SantroSondy.com

Menu
  • Home
  • Lirik Lagu
  • Senarai
  • Tutorial
Home
Senarai
3 Kepentingan Takaful Kereta Yang Perlu Kita Ketahui

3 Kepentingan Takaful Kereta Yang Perlu Kita Ketahui

Santro Sondy August 25, 2022

Belakangan ini, ada banyak produk takaful motor yang sering diuar-uarkan kepada para pengguna.

Kita juga mungkin tertanya-tanya, perlukah kenderaan persendirian kita dilindungi dengan pelan takaful?

Adakah takaful motor merupakan suatu pelaburan yang wajar untuk kereta kita?

Sebenarnya, ramai yang masih tak sedar dengan kepentingan takaful motor dalam kehidupan mereka.

Inilah sebab-sebab mengapa kita perlu mendapatkan perlindungan takaful untuk kereta persendirian kita.

3 Kepentingan Takaful Kereta Yang Perlu Kita Ketahui

mentatdgt / Imej Pexels

1. Kereta Adalah Satu Keperluan

Ya, memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa rakyat Malaysia bergantung pada memiliki kenderaan sendiri sebagai mod pengangkutan utama.

Lebih-lebih lagi jika kita tinggal di kawasan luar Lembah Klang yang mempunyai jaringan pengangkutan awam terhad, kita pasti sahaja akan memiliki kereta untuk pergi ke mana-mana.

Memandangkan kereta adalah satu keperluan pengangkutan, kita perlu memberikannya perlindungan yang baik dengan takaful.

Kalau nak pakai kereta untuk jangka masa panjang, kita perlulah membuat persediaan cermat untuk menghadapi sebarang risiko pada kenderaan kita.

2. Perlindungan semasa perjalanan

Macam-macam boleh terjadi dalam perjalanan kita di dalam kereta.

Oleh sebab kereta merupakan satu kepentingan untuk kita, perlindungan takaful dapat memberi jaringan keselamatan sekiranya apa-apa berlaku semasa perjalanan.

Sekiranya berlaku kerosakan akibat kemalangan, kita boleh menuntut wang bagi membaiki kereta kita.

Oleh itu, kita tidak perlu risau berbelanja banyak ketika sebarang kerosakan berlaku semasa kita dalam perjalanan.

3. Perlindungan kewangan

Dengan adanya perlindungan takaful motor, kita boleh membuat tuntutan sekiranya kenderaan kita terkesan akibat banjir, kemalangan, kecurian atau lain-lain kejadian yang tidak diduga.

Dengan tuntutan ini, kita tidak perlu mengeluarkan jumlah wang yang banyak untuk mendapatkan pembaikian pada kereta kita.

Dengan adanya perlindungan takaful motor, ianya dapat membantu meringankan beban kewangan kita.

Baca juga: 32 Tips untuk Konsisten Sepanjang Tahun

Kesimpulan

Akhir kata, takaful motor itu sememangnya penting untuk keselamatan kereta, diri kita, dan juga penumpang kita ketika memandu.

Jika kita mahu memiliki kereta sendiri, wajarlah kita berikan ia perlindungan yang mantap dengan pilihan takaful motor yang komprehensif.

Dapatkan sahaja perlindungan takaful berkualiti dengan Takaful IKHLAS sekarang.

Demikianlah informasi lengkap yang mengulas tentang kepentingan takaful kereta.

Untuk menjaga kereta agar sentiasa dalam keadaan baik memang tidak mudah.

Namun, bagi orang yang bertekad dan konsisten boleh menjaganya dengan baik apa lagi kalau kita tahu caranya.

Dapatkan maklumat lanjut tentang Takaful IKHLAS dengan mengklik link https://www.takaful-ikhlas.com.my/our-products/personal/motor.

Share
Whatsapp
Tweet
Linkedin
Telegram
Email
Prev Article
Next Article

Recent Posts

  • Lirik Lagu Cinta Pertama – Gamma1
  • Lirik Lagu Cinta Monyet – Goliath
  • Lirik Lagu Cinta Kalapa – Susi Purba
  • Lirik Lagu Aku Memilih Setia – Fatin Shidqia
  • Lirik Lagu Cinta Beda Agama – Vicky Salamor

Tags

ayat bahagia Baju belajar berjaya blogger buku cinta janji jenama kasih kata kata kehidupan kereta kerja komunikasi konsisten malaysia otak pelajar pelanggan perniagaan rindu rumah sahabat sakit sayang SEO setia universiti wang wanita youtuber

SantroSondy.com

Copyright © 2023 SantroSondy.com
About | Contact | Privacy Policy | Disclaimer