Blogger adalah individu yang menulis pengalaman mereka di website. Ia seperti jurnal atau diari online yang boleh dibaca oleh sesiapa sahaja di internet. Tidak semua orang tertarik dengan perkataan ini mungkin disebabkan mereka tidak suka membaca atau pemilik blognya yang tidak menarik. (Hahaha.)
Rata-rata orang berminat dengan perkataan ini adalah mereka yang suka membaca dan menulis, khususnya bagi yang suka menulis diari. Apabila mereka ingin tahu siapa dan apa blogger ini? Mereka mula mencari di internet.
Nah, pada hari ini saya akan mengongsikan 5 soalan yang sering ditanyakan orang tentang Blogger. Kesemua jawapan ini akan membantu mengembangkan prespektif anda tentang blogger. Tanpa membuang masa lagi, mari semak huraian selanjutnya.
1. Adakah blogger dibayar
Penglibatan awal seseorang Blogger dalam dunia blogging tidaklah indah seperti yang dilihat oleh kebanyakan orang. Apa yang dilihat oleh kebanyakkan orang, hanyalah ketika seseorang blogger itu berjaya.
Mereka tidak melihat proses yang perlu dilalui untuk menjadi blogger berjaya. Umumnya, seseorang blogger tidak dibayar kerana 2 sebab; Pertama, kualiti artikel masih rendah. Kedua, penulisannya belum cukup dikenali ramai orang.
Peluang seseorang blogger itu dibayar ditentukan oleh kualiti artikel-artikel yang ditulis. Ini kerana artikel yang berkualiti mudah untuk mendapat perhatian dari orang yang benar-benar memerlukannya. Artikel berkualiti dapat membantu ramai pengguna internet.
Pengguna yang telah dibantu pula akan kerap datang melawat; Dan itu akan memberikan isyarat kepada Google atau syarikat-syarikat besar untuk memasang iklan di blog blogger tersebut. Baca lebih lanjut di artikel Apa yang Blogger lakukan?.
2. Apa yang blogger lakukan
Tugas utama seorang blogger adalah menghasilkan kandungan dalam bentuk tulisan. Kandungan blog adalah bagaimana anda memberi nilai kepada pembaca yang melawat blog anda, mendidik mereka tentang perniagaan anda, dan akhirnya membina kepercayaan dengan mereka sebelum anda mengharapkan mereka membelanjakan wang untuk membeli produk atau perkhidmatan anda.
Produk atau perkhidmatan ini boleh dalam bentuk affiliate program atau penyiar iklan seperti Adsense, Amazon, Clickbank dan e-Bay. Sebagai contoh blog saya ini, saya lebih biasa dengan Adsense dan Amazon kerana 2 sebab;
Sebab yang pertama ialah menggunakan huruf A pada permulaan nama produk ini. Dan, sebab kedua ialah mudah untuk dipasang pada blog. Dua sebab ini dapat memberikan motivasi kepada saya untuk menulis artikel yang menarik dan berkualiti.
3. Bagaimana blogger menjadi kaya
Blogger boleh menjadi kaya dengan memonetisekan blog mereka. Ini bergantung pada jumlah pelawat dan harga produk yang anda iklankan di blog anda. Mari saya berikan contoh matematik mudah.
Katakanlah, anda mendapat $1 bagi setiap 1,000 pelawat. Jika blog anda mempunyai 100,000 pelawat setiap hari, anda akan mendapat RM100 sehari. Jika RM100 sehari, didarabkan dengan 28 hari, maka pendapatan anda dalam sebulan adalah RM2,800. Itulah contoh berdasarkan jumlah pelawat.
Mari lihat pula contoh berdasarkan harga produk. Katakanlah, harga produk anda bernilai RM100, dan hanya 1 pembeli bagi setiap 1000 pelawat. Jika pelawat anda 10,000 sehari, maka anda pendapatan anda dalam sehari adalah RM1,000. Kemudian, darabkan dengan 28 hari, maka dapatlah RM28,000 sebulan.
Lumayankan? Nah, sekarang mari kita lihat cara untuk memonetisekan Blog. Ada beberapa cara untuk memonetisekan Blog;
Pertama melalui Pemasaran Affiliate. Disamping menggunakan sesuatu produk, anda juga boleh mendapatkan bayaran dengan membawa orang lain menggunakan produk tersebut.
Kedua, Paparkan Google AdSense. Sekiranya pelawat anda adalah 1 ribu sehari, anda berpotensi mendapat $1. Untuk melakukan ini, Anda perlu menulis Artikel 1 ribu secara terperinci setiap hari.
Ketiga Menjual Iklan Secara Langsung. Seperti Facebook menjual ruangan iklan di website mereka, blog anda juga boleh menjual iklan secara langsung seperti itu. Tapi, anda perlu berusaha menulis setiap hari untuk meningkatkan Trafik. Artikel ialah alat untuk membawa lebih ramai pelawat ke blog anda. Tanpa artikel, tiada sebab untuk pelawat tinggal di blog anda lama-lama. Semakin banyak artikel, semakin banyaklah pelawat yang akan melawat blog anda.
Keempat Menulis Ulasan berbayar. Ulasan atau Review merupakan salah satu jenis konten yang dapat meningkatkan Trafik ke blog anda. Ramai peniaga yang mahu menggunakan kemahiran menulis anda mempromosikan perniagaan mereka.
Dengan menentukan sistem anda sendiri, anda boleh meletakkan harga bagi ulasan yang dibuat. Sebagai contoh, Ulasan untuk 500 patah perkataan – RM10, 1000 patah perkataan – RM20 atau 1500 patah perkataan – RM30.
Ini pun bergantung pada tahap kepopularan blog anda. Bayarannya mungkin lebih mahal, jika blog anda sangat-sangat popular. Melakukan ini dalam kuantiti yang banyak boleh menjadikan anda blogger Review yang kaya.
Kelima Membeli dan Menjual website Buat masa ini, saya tidak membeli dan menjual website kerana belum ada masa untuk mengkaji kaedah ini untuk menjana pendapatan melalui blog saya. Tapi, saya fikir kaedah ini sangat baik kerana kebanyakkan orang sekarang mahu membina jenama sendiri, jadi kenapa tidak mencuba untuk membeli website kemudian menjual kepada mereka.
Sebagai contoh, anda menjumpai sahabat anda yang sangat pintar dalam bermain piano. Kemudian, anda membeli domain untuk namanya di internet. Sementara itu, anda menyokong dia untuk mengembangkan bakatnya, hinggalah sampai pada masa yang tepat, anda menjual domain itu kepadanya dengan harga yang menguntungkan anda.
Katakanlah, pada mulanya harga domain tersebut ialah RM50, tunggu 6 tahun kemudian, jual semula domain itu dengan harga RM300, ini termasuk kos penjagaan domain tersebut, semakin lama anda menjaganya, semakin mahallah harga jualannya nanti.
Selain itu, harga jualan juga bergantung pada populariti blog atau empunya nama tersebut. Jika empunya nama tersebut sangat popular, maka harganya pun boleh jadi mahal. Anda perlu mencari nama atau individu yang berbakat supaya mereka berjaya dengan bakat mereka.
Pada pendapat saya, ini juga salah satu jenis pelaburan yang berisko kerana anda tidak tahu apa yang akan berlaku pada empunya nama tersebut, contohnya empunyai nama tersebut meninggal, maka pelaburan anda juga gagal.
Kecualilah, ada ramai yang menggunakan nama yang sama dengan empunya nama tersebut. Huraian untuk menjual beli domain ini agak panjang kerana saya tertarik untuk belajar lebih pada topik ini. Jika anda mencuba cara ini, pastikan anda membuat kajian terperinci terlebih dahulu supaya anda tidak rugi.
4. Siapa blogger yang dapat bayaran tertinggi
Menurut TargetInternet, blogger yang mendapat bayaran tertinggi ialah HuffPost dengan pendapatan $500 juta setahun. Huffpost yang sebelumnya dikenali sebagai The Huffington Post telah diasaskan oleh Arianna Huffington.
Dia membina perniagaannya dari blog ke empayar media antara tahun 2005 dan 2011, ketika The Huffington Post dibeli oleh AOL dengan harga $ 315 juta. Anggaran pendapatan tahunan HuffPost adalah $ 500 juta, yang menempatkannya di liga besar mengikut standard kebanyakan akhbar tradisional, apalagi berbanding dengan blog lain.
Faktor utama kejayaan HuffPost adalah pengeluaran dan pengedaran kandungan digital mereka, iaitu 600 hingga 1,000 artikel setiap hari, yang mana dari 10 hingga 100 daripadanya menjadi viral. Hidup dan mati sesebuah blog ditentukan kemampuannya untuk menarik perhatian pembaca, dan HuffPost cemerlang dalam skor itu dengan strategi yang tepat pada waktu yang tepat.
5. Mana yang lebih baik Blogger atau WordPress
Saya akui platform wordpress lebih baik dari platform blogger kerana kemudahan plugin yang dimilikinya. Apabila anda menggunakan platform WordPress, hampir semuanya disediakan untuk memudahkan anda menulis.
Salah satu contoh mudah yang dapat mengambarkan kehebatan WordPress adalah “Mempunyai Pengira Patah Perkataan sendiri”. Berbanding platform Blogger yang memerlukan anda mengguna “Microsoft Word” untuk mengira jumlah patah perkataan.
Ini hanyalah salah satu dari manfaat menggunakan platform WordPress. Ada banyak lagi kelebihan yang saya tidak sempat tuliskan dalam artikel ini. Namun, sekiranya anda ingin mengetahuinya, anda boleh membacanya dari artikel WordPress vs. BlogSpot: Which Is Better & Why?.
Walau bagaimanapun, yang mana baik itu ditentukan sendiri oleh anda. Sebagai contoh, saya memuji platform WordPress itu baik, tapi saya masih menggunakan platform Blogger kerana saya sedikit biasa dengan kod-kod membina website. Nasihat saya, jika anda ingin berblog, pilihlah WordPress kerana ia akan membantu anda Berjaya dengan cepat.
Itulah berita terkini dari blog ini, harapan saya selepas ini adalah untuk anda meningkat dari segi pengetahuan, pengalaman, pertambahan infomasi dalam bidang penulisan blog. Semoga contoh atau tips yang terdapat dalam artikel ini bermanfaat juga untuk anda.
Gambar Andrea Piacquadio