Setelah mendapat matlamat baru untuk blog ini, saya pun berfikir lebih panjang tentang cara meningkatkan Trafik ke blog ini 2 kali ganda.
Saya mencari-cari ilham di website-website lain, dan akhirnya saya menjumpai idea tersebut di satu website terkenal yang dikenali sebagai Pinterest.
Terdapat banyak tips yang boleh dijumpai disana.
Caranya pun kira mudah kerana dengan menaip satu perkataan sahaja, anda boleh menjumpai maklumat yang menarik untuk ditulis, seperti yang saya lalui.
Namun, sekiranya anda tidak mempunyai masa yang banyak untuk mencari maklumat berkenaan blogger, artikel ini adalah untuk anda.
Saya akan mengongsikan 15 jenis artikel yang akan meningkatkan trafik ke blog anda.
Tanpa membuang masa lagi, mari semak huraiannya satu per satu.
15 Jenis Artikel Yang Meningkatkan Trafik ke Blog Blogger
Credit: blende12
1. Senarai
Senarai dapat memudahkan pembaca menyusun strategi hidup mereka.
Tambahan lagi, artikel yang berbentuk senarai ini sangat senang untuk dibaca.
Pembaca akan kerap melawat ke blog anda apabila anda dapat membantu mereka menyenaraikan keperluan mereka.
Anda boleh menyenaraikan senarai barang keperluan untuk berkemah, mendaki gunung, berpindah asrama, berpindah rumah atau untuk mengisi keperluan dapur atau untuk data pengetahuan perbadi seperti senarai buku, senarai contoh, senarai negara, kampung dan banyak lagi.
2. Tips dan Nasihat Pantas
Anda boleh memberikan tips dan nasihat yang relevan dengan trend terkini.
Berikanlah Tips atau Nasihat pantas untuk pembaca agar mereka lebih berpengetahuan tentang apa yang menjadi trend semasa.
Sebagai contoh, berita Covid19 yang merupakan topik yang besar dan menjadi trend dalam enjin carian, anda boleh menulis tentang tips dan nasihat pantas agar pembaca-pembaca sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Ini juga dapat menunjukkan keprihatinan anda terhadap kesihatan pembaca.
3. Bersiri
Artikel yang bersiri dapat meningkatkan kesetiaan pembaca pada blog anda.
Jenis ini membuatkan pembaca tertunggu-tunggu apa yang berlaku seterusnya.
Ramai orang yang suka membaca perkembangan dari Zero to Hero, walaupun ianya hanya cerita fiksyen.
Banyak topik yang boleh anda masukkan dalam artikel jenis bersiri ini, antaranya ialah kereta, basikal, motosikal dan wang.
Sebagai contoh, “Sebelum kereta, saya hanya mempunyai basikal, kemudian motosikal, setelah saya mempunyai banyak wang, saya membeli sebuah kereta. Kemudian…” Tulis alur cerita yang lebih suspen supaya pembaca tertanya-tanya dan ingin tahu lebih banyak.
4. Cabaran
Artikel jenis ini menarik dan mencabar kerana akan menguji anda dalam tempoh-tempoh tertentu.
Ini dapat memberikan persepsi kepada pembaca mengenai komitmen anda dalam soal menunaikan janji.
Lazimnya, tajuk artikel berbentuk cabaran ini menggunakan perkataan “Mulai” atau “hari”. Sebagai contoh “Saya Akan Bersenam Mulai Hari ini”, kemudian “Hari ke-1”, Hari ke-2, Hari ke-3 dan seterusnya.
Anda boleh juga menceritakan pengalaman anda mencabar diri untuk tidak menyentuh makanan dari pagi hingga tengah hari.
Saya tahu perkara ini pelik, tapi itulah yang membuatkan artikel anda menarik.
5. Cara atau Panduan langkah demi langkah
Seterusnya ialah artikel yang dapat membantu pembaca menyelesaikan masalah mereka.
Sebagai contoh cara untuk mendapat tidur lena setiap malam, atau Panduan Langkah demi langkah untuk memandu dengan selamat.
Dari prespektif lain, satu artikel seperti ini boleh memberikan anda pengalaman sebagai seorang guru.
Ramai pembaca yang berpotensi untuk menjadi murid anda sekiranya anda dapat menyediakan cara atau panduan langkah demi langkah untuk melakukan sesuatu.
6. Sumber dan Alat
Anda boleh juga menulis tentang sumber-sumber untuk mendapatkan maklumat atau alat-alat canggih yang berguna dalam melakukan sesuatu tugas.
Menulis tentang dua atau tiga alat sahaja pun boleh membantu anda meningkatkan trafik secara bulanan.
7. Percuma
Berikankanlah informasi, pengetahuan atau pengalaman yang anda perolehi sepanjang hidup secara percuma supaya pembaca lebih gembira, bertambah hikmat dan pengetahuan.
Tiada lagi sebab yang kukuh untuk pelanggan meninggalkan anda, kerana anda telah memberikan pengalaman yang bernilai kepada mereka.
8. Motivasi dan Inspirasi
Banyak berita terkini yang menyedihkan pembaca-pembaca.
Anda boleh menulis artikel yang dapat memberikan motivasi dan inspirasi, supaya harapan mereka tentang masa depan yang cerah akan berjaya.
9. Bermusim
Setiap tahun, seluruh dunia pasti akan mengalami cuaca atau perayaan yang diadakan.
Dengan tahap penulisan yang anda miliki saat ini, tulislah artikel atau pandangan anda tentang musim-musim semasa seperti musim hujan, panas, menuai, hari raya, hari deepavali dan tahun baru cina.
Saya pasti, anda mempunyai pengalaman baru berkenaan dengan musim-musim semasa; itulah yang akan menarik lebih banyak pembaca ke blog anda.
Baca juga 31 Tips untuk Konsisten Sepanjang Tahun
10. Definisi
Artikel jenis ini akan menjadikan anda lebih berpendidikan kerana anda mempelajari sesuatu topik secara mendalam.
Saya pasti anda perasaan perkara ini, bahawa setiap subjek yang ada di dalam silibus pendidikan dunia kebanyakkannya dimulakan dengan mendefinisikan sesuatu istilah.
Dan tahukah anda, selain anda, pelajar-pelajar pengajian tinggi juga berpotensi untuk menjadi pembaca setia anda.
Sebagai contoh Mahasiswa Ekonomi, mungkin akan pergi ke blog anda kerana artikel anda menulis tentang Definisi Ekonomi.
Anda mendapat lebih untung kalau menulis artikel jenis ini.
11. Soal Jawab
Inilah satu lagi jenis artikel yang menjadikan anda berpendidikan kerana anda dapat menjawab soalan yang sering kali ditanya oleh rakan-rakan online dan offline anda.
Lagipun, penyediaan jenis artikel ini sangat mudah, anda hanya perlu menaip soalan, kemudian memberikan jawapan terbaik anda.
Anda boleh melihat banyak contoh berkenaan ini di website Quora.
Saya cadangkan anda mengambil topik yang releven dengan niche blog anda supaya anda mampu untuk sentiasa mengemaskini blog anda.
12. Berita dan Pekembangan Terbaru
Jika anda adalah blogger yang berfokus pada satu topik, artikel jenis ini sangat sesuai untuk anda.
Dengan niat ingin mengongsikan berita atau perkembangan terbaru, tidak mustahil, blog anda akan dibanjiri pelawat dalam masa yang singkat.
Sebagai contoh, Blogger Kewangan Peribadi iaitu Suraya dari blog Ringgitohringgit.com.
Dia mengongsikan berita dan perkembangan mengenai kewangan di blognya termasuklah Budget-budget bulanannya sendiri.
Jika anda perlukan perspektif baru tentang kewangan ikuti dia untuk belajar lebih banyak.
13. Review
Artikel review berpotensi untuk membawa 135,000 pelawat ke blog anda dalam sebulan.
Review adalah sebuah ringkasan atau ulasan mengenai sesuatu produk atau perkhidmatan seperti buku, jurnal, film, berita, suatu produk dan lain-lain.
Secara ringkasnya, review adalah tentang apa kata pelanggan mengenai perniagaan yang anda gemari?
Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang review, silakan baca di Saintif kerana informasinya lebih lengkap dan jelas.
14. Rahsia
Walaupun artikel rahsia hanya berpotensi membawa 10 pelawat ke blog anda dalam sebulan, ini masih berguna kerana ia dapat menimbulkan rasa ingin tahu yang tinggi ketika pembaca melihat ayat ini.
Ya, memang sudah menjadi lumrah manusia untuk sentiasa mencari rahsia kehidupan.
Tapi, berhati-hati ketika menulis artikel jenis ini kerana mungkin anda secara tidak sengaja memalukan orang lain.
Saya cadangkan tulislah rahsia-rahsia yang memanfaatkan semua orang.
Contohnya, rahsia alam, rahsia kekuatan fizikal atau rahsia kejayaan yang sudah menjadi umum bagi kebanyakkan orang.
15. Kesilapan
Artikel bagi kata kunci kesilapan hanya berpotensi membawa 10 pelawat ke blog anda dalam sebulan.
Tapi, jika anda belajar dari kata-kata Thomas Edison “I have not failed. I’ve just found 10,000 ways that won’t work.”.
Anda akan bersemangat untuk menulis artikel kesilapan berserta dengan pembetulan.
Selalunya artikel Kesilapan ini diletakkan dengan tajuk “8 Kesilapan yang Blogger Baru Sering Lakukan” dan huraiannya pula adalah berbentuk penyelesaian yang bertujuan untuk memberitahu pembaca supaya mereka tidak melakukan kesilapan yang sama.
Kesimpulan
Inilah informasi terbaru yang dapat membantu anda meningkatkan trafik ke blog anda.
Semoga selepas ini, anda dapat menulis artikel yang berbentuk Senarai, Tips dan Nasihat Pantas, Bersiri, berbentuk Cabaran, Cara atau Panduan langkah demi langkah, Sumber dan Alat, Percuma, Motivasi dan Inspirasi, Bermusim, Definisi, Soal jawab, Berita dan perkembangan terbaru, Review, Rahsia dan Kesilapan.
Diharapkan artikel ini dapat memberi manfaat kepada anda, dan sekiranya YA, kongsikan kepada rakan-rakan blogger anda yang lain supaya mereka juga tahu jenis artikel yang dapat meningkatkan trafik ke blog mereka.
Anda juga boleh subscribe blog saya ini melalui kotak Subscribe di bawah ini supaya saya boleh menghantar pemberitahuan artikel baru ke email anda.
Sekian sahaja untuk hari ini, semoga bermanfaat.