Pernahkah kita terfikir untuk mendapatkan maklumat langsung dari sebuah organisasi utama di Malaysia?
Jika tidak pernah, kita akan mengenali 26 kementerian yang ada di Malaysia pada hari ini.
Untuk makluman, dalam senarai ini, saya turut mengongsikan fungsi setiap kementerian agar kita mengetahui kementerian yang relevan dengan bidang kita.
Berikut adalah huraiannya:
OpenClipart-Vectors / Pixabay
1. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Kementerian ini mempunyai 5 Fungsi;
- Untuk membangun dan melaksanakan dasar pembangunan perindustrian, perdagangan antarabangsa dan pelaburan.
- Untuk menarik pelabur asing dan domestik yang berkualiti.
- Untuk mempromosikan dan meningkatkan eksport barangan dan perkhidmatan bernilai tambah tinggi Malaysia dengan mengukuhkan hubungan perdagangan dua hala, serantau dan pelbagai hala dan kerjasama.
- Meningkatkan produktiviti kebangsaan dan daya saing, terutama dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan.
- Memastikan ekosistem perniagaan yang kondusif untuk memudahkan perdagangan dan pelaburan.
Sumber: www.miti.gov.my
2. Kementerian Pertahanan
Fungsi kementerian ini dinyatakan seperti berikut:
- Menguruskan pertahanan negara dengan cekap dan berkesan supaya kepentingan strategik, kedaulatan dan keutuhan negara sentiasa terjamin.
Sumber: www.mod.gov.my
3. Kementerian Kewangan
Kementerian ini mempunyai 10 fungsi:
- Menggubal dan melaksanakan dasar fiskal bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan serta menguruskan pengagihan sumber kewangan dengan cekap dan berkesan.
- Menggubal dan menyediakan prosedur, prinsip dan tatacara sistem pengurusan kewangan dan perakaunan untuk dipatuhi oleh semua kementerian.
- Menyelaras hubungan kerjasama berkaitan hal ehwal ekonomi dan kewangan di peringkat antarabangsa bagi memelihara kepentingan negara.
- Menggubal dasar sistem percukaian yang saksama bagi menjana hasil negara.
- Memantau syarikat kerajaan yang ditubuhkan di bawah menteri kewangan diperbadankan serta pengurusan kewangan badan berkanun persekutuan khususnya berkaitan pelaburan, pinjaman, aliran tunai bagi memastikan amalan tadbir urus yang baik.
- Menggubal dasar dan mentadbir urusan berkaitan perolehan kerajaan.
- Mendapatkan sumber pembiayaan bagi pihak kerajaan dan memberi pinjaman kepada agensi-agensi kerajaan dan sektor swasta bagi projek-projek penswastaan dan kerajaan negeri.
- Memberi khidmat nasihat kepada kementerian bagi projek-projek berimpak tinggi yang mempunyai kepentingan negara.
- Mengendali rayuan cukai pendapatan dan cukai kastam.
- Mengawal selia industri pelaporan kredit secara tepat, adil dan saksama.
Sumber: www.treasury.gov.my
4. Kementerian Kerja Raya
Kementerian ini mempunyai 7 fungsi:
- Mengkaji, merancang, menilai dan menggubal dasar – dasar baharu untuk industri pembinaan (infrastruktur dan bangunan) selaras dengan pembangunan negara.
- Menyelaras, mengurus serta meningkatkan kompetensi sumber manusia dan kewangan.
Merancang dan melaksanakan projek infrastruktur negara khususnya jalan raya, lebuhraya dan Bangunan Gunasama Persekutuan (BGP). - Memastikan semua projek pembangunan di bawah kawalan Kementerian Kerja Raya dilaksanakan mengikut jadual dan kos yang ditetapkan.
- Mengawal selia dan memantau kontrak penyenggaraan jalan raya, cerun di Jalan Persekutuan serta Bangunan Gunasama Persekutuan (BGP) di bawah kawalan KKR.
- Menerajui pelaksanaan Intelligence Transportation System (ITS) negara bagi meningkatkan keberkesanan rangkaian jalan raya, keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya.
- Menyelaras agenda di bawah Kluster Infrastruktur.
Sumber: www.kkr.gov.my
5. Kementerian Pendidikan
Saya tidak menemukan fungsi kementerian ini di websitenya, walau bagaimanapun saya dapat melihat serba sedikit fungsinya melalui pernyataan Misinya iaitu:
- Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara.
Sumber: www.moe.gov.my
6. Kementerian Pengangkutan
Kementerian ini mempunyai 9 fungsi:
- Menggubal dan melaksanakan dasar-dasar pengangkutan darat, logistik, maritim dan udara.
- Merancang dan melaksanakan projek infrastruktur pengangkutan darat. logistik, maritim dan udara.
- Menerajui integrasi sistem pengangkutan kebangsaan yang holistik.
- Menyediakan sistem penyampaian perkhidrnatan pengangkutan bagi darat, logistik, maritim dan udara.
- Melaksanakan penguatkuasaan undang-undang berkaitan darat, rogistik, maritim dan udara.
- Menentukan kadar fi dan can’ bagi perkhidmatan yang disediakan Kementerian.
- Mengawal selia pematuhan perundangan dan piawaian perkhidmatan, kesefamatan (service and safety standards).
- Memudahcara urusniaga bagi industri berkaitan darat, logistik, maritim dan udara.
- Menerajui program kerjasama serantau dan antarabangsa dalarn bidang pengangkutan.
Sumber: www.mot.gov.my
7. Kementerian Sumber Manusia
Kementerian ini mempunyai 11 peranan dan tanggungjawab:
- Mengemaskini dan melaksanakan dasar-dasar buruh dan undang-undang untuk membuat cekap, produktif dan tatatertib dengan nilai-nilai murni dan etika kerja yang baik.
- Mengemaskini dan melaksanakan dasar-dasar Keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan undang-undang untuk memastikan suasana kerja yang sihat dan selamat.
- Cekap mengurus dan secara bebas menyelesaikan pertikaian perusahaan antara majikan dan pekerja untuk mewujudkan suasana kerja yang kondusif.
- Untuk memantau dan menyelia pembangunan dan pergerakan kesatuan sekerja menjadi teratur untuk manfaat negara.
- Mengurus Perhubungan Antarabangsa dalam bidang pengurusan tenaga kerja, kerjasama teknikal dalam buruh berkaitan perkara-perkara dan pembangunan sumber manusia.
- Untuk menggalakkan dan menyelaras tripartisme antara pekerja, majikan dan kerajaan dan untuk mencipta perhubungan yang harmoni ke arah Wawasan 2020.
- Merancang dan membangunkan sumber manusia melalui kawalan dan buruh analisis pasaran untuk menggubal dasar-dasar yang berkaitan dengan pekerjaan, pembangunan tenaga kerja yang berkemahiran dan produktiviti berkaitan sistem gaji.
- Mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dan penempatan kerja.
- Mengemaskini dan melaksanakan dasar latihan vokasional Kebangsaan dan strategi-strategi yang akan memenuhi latihan keperluan di sektor swasta.
- Untuk menyemak, mengemaskini dan membangunkan sukatan kemahiran (NOSS), sistem pensijilan kemahiran (MOSQ) dan standard bagi pelaksanaan kemahiran.
- Untuk kemaskini dan pelaksanaan berkesan kemudahan keselamatan sosial untuk memastikan jaringan keselamatan yang mencukupi untuk pekerja.
Sumber: www.mohr.gov.my
8. Kementerian Pertanian dan Industri Makanan
Kementerian ini mempunyai 5 fungsi:
- Menggubal, merancang melaksanakan dasar, strategi dan Program Pembangunan Pertanian.
- Menilai, menyelaras dan memastikan pelaksanaan projek/program Pembangunan Pertanian Agromakanan.
- Menjalankan R&d dan inovasi meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor Agromakanan.
- Menggalakkan pelaburan domestik dan asing dalam sektor agromakanan.
- Merangka dan melaksanakan rantaian pemasaran agromakanan yang cekap dan berkesan.
Sumber: www.mafi.gov.my
9. Kementerian Alam Sekitar dan Air
Saya tidak menemukan pernyataan fungsi kementerian ini, walau bagaimanapun, kita boleh mengetahui serba sedikit fungsinya melalui pernyataan misinya iaitu:
- Memastikan pelestarian alam sekitar dan air yang mampan melalui penggubalan dasar, pematuhan perundangan, aktiviti mitigasi, adaptasi dan pendidikan, selaras dengan standard serta amalan antarabangsa.
Sumber: www.kasa.gov.my
10. Kementerian Dalam Negeri
Fungsi kementerian ini mempunyai 10 fungsi:
- Memelihara keselamatan dan ketenteraman awam.
- Mengurus sukarelawan
- Memulih pesalah dan melaksanakan hukuman
- Mengurus hal ehwal pendaftaran
- Membasmi pengedaran dan penagihan dadah
- Mengurus Hal Ehwal Imigresen
- Mengurus Hal Ehwal Pertubuhan
- Mengawal Sempadan Negara dan Maritim
- Mengawal Selia Bahan-bahan penerbitan dan kawalan Teks Al-Quran
- Mengawal selia penapisan filem dan bahan publisiti filem.
Sumber: www.moha.gov.my
11. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Fungsi kementerian ini adalah seperti berikut:
- KPDNHEP menggubal dasar, strategi dan mengkaji perkara-perkara yang berkaitan dengan pembangunan perdagangan dalam negeri, khususnya dalam Sektor Perdagangan Pengedaran dan Kepenggunaan.
Tugasnya kepada Perdagangan Dalam Negeri:
- Membangunkan peluang perniagaan dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat melalui profil pemborongan dan peruncitan, francais, jualan langsung, dan sektor hiliran petroleum.
- Menentukan dan memantau harga barang-barang perlu.
- Mengawalselia penjualan dan pengedaran barang-barang perlu, barangan petroleum dan petrokimia, dan urusniaga jualan langsung.
- Melaksanakan peraturan timbang dan sukat.
- Menyelaras perkara mengenai perbadanan, syarikat dan perniagaan mengikut akta berkaitan.
- Menggalakkan amalan tadbir urus korporat yang baik.
- Mentadbir dan membangunkan Sistem Perlindungan Harta Intelek.
Tugasnya kepada Kepenggunaan
- Melaksanakan program pendidikan pengguna.
- Memperkukuhkan program kesedaran pengguna dan perlindungan pengguna.
- Menggalakkan dan membantu gerakan kepenggunaan.
Sumber: www.kpdnhep.gov.my
12. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli
Kementerian ini mempunyai objektif iaitu menyediakan perkhidmatan yang efisien dalam pengurusan tenaga dan sumber asli melalui;
- Mekanisme tindakan bersepadu merangkumi penggubalan dasar, perundangan dan pengukuhan kolaborasi strategik melibatkan semua pihak berkepentingan di semua peringkat.
- Penguatkuasaan undang-undang, intervensi dan komitmen antarabangsa.
- Penjanaan ekonomi melalui aktiviti pengurusan indsutri bekalan elektrik dan sumber asli yang mampan.
- Pengukuhan inisiatif tenaga lestari dan pemuliharaan sumber asli.
- Pembanguann modal insan yang optimum dan pengurusan kewangan yang cekap.
- Pemerkasaan kepakaran, perkongsian maklumat, teknologi dan perkhidmatan perundingan dalam Research, Development, Innovation dan Commercialisation (RDIC)
Sumber: www.ketsa.gov.my
13. Kementerian Pengajian Tinggi
Saya tidak menemui pernyataan fungsi kementerian ini, walau bagaimanapun kita boleh melihat serba sedikit fungsinya melalui pernyataan misinya iaitu:
- Melestarikan ekosistem pendidikan tinggi yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara.
Sumber: www.mohe.gov.my
14. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Kementerian ini mempunyai 5 objektif:
- Memperkukuh institusi perkahwinan dan kekeluargaan untuk kestabilan sosial
- Memperkasa wanita dan mengarus perdana gender bagi mencapai kesejahteraan bersama
- Menjamin hak dan kesejahteraan kanak-kanak bagi mencapai potensi yang optimum
- Mendaya upaya orang kurang upaya, warga emas dan kumpulan khusus demi kesejahteraan hidup
- Meningkatkan kerjasama strategik dengan pihak berkepentingan untuk sistem sokongan yang berkesan dan menyeluruh.
Sumber: www.kpwkm.gov.my
15. Kementerian Komunikasi dan Multimedia
Saya tidak menemukan pernyataan fungsi bagi kementerian ini, walau bagaimanapun, saya menemukan teras-terasnya, saya berpendapat teras-teras inilah fungsi kementerian ini.
Ini kerana, kementerian pertanian dan industri makanan juga meletakkan fungsinya sebagai teras.
Oleh itu bagi kementerian ini, fungsinya 6;
- Memantapkan infrastruktur telekomunikasi yang terpercaya, berpatutan, berkualiti dan kebolehcapaian.
- Memacu ekonomi digital ke arah negara maju.
- Memperkukuh ekosistem komunikasi dan multimedia yang terpercaya dan stabil.
- Memperluas penyebaran maklumat kenegaraan untuk meningkatkan jati diri dan semangat patriotik rakyat.
- Memperkasa perkhidmatan penyiaran yang berkualiti dan terkini.
- Memangkin industri kandungan kreatif yang berdaya saing dan bertaraf global.
Sumber: www.kkmm.gov.my
16. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Kementerian ini mempunyai 8 peranan dan fungsi:
- Menyediakan rumah mampu milik untuk golongan yang berkelayakan, mengawal selia aspek pemajuan perumahan swasta dan pengurusan kediaman berstrata serta menyelesaikan masalah pertikaian perumahan.
- Membantu dan membimbing Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam menyediakan perkhidmatan perbandaran, kemudahan sosioekonomi dan rekreasi yang berkualiti bagi memenuhi keperluan penduduk setempat.
- Memberikan perkhidmatan pencegahan, pemadaman kebakaran dan penyelamatan yang cekap dan berkesan bagi memelihara keselamatan nyawa dan harta benda.
- Menyediakan dasar dan khidmat nasihat kepada kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan PBT berhubung perancangan, pengurusan, pemajuan dan pemuliharaan tanah selaran dengan Rancangan Fizikal Negara.
- Menyediakan dasar dan khidmat nasihat kepada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan PBT berhubungan perancangan, pelaksanaan dan pengurusan landskap, taman dan kawasan rekreasi.
- Menyediakan dasar dan khidmat nasihat kepada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan PBT berhubung pemajuan dan pengawalseliaan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam agar lebih bersepadu, cekap, berkesan dan kos efektif.
- Melaksanakan program dan aktiviti bagi meningkatkan daya huni bandar dan penyertaan awam dalam tadbir urus PBT.
- Memaju dan mengawal selia aktiviti pemberi pinjam wang dan pemegang pajak gadai.
Sumber: www.kpkt.gov.my
17. Kementerian Kesihatan
Saya tidak menemukan pernyataan fungsi kementerian ini, walau bagaimanapun saya telah menemukan objektifnya, kita mungkin boleh melihat serba sedikit tentang fungsinya melalui objektif berikut;
- Untuk membantu seseorang individu untuk mencapai dan mengekalkan satu taraf kesihatan bagi membolehkannya menjalankan kehidupan ekonomi dan sosial yang produktif Ini boleh dicapai dengan menyediakan perkhidmatan bercorak penggalakan, pencegahan, rawatan dan pemulihan yang cekap, sesuai dan berkesan dengan memberi penekanan kepada golongan-golongan yang kurang bernasib baik.
Sumber: www.moh.gov.my
Baca juga: 32 Tips untuk Konsisten Sepanjang Tahun
18. Kementerian Perpaduan Negara
Saya tidak menemukan pernyatan fungsi bagi kementerian ini, walau bagaimanapun, kita boleh melihat serba sedikit fungsinya melalui pernyataan misinya iaitu;
- Meningkatkan usaha baharu penyatupaduan untuk membina tapak integrasi bagi pengukuhan semangat muhibah dalam kalangan rakyat.
Sumber: www.perpaduan.gov.my
19. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Saya tidak menemukan pernyataan langsung tentang fungsi kementerian ini, walau bagaimanapun, kita boleh mendapatkan bayangan tentang fungsinya melalui pernyataan misinya iaitu:
Menerajui STIE dalam Menangani Isu dan Cabaran Negara untuk Kesejahteraan Masyarakat dan Pembangunan Mampan
- Menerajui pembangunan STIE melalui R&D&C&I ke arah penciptaan kekayaan dan Negara Berteknologi Tinggi untuk pertumbuhan ekonomi, kelestarian persekitaran dan kesejahteraan masyarakat.
- Membangunkan pemboleh daya STIE dan menyediakan perkhidmatan dalam menangani isu-isu negara melalui pendekatan saintifik, teknologi terkini dan pembangunan modal insan.
- Merancang dan membudayakan STIE dalam semua aspek kehidupan dan masyarakat untuk mencapai Negara Berteknologi Tinggi dan kesejahteraan bersama.
Sumber: www.mosti.gov.my
20. Kementerian Luar Negeri
Fungsi kementerian ini adalah
- Mempertahan dan memperjuangkan keutuhan, kedaulatan, dan kepentingan negara dari segi politik, ekonomi, sosial dan kebudayaan melalui amalan diplomasi selaras dengan ketetapan undang-undang antarabangsa di samping menyampaikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan kepada pihak berkepentingan dan pelanggan Kementerian.
Sumber: www.kln.gov.my
21. Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Saya tidak menemukan pernyataan fungsi bagi kementerian ini, walau bagaimanapun, kita boleh membayangkan fungsinya melalui objektifnya;
- Membangun dan memperkasa Agrikomoditi secara mampan dan seimbang dalam aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar serta memastikan kemakmuran dikecapi bersama.
Sumber: www.mpic.gov.my
22. Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya
Saya juga tidak menemukan pernyataan fungsi bagi kementerian ini, walau bagaimanapun, kita boleh membayangkan fungsinya melalui 4 objektifnya;
- Memperkasa produk/program pelancongan dan kebudayaan ke arah mengukuhkan jati diri bangsa.
- Meningkatkan sinergi dan kerjasama antara penggiat sektor pelancongan dan kebudayaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah destinasi pilihan.
- Mempromosikan keunikan seni, budaya dan warisan Malaysia serta produk-produk pelancongan sebagai pemangkin utama pertumbuhan sektor pelancongan dan kebudayaan negara.
- Menyediakan modal insan yang berilmu, berkemahiran, kreatif dan inovatif dalam sektor pelancongan dan kebudayaan.
Sumber: www.motac.gov.my
23. Kementerian Pembangunan Luar Bandar
Saya tidak menemukan pernyataan fungsi bagi kementerian ini, walau bagaimanapun, kita boleh melihat serba sedikit tentang fungsinya melalui objektifnya iaitu;
- Meningkatkan kesejahteraan masyarakat luar bandar secara menyeluruh dan berkesan.
Sumber: www.rurallink.gov.my
24. Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Kementerian ini mempunyai 5 fungsi iaitu;
- Menetapkan hala tuju pembangunan keusahawanan yang inklusif, mampan dan berdaya saing.
- Membudayakan masyarakat Malaysia terutamanya golongan bumiputera, belia, wanita, B40, OKU & golongan terpinggir dengan nilai dan minda keusahawanan.
- Memperkukuh ekosistem keusahawanan bagi membangunkan usahawan yang berdaya saing, berdaya maju, berinovasi dan berpengetahuan.
- Meningkatkan akses kepada pembiayaan dan sistem kewangan yang inklusif termasuk sumber pembiayaan alternatif.
- Memudaahcara ruang dan peluang perniagaan promosi, akses dalam pasaran tempatan dan global serta fasilitasi dalam mengadaptasi Teknologi.
- Meneraju pembangunan koperasi yang dinamik, kompetitif dan progresif untuk kemakmuran dan kestabilan sosioekonomi negara.
- Menyediakan platform khidmat sokongan, bantuan serta pembangunan kapasiti keusahawanan.
Sumber: www.medac.gov.my
25. Kementerian Wilayah Persekutuan
Fungsi kementerian ini adalah seperti berikut;
Kementerian wilayah persekutuan bertanggungjawab untuk merancang, mengurus, melaksana, memantau, dan menilai kemajuan dan pembangunan yang mampan dengan fokus kepada
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selaku ibu negara Malaysia, dan sebuah bandar raya bertaraf dunia.
- Wilayah Persekutuan Putrajaya sebagai pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang terurus, bersemangat dan bertenaga serta makmur.
- Wilayah Persekutuan Labuan sebagai pusat perniagaan, hab minyak dan gas, pusat kewangan antarabangsa serta destinasi pelancongan yang maju, indah dan sejahtera.
- Penyediaan dasar-dasar mengenai hal-ehwal Wilayah Persekutuan serta menerajui perancangan pembangunan yang mampan.
- Kemajuan, pembangunan serta pembudayaan sukan yang cemerlang di Wilayah Persekutuan.
- Penyelarasan perancangan bagi Wilayah Persekutuan
- Peneraju pembangunan fizikal, ekonomi, sosial dan alam sekitar yang mampan melalui kerjasama strategik yang inklusif.
Sumber: www.kwp.gov.my
26. Kementerian Belia dan Sukan
Saya tidak menemukan pernyataan fungsi kementerian ini, walau bagaimanapun, kita boleh melihat pembayang akan fungsinya melalui pernyataan misinya iaitu;
- Memacu kemajuan belia dan sukan secara holistik untuk memenuhi aspirasi negara.
Sumber: www.kbs.gov.my
Kesimpulan
Inilah 26 kementerian yang perlu kita tahu yang ada di Malaysia.
Sekiranya kita memerlukan bantuan, kita boleh terus pergi ke website rasmi setiap kementerian dan menghubungi kakitangan yang berkaitan dengan keperluan kita.
Jangan segan-segan menghubungi mereka untuk mendapatkan maklumat yang kita perlukan.
Demikianlah informasi lengkap yang mengulas tentang 26 kementerian yang ada di Malaysia berserta fungsinya.
Dapatkan lebih maklumat tentang kabinet Malaysia dengan mengklik link Kabinet.