Seorang kawan menasihati saya untuk mengkaji apa yang saya percayai. Katanya “Bukan kenal nama saja”. Kalau kita mahu percaya pada sesuatu perkara, kita mesti berkawan dengan perkara tersebut lebih lama dari perkara-perkara lain.
Sukar untuk mempercayai jika kita tidak kenal apa yang kita percayai. Mempercayai sesuatu akan memberikan kita semangat untuk hidup lebih baik kerana ia dapat memastikan kita hidup berpengharapan.
Lelaki Mengkaji oleh StockSnap |
Hidup berharapan
Dalam buku Minda Positif muka surat 64, menerangkan tentang hidup berharapan. Harapan mungkin merupakan sumber motivasi paling penting. Kebanyakkan orang bekerja kerana mereka mengharapkan gaji yang bakal diterima, atau pelajar membuat persediaan sebelum peperiksaan kerana mereka mengharapkan markah yang baik dan para atlet bersaing bersungguh-sungguh kerana mereka mengharapkan kemenangan.
Harapan juga akan memberikan anda ketabahan dalam mengharungi cabaran-cabaran semasa. Jadi, sangat penting untuk kita meningkatkan harapan pada apa yang kita percayai iaitu dengan meluangkan lebih banyak masa dengannya.
Belajar Cara Membeli Nama Website Sendiri di iWHost
Semakin lama semakin kenal
Caranya mudah iaitu libatkan diri dalam pemikiran berharapan. Apabila anda merenungi masa depan, berusahalah untuk melihat hasil yang baik serta pengalaman yang memuaskan. Apa yang anda jangkakan dari peringkat awal akan menentukan hasil terakhir. Dan apabila anda terjumpa peristiwa-peristiwa yang positif, kembangkan fikiran anda mengenai sifat-sifat stabil yang telah menjadikannya nyata. Selain itu, anda juga boleh;
- Tolak fikiran-fikiran negatif
- Renungi masa lalu dengan tenteram
- Patahkan kitaran kesedihan yang melanda diri
- Amalkan bersikap optimis
- Gunakan arahan diri
- Baca dan renungi pepatah berhikmah
- Carikan lingkungan sosial yang baik
- Pindahkan semangat dan harapan kepada orang lain
- Jaga kesejahteraan fizikal
- Pengharapan agama
Kesimpulan
Bila kita mengkaji apa yang kita percayai, kita akan kenal lebih banyak, kesannya, harapan kita untuk mengubah tabiat buruk kita akan meningkat. Ia akan memberikan kita alasan yang kuat untuk terus maju memegang apa yang kita percaya. Lebih banyak sebab, lebih kuatlah kepercayaan dan keyakinan kita pada perkara tersebut.
Masukkan nama dan alamat e-mel untuk menerima update terbaru dari blog ini.