Pada tahun 2004, amalan membaca orang Amerika secara puratanya adalah 23 minit sehari, dan menurun kepada hanya 16 minit sehari pada tahun 2019. [S]
Walaupun dengan penurunan itu, mereka masih lagi hebat dipentas dunia khususnya dalam bidang perniagaan dan pemasaran.
Dengan menyedari hakikat ini, saya menyenaraikan 6 kebaikan yang mungkin kita nikmati pada masa hadapan jika kita mulai mengamalkannya pada hari ini.
Ariel Castillo / Imej Pexels
1. Menambahkan ilmu pengetahuan
Kebaikan utama yang akan kita peroleh daripada amalan membaca ialah pertambahan ilmu pengetahuan.
Dengan membaca, peluang untuk kita menemukan perspektif baru sangatlah besar.
Perspektif ini mungkin saja memperbaiki, meneguhkan, memperhaluskan, mempelbagaikan sudut pandang pengetahuan kita.
Yang akhirnya membuat kita bertindak dengan lebih berkesan berbanding dari sebelumnya.
2. Mengisi masa lapang
Bagi kita yang mempunyai banyak masa lapang, luangkanlah masa untuk membaca sekurang-kurangnya 10 minit sehari.
Dengar nasihat ini, membaca itu adalah seperti makanan kepada otak kita.
Sepatutnya tidak kira sibuk atau lapang, kita kena beri makan kepada otak kita.
Jika tidak, ia akan makan makanan yang masuk disebabkan pengaruh-pengaruh persekitaran kita.
Oleh itu, berikan masa kepada otak kita untuk memahami sesuatu perkara iaitu dengan membaca buku.
3. Menambahkan perbendaharaan kata
Selain itu, membaca juga dapat menambahkan perbendaharaan kata.
Setiap buku mempunyai bahasanya yang tersendiri.
Maksudnya, Buku Ekonomi akan menggunakan bahasa ekonomi, Buku perubatan akan menggunakan bahasa perubatan…
Apa yang berlaku ketika kita membaca buku ini?
Kita akan menemukan perkataan baru dalam bahasa buku itu.
Maksudnya, ketika kita membaca buku ekonomi, kita akan menemukan perkataan baru dalam perbendaharaan kata ekonomi kita. begitu juga yang berlaku sekiranya kita membaca buku perubatan.
Oleh itu, bacalah buku berkaitan dengan minat kita agar perbendaharaan kata kita bertambah.
4. Meningkatkan pencapaian bahasa
Di sudut yang lain pula, kita menyokong perkembangan bahasa tempatan.
Kita mungkin tidak sedar akan hakikat ini bahawa penggunaan bahasa Malaysia semakin tenggelam oleh bahasa inggeris.
Ini disebabkan, kebanyakan orang banyak membaca bahan dari bahasa inggeris.
Saya menyedari perkara ini selepas melihat jumlah pelawat ke blog ini yang sangat rendah.
Oleh itu, jika kita ingin meningkatkan pencapaian bahasa kita, luangkanlah membaca bahan bahasa Malaysia agar lebih ramai penulis berbahasa Malaysia yang rajin menulis.
Konsistenlah dan lihatlah kebaikannya pada masa depan.
Baca juga: 32 Tips untuk Konsisten Sepanjang Tahun
5. Meningkatkan ekonomi diri
Sebagai seorang profesional, kita perlu melengkapkan diri kita dengan pengetahuan yang lengkap dalam bidang kita.
Ini supaya, kita dapat memberikan perkhidmatan yang paling berkesan dan dipercayai pelanggan.
Bila pelanggan merasa percaya dengan perkhidmatan kita, jangan ragu-ragu lagi menerima bayaran kerana telah memberikan perkhidmatan yang terbaik.
6. Mengetahui berita atau isu semasa
Dunia sentiasa berubah.
Kita mesti terus menerus membaca tentang perkara yang penting bagi kita.
Jika tidak, kita akan ketinggalan.
Sebagai contoh, saya sangat menyukai semua berita tentang perkataan konsisten dan Consistent.
Disebabkan itulah, setiap hari saya akan membaca sekurang-kurangnya satu berita yang dihantar oleh Google Alert ke email saya.
Dengan melakukan ini, saya mengetahui apa yang berlaku dalam dunia konsisten.
Kesimpulan
Sebenarnya, membaca akan membuat masa depan kita senang kerana dari membacalah semangat menulis akan timbul.
Apabila kita ada kesanggupan menulis, kita mungkin akan dapat menghasilkan buku atau memiliki blog seperti blog ini.
Oleh itu, amalkanlah amalan membaca mulai hari ini.
Demikianlah informasi lengkap yang mengulas tentang kebaikan amalan membaca.
Untuk memupuk amalan membaca yang konsisten memang tidak mudah.
Namun, bagi orang yang bertekad dan konsisten boleh menjadi mudah apa lagi kalau kita tahu kebaikanya.
Dapatkan lebih maklumat pendidikan dengan mengklik link Ipendidikan.