SantroSondy.com

Menu
  • Home
  • Lirik Lagu
  • Senarai
  • Tutorial
Home
Senarai
3 Langkah Untuk Menghancurkan Halangan Kepada Inovasi

3 Langkah Untuk Menghancurkan Halangan Kepada Inovasi

Santro Sondy June 9, 2022

Tidak dapat disangkal lagi perniagaan yang konsisten menghasilkan idea-idea baru cenderung untuk mendominasi sesebuah industri berkaitan.

Tesla dan Space-X contohnya merupakan syarikat yang penuh dengan individu yang inovatif.

Tidak hairanlah populariti syarikat ini sering kali mengisi setiap sudut di internet.

Jika kita ingin mengalakkan pasukan kita berinovasi, pelajari 3 langkah berkesan ini.

inovasi

Kredit: fauxels (Pexels)

1. Kenal pasti dan terokai halangan kepada inovasi

Mulakan dengan bertanya kepada pasukan kita, apa yang menghalang mereka daripada menjadikan inovasi sebagai sebahagian daripada hari kerja mereka?

Walaupun kita mungkin merasa defensif atau ingin bertanyakan soalan susulan, fokus pada objektif iaitu menyenaraikan setiap respons pada papan putih.

Galakkan pasukan kita untuk mengkongsikan halangan yang terlintas di fikiran mereka.

Lakukan ini sehingga majoriti pasukan kita telah menyumbang.

Contoh antara halangan yang mungkin terlintas di fikiran mereka adalah seperti “Pihak atasan tidak melaksanakan idea kita” atau “itu bukan keutamaan untuk saya.”

2. Bincangkan halangan yang paling biasa dan setuju tentang tiga teratas

Sebaik saja kita telah menyenaraikan semua halangan, minta setiap orang membuat contoh kes untuk halangan yang paling bermasalah.

Bincangkan mengapa masalah itu menjadi penghalang dan membantu kita menemui punca masalah penglibatan rendah di dalam berinovasi.

Sebagai contoh, jika halangan yang bermasalah itu ialah “kekurangan masa untuk projek inovasi,” mereka mungkin berkongsi bahawa hari mereka dipenuhi dengan mesyuarat sehingga mereka hampir tidak boleh memesan makan tengah hari, apa lagi berfikir untuk menghasilkan idea produk yang inovatif.

Atau mungkin kita juga akan mendengar bahawa “inovasi” bukan antara kriteria semakan prestasi, jadi kenapa perlu menumpukan tenaga pada sesuatu yang tidak memberi kesan kepada kerjaya mereka?

Maklum balas dan ulasan seperti ini amat berharga apabila kita mencari penyelesaian untuk halangan yang teratas, jadi cuba tangkap setiap idea yang diperkatakan.

Baca juga: 32 Tips untuk Konsisten Sepanjang Tahun

3. Hasilkan taktik untuk mengatasi halangan

Mulakan dengan bertanya pada sesiapa yang mempunyai idea untuk menyelesaikan mana-mana daripada tiga halangan tertinggi?

Galakkan pasukan kita untuk Think Big dan tanpa dikekang oleh peraturan atau norma di tempat kerja.

Jika bilik senyap, berikan beberapa idea kita sendiri.

Contohnya, “Jika mereka diberi kuasa untuk mengatakan tidak kepada jenis mesyuarat tertentu, adakah itu akan memberikan masa untuk berinovasi?”

Atau “Jika kategori pada semakan prestasi mereka adalah ‘menunjukkan sikap yang inovatif,’ adakah mereka sentiasa mengutamakan inovasi?”

Teruskan mencari penyelesaian kepada tiga halangan tertinggi sehingga majoriti dari kumpulan kita bersetuju dengan perubahan yang dibuat.

Kemudian, laksanakannya atau dapatkan sokongan daripada seseorang yang berkebolehan.

Kesimpulan

Penemuan seperti ini mampu menghasilkan kemenangan yang cepat dan ia dapat menunjukkan jenis penyelesaian masalah inovatif yang kita mahu pekerja kita terlibat.

Teknik ini melengkapkan kita dengan formula untuk mengenal pasti halangan inovasi mereka dan menyelesaikannya dengan serta-merta.

Mengambil masa untuk memahami dan menangani halangan pekerja kita menunjukkan bahawa kita mendengar mereka, disamping menekankan semula bahawa inovasi adalah keutamaan utama perniagaan kita.

Demikianlah informasi lengkap yang mengulas tentang masalah kurangnya inovasi dalam perniagaan kita.

Mengalakkan pasukan yang inovatif memang tidak mudah.

Namun, bagi orang yang bertekad boleh menjadi mudah apa lagi kalau kita tahu caranya.

Dapatkan lebih maklumat tentang kepimpinan dengan mengklik Forbes.

Share
Whatsapp
Tweet
Linkedin
Telegram
Email
Prev Article
Next Article

Recent Posts

  • 3 Strategi untuk Membina Tabiat Baik, Menurut James Clear
  • 31 Contoh Ayat Aktif
  • 31 Ayat Ayat Sweet
  • 10 Aksesori Mudah Alih yang Wajib Dimiliki
  • 31 Tips Untuk Membuat Hari Ini Lebih Baik dari Semalam

Tags

ayat bahagia Baju belajar berjaya blogger buku cinta google janji jenama kasih kata kata kehidupan kereta kerja komunikasi konsisten malaysia otak pelajar pelanggan perniagaan rindu rumah sahabat sakit sayang SEO setia tiktok twitter universiti wang wanita youtuber

SantroSondy.com

Copyright © 2023 SantroSondy.com
About | Contact | Privacy Policy | Disclaimer