SantroSondy.com

Menu
  • Home
  • Lirik Lagu
  • Senarai
  • Tutorial
Home
Senarai
14 Kata Kata Semangat untuk Pelajar SPM dari Guru-Guru Seluruh Malaysia

14 Kata Kata Semangat untuk Pelajar SPM dari Guru-Guru Seluruh Malaysia

Santro Sondy July 12, 2022

Hello guys, welcome to Santrosondy.com, hari ini saya akan mengongsikan 14 kata kata semangat untuk pelajar SPM.

Tujuan saya mengongsikan artikel ini adalah untuk menunjukkan tanda sokongan moral kepada pelajar dan lepasan pelajar SPM tahun ini.

Tanpa membuang masa lagi, jom tambah motivasi usaha dengan membaca kata kata semangat yang diinspirasi dari Guru-guru seluruh Malaysia.

15 Kata Kata Semangat untuk Pelajar SPM dari Guru-Guru Seluruh Malaysia

George Pak / Imej Pexels

1. Cikgu Norazri Mat Piah

Yang pertama adalah Cikgu dari SMK Kinarut, Papar, Sabah yang berpesan;

Latihan berterusan pasti akan membawa kejayaan luar biasa.

Oleh itu, berlatihlah menjawab soalan-soalan peperiksaan secara berterusan.

2. Cikgu Khairul Hakimi Mansor

Yang kedua adalah dari Cikgu dari SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang yang berpesan;

Kejayaan semalam ialah sejarah. Cukup manis untuk dikenang. Jika semalam mahu dilupakan, jadikan hari ini manis untuk dikenang dengan tekun berusaha.

Oleh itu, berusahalah belajar dengan tekun untuk berlatih menjawab lebih banyak soalan peperiksan SPM.

Baca juga 32 Tips untuk Konsisten Sepanjang Tahun

3. Cikgu Hazam Mohd Said

Yang ketiga iaitu Cikgu dari SK Bagan Serai, Perak berpesan;

Anda hebat, anda cemerlang, hadapi dengan kesabaran dan kecekalan.

Oleh itu, bertabahlah untuk mengikuti rutin latihan sebelum menghadapi peperiksaan SPM.

4. Cikgu Mohamad Shaharudden Muhamad Kalam

Yang keempat iaitu Cikgu dari Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu, Kelantan berpesan;

Persediaan, kesabaran, kesungguhan, ketabahan, keyakinan dan disulami doa juga tawakal adalah kunci kepada kemenangan kalian.

Oleh itu, rajin-rajinlah membuat persediaan, mengingatkan diri agar sabar, tabah dan yakin serta berdoa sehingga tamatnya cabaran peperiksaan SPM.

5. Cikgu Nor Azlina Zakaria

Seterusnya yang kelima Cikgu dari SMK Tasek, Simpang Ampat, Pulau Pinang ini berpesan;

Allah maha mengetahui apa yang telah kamu USAHAkan. JUJUR lah pada diri sendiri. Tunaikan AMANAH yang dipertanggungjawabkan. Insya-Allah, apa yang kamu buat , ada hasilnya.

Oleh itu, lakukanlah latihan yang diberikan oleh guru-guru agar peperiksaan dapat diharungi dengan jayanya.

6. Cikgu Samita

Seterusnya yang keenam iaitu Cikgu dari E-Tuition Combo berpesan;

Setelah lima tahun penat lelah anda lalui, anda bakal melakar sejarah hidup.

Oleh itu, tetapkanlah rekod peribadi terbaik yang ingin dilakar untuk mengakhiri perjalanan sebagai pelajar SPM tahun ini.

7. Cikgu Farazi Razak

Yang ketujuh Cikgu dari SMK Tanjong Bunga, Pulau Pinang berpesan;

Gunakan senjata pena kalian untuk mendapat kejayaan di masa hadapan.

Oleh itu, gerakanlah pen yang ada untuk berlatih menjawab soalan-soalan SPM.

8. Cikgu Farazi Razak

Kelapan Cikgu dari SMK Tanjong Bunga, Pulau Pinang ini berpesan;

Jangan berputus asa kerana seorang juara tidak tahu erti kecewa. Hidup adalah perjuangan dan kita perlu berjuang untuk terus hidup. Bila kalian mulakan, kalian mesti habiskan.

Oleh itu, janganlah melayan keraguan diri disaat-saat akhir ini, berjuanglah selagi masih ada masa, lakukan latihan menjawab soalan SPM dan ikuti nasihat, tips dan trik yang guru-guru berikan.

9. Cikgu Farazi Razak

Kesembilan adalah Cikgu dari SMK Tanjong Bunga, Pulau Pinang berpesan;

Langkahlah dengan penuh gagah tanpa menyerah kalah. Semoga kejayaan menjadi milik anda. Amin.

Oleh itu, walaupun ada perasaan ketinggalan pelajaran, jangan putus asa, gagahkan diri untuk meminta tips dan trik dari cikgu untuk mencapai keputusan yang lebih baik dalam peperiksaan SPM.

10. Cikgu Abdul Ghani Abu Bakar

Kesepuluh pula adalah Cikgu dari SMK Toh Indera Wangsa Ahmad, Batu Gajah, Perak berpesan;

Ingat tiada yang mustahil, teruskan usaha anda.

Oleh itu, usahakanlah untuk berlatih menjawab soalan-soalan spm SETIAP HARI sehingga tamat peperiksaan.

11. Cikgu Mohamad Safuan Rozak

Kesebelas Cikgu dari SK Jengka Pusat 2, Pahang berpesan;

Kejayaan tanpa usaha adalah takdir. Usaha tanpa kejayaan adalah suratan takdir.

Oleh itu, jika ada keinginan untuk mengubah takdir, berusahalah (dengan nasihat guru-guru) buat kali terakhir sehingga tamat peperiksaan.

12. Cikgu Azman Abdul Aziz @ Nong

Keduabelas adalah Cikgu dari SMK Dato’ Penggawa Barat, Pontian, Johor berpesan;

Allah SWT hanya menilai usaha kita dan bukan hasilnya. Justeru, buatlah sedaya kemampuan kita dan serahkanlah urusan takdir kepada Allah.

Oleh itu, mintalah nasihat dari cikgu dan lakukanlah apa yang mampu kita lakukan disaat-saat akhir perjalanan kita sebagai pelajar SPM tahun ini dan selebihnya serahkan kepada Tuhan.

13. Cikgu Muhammad Sofuan Saadon

Ketigabelas adalah Cikgu dari SMK Seri Keledang, Menglembu, Perak berpesan;

Sedikit pengorbanan kamu pada hari ini akan menentukan siapa kamu 20 tahun akan datang. Dalam hidup ini tiada yang bodoh atau pandai. Yang ada cuma rajin atau malas. Jika kamu rajin, kamu boleh pergi jauh. Jika kamu malas, kamu tidak akan kemana-mana.

Oleh itu, rajin-rajinlah menjawab soalan SPM setiap hari sehingga tamat peperiksaan untuk mendapatkan haluan hidup yang lebih baik pada 20 tahun akan datang.

14. Cikgu Esmimi Elias

Yang terakhir adalah Cikgu dari SK Kuala Pegang, Baling, Kedah berpesan;

Semangat membara, jiwa yang kental disemai dihati. Hadapilah dengan ketenangan, usah khuatiri.

Oleh itu, berlatihlah dengan tenang setiap hari sehingga peperiksaan SPM tamat dan jangan khuatir tentang hasil yang mungkin kita peroleh.

Kesimpulan

Setiap guru sangat menginginkan pelajar-pelajarnya mendapat keputusan yang terbaik dalam peperiksaan apalagi dalam peperiksaan besar seperti peperiksaan SPM ini.

Mereka memahami apa yang dirasakan pelajar, kerana mereka juga pernah menjadi pelajar.

Oleh itu, bertanya dan tulislah nasihat, tips dan trik yang guru kita kongsikan kepada kita agar perjuangan kita sebagai pelajar SPM menjadi lebih mudah untuk mencapai keputusan yang lebih baik.

Demikianlah informasi lengkap yang mengulas tentang kata kata semangat untuk pelajar SPM tahun ini.

Untuk belajar menguasai sesuatu subjek memang tidak mudah.

Namun, bagi orang yang bertekad dan konsisten boleh menjadi mudah apa lagi kalau kita tahu caranya.

Dapatkan lebih maklumat pendidikan dengan mengklik Sinar Bestari.

Share
Whatsapp
Tweet
Linkedin
Telegram
Email
Prev Article
Next Article

Recent Posts

  • 3 Strategi untuk Membina Tabiat Baik, Menurut James Clear
  • 31 Contoh Ayat Aktif
  • 31 Ayat Ayat Sweet
  • 10 Aksesori Mudah Alih yang Wajib Dimiliki
  • 31 Tips Untuk Membuat Hari Ini Lebih Baik dari Semalam

Tags

ayat bahagia Baju belajar berjaya blogger buku cinta google janji jenama kasih kata kata kehidupan kereta kerja komunikasi konsisten malaysia otak pelajar pelanggan perniagaan rindu rumah sahabat sakit sayang SEO setia tiktok twitter universiti wang wanita youtuber

SantroSondy.com

Copyright © 2023 SantroSondy.com
About | Contact | Privacy Policy | Disclaimer