Jika sebelum ini anda pernah membaca ulasan pendek saya tentang buku Jalan Menuju Yesus, maka pada hari ini, saya mengulas lebih panjang tentang 9 Jalan menuju Yesus yang saya belajar dari buku Ellen G White.
9 Jalan Menuju Yesus yang saya belajar ialah Melihat kasih Tuhan kepada manusia, Menyedari manusia berdosa perlukan Yesus, Mengaku dosa kepada Tuhan, Mengambil tindakan bertaubat, Menyerahkan hati kepada Tuhan, Bertumbuh di dalam Yesus, Menambah pengetahuan tentang Tuhan, Berdoa untuk mendekati Tuhan dan Bergirang di dalam Tuhan.
1. Melihat Kasih Tuhan Kepada Manusia
Adalah mustahil untuk mengasihi tanpa memberi.
Tuhan telah memberikan bermacam-macam keindahan kepada manusia.
Keindahan itu kita boleh lihat melalui pemandangan Alam Sekitar iaitu kejadian siang dan malam, langit, darat, lautan, tumbuhan, ikan-ikan di laut, burung-burung di udara dan binatang di darat.
2. Menyedari Manusia Berdosa Perlukan Yesus
Upah Dosa adalah Maut.
Manusia sepatutnya tidak wujud pada hari ini, kalau bukan kerana kasih dan keadilan dalam pemerintahan Tuhan.
Yesus yang menjadi satu dengan kehendak Bapa, rela mengambil semua upah dosa itu melalui kematian-Nya di kayu salib.
Melalui kematian Yesus di kayu salib, manusia tidak perlu lagi bersusah-susah untuk memiliki kehidupan kekal, hanya perlu mengikut jalan hidup yang Yesus tunjukkan.
Baca juga 31 Tips untuk Konsisten Sepanjang Tahun
3. Mengaku Dosa Kepada Tuhan
Menyembunyikan Dosa boleh membebankan hidup manusia.
Yesus tidak mahu Manusia terbeban atau tertekan kerana dosa-dosa yang dilakukan.
Dia memanggil manusia untuk mengakui dosa yang dilakukan, kemudian diikuti dengan pertobatan.
4. Mengambil Tindakan Bertaubat
Tindakan-tindakan pertaubatan boleh dipelajari melalui kehidupan Yesus. Yesuslah contoh yang sempurna.
Pelayanan yang ajaib ditunjukkan-Nya semasa berada di Dunia, iaitu memberi makan ramai orang, menyembuhkan orang sakit, mengajar orang tentang kebenaran yang benar, menghidupkan 10 hukum sepanjang kehidupan-Nya dan pelayanan yang penuh dengan kasih kepada Tuhan dan Manusia.
5. Menyerahkan Hati Kepada Tuhan
Serahkan hati kepada yang Mahatinggi dalam segala sesuatu.
Apabila manusia menyerahkan hati kepada Tuhan, maknanya, perintah Tuhan menjadi satu dalam hidupnya.
Sama seperti Lelaki dan Wanita yang saling menyerahkan hati untuk menuju satu tujuan yang suci iaitu Hidup dan Bertambah banyak.
6. Bertumbuh Di Dalam Yesus
Belajar apa yang Yesus lakukan, tumpukan pada tabiat Yesus.
Caranya ialah menghidupkan Gaya Hidup yang ditunjukkan Yesus semasa di Dunia.
Sebagai contoh, Yesus suka berdoa, manusia boleh belajar untuk berdoa seperti Yesus, cari tahu bagaimana perasaan Yesus ketika melayangkan Doa kepada Bapa di Sorga.
Dalam cara itu, manusia boleh bertumbuh di dalam Yesus.
7. Menambah Pengetahuan Tentang Tuhan
Tuhan adalah kekal, setia dan adil.
Jika kita tahu banyak tentang Tuhan, maknanya kita membuka peluang untuk melihat dan menuntut janji-janjiNya kepada sesiapa yang berpegang pada perintah-perintah-Nya.
Tuhan mahu kita mengenal sifat-sifatnya melalui ciptaan-ciptaan-Nya. Jadikan Tuhan sebagai titik perkembangan setiap deria yang kita ada.
8. Berdoa Untuk Mendekati Tuhan
Jika kita dekat dengan Tuhan, kita boleh meminta apa sahaja kita mahukan.
Berdoa ialah cara yang paling mudah untuk mendekati Tuhan.
Sama seperti Yesus, Dia sentiasa berdoa kepada Bapa di Sorga, supaya Dia dapat kekuatan untuk menyelesaikan tugas-Nya di dunia.
9. Bergirang Di Dalam Tuhan
Kesan bergirang di dalam Tuhan berbeza dengan kesan bergirang pada pandangan dunia.
Bergirang di dalam Tuhan menambahkan kelimpahan, bergirang pada pandangan dunia menambah kekurangan.
Kegirangan di dalam Tuhan, menambahkan kegirangan kepada diri dan orang lain. Kegirangan Dunia, merugikan diri dan orang lain.
Kesimpulan
Itulah 9 Jalan Menuju Yesus yang saya belajar dari Buku tulisan Ellen. G White.
Sekiranya anda tertanya-tanya tentang cara untuk mengenali Yesus lebih dalam, masukkanlah buku-buku yang ditulis oleh penulis ini dalam senarai buku bacaan anda.
Semoga perkongsian kali ini, dapat menambah nilai positif dalam hidup anda dan Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca artikel saya yang sederhana ini.