Selepas 14 tahun meninggalkan tingkatan lima, hari ini saya akan berkongsi 4 keburukan bekerja selepas SPM.
Bila mengimbau kembali perjalanan hidup saya dulu, saya menyimpulkan “teruskan belajar demi untuk mencapai cita-cita kita”.
Ini kerana, bekerja selepas SPM mungkin akan membuatkan kita melakukan keburukan-keburukan berikut.
Afta Putta Gunawan/ Imej Pexels
1. Kemungkinan pekerjaan menjadi lebih utama berbanding cita-cita
Umumnya, tahap kesanggupan kita sebagai lepasan pelajar SPM masih tidak stabil.
Dengan sedikit pengalaman indah semasa bekerja, ditambah pula dengan pengalaman baru mendapat gaji yang tinggi, kita cenderung untuk melupakan cita-cita utama kita.
Bukan itu saja, majikan kita mungkin akan selalu memuji tenaga kita dan memberikan keselesaan kepada kita semasa kita bekerja dengan mereka.
Ini mungkin saja akan membuatkan kita terfikir untuk melupakan cita-cita kita kerana kita telah selesa dengan pekerjaan kita.
Baca juga 10 Nasihat Untuk Pelajar Lepasan SPM
2. Kemungkinan mengembangkan sikap malas belajar
Alam pekerjaan bagi pelajar lepasan SPM selalunya senang dan tidak memerlukan kita untuk banyak berfikir.
Hanya tenaga kita yang banyak digunakan kerana kita banyak menerima arahan dari majikan atau senior kita.
Memang pada masa itu, tenaga kita masih membuak-buak, namun kita kena fikir pada masa tua nanti tenaga kita bukan lagi seperti sekarang.
Kita menghabiskan 8-9 jam sehari untuk melakukan pekerjaan yang rutin yang memenatkan yang memungkinkan kita malas berfikir dan belajar.
Ini mungkin saja akan membuatkan kita malas berfikir dan belajar kerana seseorang telahpun berfikir untuk kita.
3. Kemungkinan akan bertemu dengan kekasih baru
Umumnya kita pelajar lepasan SPM mempunyai daya tarik yang kuat.
Tenaga dan fikiran kita yang cepat belajar mampu membuatkan orang-orang disekililing kita menyukai kita terutama rakan-rakan sekerja kita yang telah lama bekerja.
Dan apabila ada perasaan suka, kemungkinan kita akan selalu berjumpa, hingga jatuh cinta.
Masa ini, perasaan kita mungkin lebih menguasai kita berbanding fikiran kita yang mungkin membawa kepada hubungan luar perkahwinan.
4. Bertentangan dengan kehendak ibubapa
Kebanyakkan ibubapa kita menginginkan kita mempunyai pendidikan yang tinggi kerana mereka tidak mahu kita menjadi seperti mereka.
Dan apabila kita bertekad memilih untuk bekerja, sedangkan mereka tidak setuju, ini membuatkan kita bertentangan dengan kehendak mereka.
Ibubapa kita mungkin saja akan kecewa dengan kita.
Kesimpulan
Kita sebagai pelajar lepasan SPM sepatutnya fokus pada cita-cita kita.
Ini kerana kita masih muda dan tenaga kita banyak serta cepat pulih.
Apabila kita memilih untuk bekerja, kebanyakkan masa dan tenaga kita tidak disalurkan terus kepada cita-cita kita.
Oleh itu, manfaatkan masa ini untuk merancang, memperbaiki dan memperkukuhkan haluan untuk mencapai matlamat kita.
Baca juga: 32 Tips untuk Konsisten Sepanjang Tahun