Kenapa selalu gagal dalam hidup?
Kita yang selalu gagal akan kerap bertanyakan soalan-soalan seperti ini.
Sebenarnya, persoalan ini memang normal saat kita masih sedang meningkat dewasa.
Sepanjang 31 tahun umur saya sebagai manusia bumi.
Ada 9 sebab kenapa manusia selalu gagal dalam hidup.
Credit: JESHOOTS.COM
1. Tidak MENULIS Matlamat Hidup
Konsepnya sama seperti kita membaca tentang kejayaan hidup orang lain di internet.
Yang mana, tiada orang yang akan menulis tentang kejayaan kita, jika kita tidak menulisnya terlebih dahulu untuk kita.
Tuliskan matlamat hidup kita agar kita dapat membacanya setiap hari sama seperti kita membaca tentang kejayaan orang lain.
Ramai orang-orang berjaya memulakan usaha mereka dengan MENULIS matlamat hidup mereka.
2. Tidak MEMAHAMI bagaimana proses mencapai kejayaan
Proses mencapai kejayaan itu sama seperti apa yang Thomas Edison lakukan semasa dia mencipta Mentol Lampu.
Katanya: “I have not failed. I’ve just found 10,000 ways that won’t work.”
Bayangkan dia mencipta sesuatu yang belum pernah dicipta manusia.
Namun, dengan menemui 10,000 cara yang tidak berhasil, dia akhirnya berjaya mencipta Mentol Lampu.
3. Tidak tahu cara belajar
Setiap orang mempunyai cara belajar yang berbeza.
Ada sesetengah orang akan cepat belajar di saat-saat akhir, dan, ada pula yang belajar sedikit-sedikit tapi konsisten.
Ada yang suka belajar berjam-jam, dan, ada pula yang hanya mampu belajar 10 minit sahaja setiap sesi.
Sebenarnya, perkara paling utama untuk pembelajaran yang berkesan ialah minat.
Ini kerana apabila kita minat, kita tahu apa yang kita mahu dan berusaha tanpa henti.
Tanya diri kita, apa yang kita minat? dan bagaimana kita mahu mencapainya?
Inilah cara belajar yang akan membuat kita berjaya dalam hidup.
4. Tidak mengenal diri sendiri
Mengenali kekuatan dan kelemahan diri akan membuat kita yakin dengan diri kita.
Tapi, sekiranya kita tidak mengenal diri kita, kita akan sentiasa hidup keadaan tertekan kerana kita melayan diri kita terlalu keras.
Kita melayan diri kita menggunakan kekuatan yang diinspirasi dari orang lain.
Sebagai contoh, kita ingin belajar 5 jam sehari kerana pelajar no 1 dalam kelas kita belajar 5 jam sehari.
Sedangkan hakikatnya, tumpuan terbaik kita hanya bertahan selama 1 jam sehari.
Perlu dingat disini, gunakanlah kekuatan diri kita secara konsisten agar kejayaan turut mengikuti kita secara konsisten.
5. Tidak sabar dan ingin selalu cepat
Tiada salahnya inginkan sesuatu dengan cepat.
Jika kita inginkan sesuatu dengan cepat, adakah kita dapat mengurusnya dengan baik sekiranya kita dapat matlamat kita dengan cepat.
Sebagai contoh, Adakah kita dapat mengurus wang RM1 juta jika kita diberikan sejumlah wang seperti ini sekarang?
Jika tidak, berusahalah maju selangkah dalam satu masa.
6. Tidak pandai merancang strategi
Tidak semua yang kita impikan berjalan dengan lancar.
Sebab itulah kita kena pandai merancang strategi.
Jika kita tidak pandai merancang strategi, mulalah belajar.
Saya cadang, mulakan dengan mengetahui definisi Strategi.
7. Tidak Memastikan hidup teratur
Hidup yang teratur memudahkan kita fokus mengejar matlamat.
Perkara yang sepatutnya dilaksanakan dalam 1 minit, harus dapat dilaksanakan dalam 1 minit.
Jika kita dapat melakukan seperti itu, akan lebih mudah bagi kita untuk maju ke langkah seterusnya.
Saya cadang, mulakan dengan mengemas tempat tidur kita.
Baca juga 32 Tips untuk Konsisten Sepanjang Tahun
8. Tidak belajar dari Profesional Perkembangan Diri
Kita mungkin tidak sedar akan kelemahan kita, namun kita tetap menyakini bahawa kita kuat.
Tapi, hakikatnya kita sering kali menghadapi kegagalan dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan lagi.
Jika kita telah sampai ke tahap ini, mungkin tibalah masanya untuk kita meminta nasihat dari profesional.
Pandangan dan nasihat mereka mungkin membantu kita untuk sentiasa berjaya dalam hidup.
9. Tiada fokus
Apabila kita melihat kebanyakan orang-orang yang sangat berjaya di dunia, mereka fokus pada satu bidang sahaja.
Contoh, Warren Buffett yang fokus pada bidang pelaburan sahaja.
Jika kita ingin selalu berjaya, kita mesti berani memilih satu bidang untuk ditumpukan sepenuh perhatian dan tenaga kita.
Saya cadang, mulakan dengan menulis bidang yang paling kita sukai pada jurnal harian kita.
Kesimpulan
Ringkasnya, kegagalan dapat memberikan 2 isyarat kepada kita.
Pertama, kita melakukan cara yang salah.
Kedua, kita berada dalam bidang yang salah.
Dengan menyedari 2 isyarat ini, kita akan menemui tempat atau bidang yang selayaknya untuk kita.