kita dapat disalurkan dengan betul dan paling penting dapat menyiapkan projek dengan cepat.

Baca juga Cara Membeli Nama Website Sendiri di iWHost

Orang yang suka kerja berkumpulan

Jika anda pernah membaca buku CashFlow Quadrant oleh Robert Kiyosaki, ada 4 cara kita menjana pendapatan, pertama sebagai pekerja, kedua bekerja sendiri, ketiga mempunyai 500 pekerja, dan keempat adalah pelabur. Orang yang suka bekerja secara berkumpulan kebanyakkannya berasal dari kuadran ketiga.

Tempat terbaik kerja berkumpulan

Tempat kerja adalah tempat paling sesuai untuk menghidupkan semangat kerja berkumpulan. Lagi-lagi kalau tugas kita itu memerlukan rangkaian komunikasi yang luas.

Memupuk Semangat Kerja Berkumpulan

Kita boleh memupuk semangat kerja berkumpulan dengan cara membantu menyelesaikan kelemahan orang lain kemudian meminta orang tersebut untuk menyelesaikan kelemahan kita. Jika proses ini diulang-ulang, lama kelamaan hubungan kita dengan orang tersebut akan sebati hingga apa saja masalah berkaitan kerja akan diselesaikan bersama-sama.

Kesimpulan

Kerja berkumpulan merupakan sesuatu yang hebat apabila kita mempunyai matlamat yang sama. Oleh itu, sangat penting untuk mencari orang yang bermatlamat sama dengan kita supaya kita boleh membahagikan tugas untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

Rujukan: Wikipedia

Subscribe melalui email

Masukkan nama dan alamat e-mel untuk menerima update terbaru dari blog ini.

Share
Tweet
Email
Prev Article
Next Article

Related Articles

Kaji Apa Yang Anda Percayai

9 Langkah SOP untuk Penerbangan dari Sabah ke Semenanjung

9 Langkah SOP untuk Penerbangan dari Sabah ke Semenanjung

Recent Posts

  • Hello world!
  • Bagaimana menulis untuk Pembaca dan Google
  • Kaji Apa Yang Anda Percayai
  • Kerja Berkumpulan
  • Apa mahu tulis ini

Archives

SantroSondy.com

Blog | Traffic | Monetize
Copyright © 2021 SantroSondy.com
Theme by MyThemeShop.com

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh