SantroSondy.com

Menu
  • Home
  • Lirik Lagu
  • Senarai
  • Tutorial
Home
Uncategorized
Kenapa Gagal?

Kenapa Gagal?

Santro March 24, 2021

Pembelajaran akan berlaku dengan cepat apabila minat dan usaha wujud dalam diri kita. Jika ada minat, tapi tiada usaha, maka hasilnya tidak akan kelihatan. Begitu juga jika ada usaha tapi tiada minat, kita akan merasa kosong dalam usaha-usaha yang dilakukan. Minat dan usaha perlu sentiasa ada dalam diri kita. Ada ramai orang yang sanggup menunggu kerana minat mereka. Begitu juga dengan orang yang sentiasa berusaha untuk matlamat mereka. Tapi bila menemui kegagalan, mereka bertanya, kenapa gagal? Persoalan ini mungkin sentiasa keluar dari mulut dan fikiran anda. Mari bayangkan situasi ini.

kenapa gagal
Gambar Dziana Hasanbekava

Kau telah lulus

Kita hadiri sesuatu kelas. Kita berusaha untuk lulus.  Dan dipendekkan cerita, akhirnya kita lulus dan cikgu berkata “Kau telah lulus”. Memang sangatlah baik bila cikgu sendiri yang mengakui kejayaan kita. Selepas itu, semangat kita bertambah hinggakan kita berusaha lebih gigih lagi untuk mencapai kejayaan yang lebih besar. Tapi, bagaimana pula yang tidak diakui kejayaannya, walaupun kejayaan kecil. Manusia diciptakan istimewa oleh Tuhan, bagi anda yang tidak diakui oleh dunia, kembalilah kepada pencipta, sumber utama pengetahuan yang tidak terhad. Bila anda kembali kepada pencipta ini akan membawa anda ke isi ke-2 iaitu

Saya belajar sesuatu

Manusia sangat istimewa kerana kita boleh belajar dari Tuhan melalui ciptaan-ciptaan-Nya. Sebagai contoh, apabila cikgu mengajar, kebanyakkan dari kita pasti berfokus pada mesej yang cikgu ingin sampaikan. Dan ianya sangat baik bila kita fokus ketika cikgu mengajar. Tapi, adakah ajaran cikgu itu dapat memenuhi keperluan kita? Bagi orang yang sering gagal, inilah jawapan bagi persoalan itu. Anda tahu apa yang anda mahukan? Anda tahu apa yang buruk dan baik? Cuma anda tidak tahu bagaimana untuk mencapai impian anda lebih cepat. Inilah cadangan saya, “Cari dan bayar cikgu terbaik yang dapat membantu anda terus maju.” Cadangan kedua, ” Jika tidak dapat mencari Orangnya, carilah buku yang ditulis khas untuk mencapai impian anda.

Belajar Cara Membeli Nama Website Sendiri di iWHost

Kesimpulan

Kegagalan menunjukkan yang kita tidak menggunakan sumber yang kita ada untuk berjaya. Walaupun kita miskin, kita sentiasa boleh berjaya bila kita mempunyai minat dan usaha. Percayalah, impian anda sekarang merupakan impian orang lain pada masa dahulu. Anda hanya orang baru dalam impian tersebut. Belajar dari orang tersebut, ia akan memacu mempercepatkan kejayaan anda secara stabil dan konsisten. Jika pada masa ini, anda sudah mengetahui apa yang anda inginkan, persoalan seterusnya, siapakah individu profesional yang dapat membantu anda?

Rizal Rashid – Jurulatih Komunikasi Berpengaruh Malaysia

Share
Whatsapp
Tweet
Linkedin
Telegram
Email
Prev Article
Next Article

Recent Posts

  • 3 Strategi untuk Membina Tabiat Baik, Menurut James Clear
  • 31 Contoh Ayat Aktif
  • 31 Ayat Ayat Sweet
  • 10 Aksesori Mudah Alih yang Wajib Dimiliki
  • 31 Tips Untuk Membuat Hari Ini Lebih Baik dari Semalam

Tags

ayat bahagia Baju belajar berjaya blogger buku cinta google janji jenama kasih kata kata kehidupan kereta kerja komunikasi konsisten malaysia otak pelajar pelanggan perniagaan rindu rumah sahabat sakit sayang SEO setia tiktok twitter universiti wang wanita youtuber

SantroSondy.com

Copyright © 2023 SantroSondy.com
About | Contact | Privacy Policy | Disclaimer