SantroSondy.com

Menu
  • Home
  • Lirik Lagu
  • Senarai
  • Tutorial
Home
Senarai
8 Kebaikan Membaca Buku Yang Dilupakan Ramai Orang

8 Kebaikan Membaca Buku Yang Dilupakan Ramai Orang

Santro April 20, 2020

Kebaikan membaca buku dapat dinikmati dan akan berganda setiap masa. Semakin kerap kita membaca semakin bergandalah manfaat yang kita peroleh. Ia akan berganda seperti nombor 1, 2, 4, 6, 8, 12 dan seterusnya. Buku adalah subjek yang menarik yang mana didalamnya terkandung maklumat dalam bentuk tulisan dan gambar yang membolehkan kita bergerak tanpa menggerakkan kaki dan memikirkan apa yang difikirkan oleh orang lain khususnya fikiran penulis buku. Bukan itu sahaja, Buku juga adalah cermin jiwa, yang mana kita boleh melihat apa yang ada di dalam diri kita. Ada banyak sebenarnya kebaikan membaca buku, sebahagiannya boleh dibaca dalam senarai dibawah ini;

Kebaikan Membaca Buku

7 Kebaikan Membaca Buku Yang Dilupakan Ramai Orang

1. Mengurangkan Tekanan

Siapa yang tidak pernah merasa tekanan? samaada dari majikan atau kawan-kawan. Tekanan bukan saja mempercepatkan dengupan jantung, ia juga menegangkan otot, sekaligus mengubah keadaan minda kita. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh University of Sussex pada tahun 2009, hobi membaca buku selama 6 minit sehari mampu mengurangkan stres sebanyak 68%. Ia adalah kaedah yang lebih pantas dan berkesan dari kaedah berehat lain seperti mendengar muzik atau minum secawan teh panas. Selain itu, membaca juga dapat memperlahankan dengupan jantung, melegakan ketegangan otot dan mengubah keadaan minda. Bacalah buku yang diminati supaya anda menemui perspektif baru yang dapat memenuhi keperluan dan keinginan anda.

2. Memupuk Penyertaan Sivik

Anda pasti mengetahui apa itu penyertaan sivik iaitu aktiviti individu atau kumpulan yang menangani masalah yang menjadi perhatian masyarakat. Kajian telah dilakukan terhadap peserta-peserta yang aktif dalam aktiviti kemasyarakatan ini dan mendapati Peratus pembaca buku yang terlibat dalam aktiviti sukarela adalah lebih tinggi berbanding individu yang kurang membaca buku. Ada kajian sosial kesan membaca telah dijalankan dan salah satu hasil kajiannya mendapati bahawa peratusan pembaca buku yang menjadi sukarelawan untuk organisasi bukan keuntungan (42%) jauh lebih tinggi daripada peratusan bukan pembaca (25%). Perlu anda ketahui membaca buku dapat membantu anda melihat keperluan orang lain dan bukan hanya fokus pada diri-sendiri.

3. Membaca Meningkatkan Empati

Membaca fiksyen meramalkan ketepatan empati. Semasa kita membaca cerita fiksyen, kita sentiasa TEBERLATIH untuk mengesan keadaan emosi sesebuah watak. Saya ada seorang sahabat yang suka membaca cerita fiksyen, walaupun kami jarang berhubung, dia tetap memahami perwatakan saya, malah dia boleh membawa suasana positif pada kumpulan orang-orang muda. Itulah antara kesan positif dari tabiat membaca buku.

4. Meningkatkan Hubungan

Seterusnya, Membaca dapat meningkatkan keakraban hubungan antara kita dengan orang lain. Kita mulai menyukai apa yang disukai orang lain kerana kita telah membaca tentang mereka melalui buku-buku yang kita baca. Buku jenis fiksyen atau novel yang sering menceritakan situasi luaran dan dalam sesebuah karakter yang membuat kita sedar yang manusia mempunyai cara fikir yang berbeza. Apa tidaknya, Pengalaman simulasi semasa membaca cerita fiksyen dapat memudahkan kita memahami orang lain yang berbeza prespektif dengan kita, dan akhirnya meningkatkan kemampuan kita berempati dan mematangkan kesimpulan sosial kita. Buku adalah alat yang membebaskan keindahan yang ada difikiran kita untuk dikongsikan dengan orang lain.

5. Memperdalam Pengertian Tentang Kita

Pernahkah anda membaca buku yang bertajuk Stop Wasting Time and Start Your Life: 7 Steps to Stop Putting Life Off  sebelum ini? Jika anda pernah membacanya, pasti anda aka tahu bahwa penulisnya adalah Jeffery Combs yang mengajar saya tentang definisi kejayaan, yang saya masih pegang sampai pada hari ini.

Success is what you do daily – Jeffery Combs

Bayangkan buku ini telah membantu saya semakin hari semakin memahami siapa diri saya. Ia membantu saya memandang secara signifikan mengenai hubungan yang matang, nilai peribadi, identiti budaya, keselamatan fizikal, keutamaan estetik, dan pemahaman mengenai dunia fizikal. Menarik bukan? Bacalah buku yang diminati.

6. Kunci Kejayaan Masa Depan

Pembacaan yang dipupuk dari kecil memberi kesan yang kuat terhadap peluang seseorang di kemudian hari. Aspek-aspek seperti tahap minat dan sikap terhadap aktiviti membaca, jumlah masa yang dihabiskan membaca dan kepelbagaian bahan bacaan sangat mempengaruhi prestasi pada masa depan. Ada kanak-kanak yang ibubapanya hanya kerja kampung tetapi boleh memperoleh skor yang baik di sekolah. Setelah ditanya apa yang kerap mereka lakukan, mereka mengatakan yang mereka sangat suka membaca. Memelihara sikap suka membaca semestinya dapat mendekatkan kita kepada kejayaan di masa depan. Buku boleh menjadi guru yang paling sabar untuk kita berjalan ke arah matlamat kita. Membaca terbukti membantu kita berjaya.

7. Pendapatan yang Lebih Tinggi

Warren Buffett adalah contoh pembaca yang berpendapatan tertinggi di dunia. Sebelum ini, dalam satu video dia mengatakan bahawa dia membaca minimum lima hingga enam jam sehari. Dia membaca dari buku, laporan korporat dan surat khabar setiap hari. Dengan membaca 3 sumber bacaan ini, tidak hairanlah dia menjadi pelabur terkenal didunia khusus dalam dunia pelaburan. Disudut lain pula, Individu yang menunjukkan tahap literasi yang tinggi cenderung digunakan, atau bekerja lebih banyak minggu dalam setahun, dan mendapat gaji yang lebih tinggi daripada yang ditunjukkan oleh individu yang mempunyai kecekapan literasi yang rendah. Oleh itu, jika anda ingin menjana pendapatan tinggi, TINGKATKAN PEMBACAAN.

8. Menambah Perbendaharaan Kata

Membaca adalah salah satu cara menambah perbendaharaan kata yang mungkin kita tidak tahu sebelumnya. Bagaimana mungkin? Ya, ini semua kerana Penulis buku itu sendiri memiliki banyak perbendaharaan kata yang berguna untuk kita gunakan dalam bidang yang kita ceburi. Syaratnya, apapun buku yang kita baca, bacalah yang berkaitan dengan bidang kita agar pengalaman membaca kita akan memberikan kita keyakinan untuk berkata-kata dengan komuniti dalam industri kita. Tambahan lagi, pada era ledakan sains dan teknologi ini, kita boleh berbual dengan siapa-siapa secara dalam talian, dan dengan kelebihan ini kita dapat memperluaskan rangkaian sahabat dan pelanggan kita, seterusnya dapat meningkatkan ekonomi negara kita.

Baca juga 31 Tips Supaya Konsisten Sepanjang Tahun dan Meningkat 12% lebih baik

Kesimpulan

Bilik tanpa buku adalah seperti badan tanpa jiwa. Begitulah kita apabila kurang berpengetahuan, kita menjadi kosong. Ada kata-kata yang menyatakan “Pemimpin adalah pembaca” dan itu adalah betul. Jika tidak betul, tidaklah mereka membaca sampai 100 buah buku dalam setahun. Bagi kita yang baru mula memupuk sikap membaca dalam diri, mulakanlah dengan satu buku sebulan. Rutinnya sangat mudah, iaitu dengan membaca selama 10 minit saja setiap hari boleh membantu kita mencapai matlamat membaca satu buku setiap bulan. Semoga artikel ini memberi inspirasi kepada anda untuk terus membaca. Maklumat ini saya rujuk dari website ipendidikan.my yang banyak menulis tentang pendidikan di Malaysia.

Share
Whatsapp
Tweet
Linkedin
Telegram
Email
Prev Article
Next Article

Recent Posts

  • 3 Strategi untuk Membina Tabiat Baik, Menurut James Clear
  • 31 Contoh Ayat Aktif
  • 31 Ayat Ayat Sweet
  • 10 Aksesori Mudah Alih yang Wajib Dimiliki
  • 31 Tips Untuk Membuat Hari Ini Lebih Baik dari Semalam

Tags

ayat bahagia Baju belajar berjaya blogger buku cinta google janji jenama kasih kata kata kehidupan kereta kerja komunikasi konsisten malaysia otak pelajar pelanggan perniagaan rindu rumah sahabat sakit sayang SEO setia tiktok twitter universiti wang wanita youtuber

SantroSondy.com

Copyright © 2023 SantroSondy.com
About | Contact | Privacy Policy | Disclaimer