SantroSondy.com

Menu
  • Home
  • Lirik Lagu
  • Senarai
  • Tutorial
Home
Senarai
10 Youtuber Malaysia Yang Popular di Tahun 2020

10 Youtuber Malaysia Yang Popular di Tahun 2020

Santro April 27, 2020

Youtuber Malaysia yang popular di tahun 2020 membuatkan ramai yang berlumba-lumba membangun channel Youtube masing-masing. Youtuber kini adalah satu kerjaya yang popular yang muncul pada zaman melenial ini. Mereka boleh menjana pendapatan lebih dari 5 angka sebulan selepas beberapa tahun bertungkus-lumus menghasilkan konten bagi pengikut-pengikut mereka. Hello Sahabat-sahabat Youtuber. Selamat datang di blog saya SantroSondy.com.

Hari ini saya akan mengongsikan Top 10 Youtuber Malaysia pada tahun ini. Saya hanya mengambil Top 10 Youtuber supaya kita boleh belajar dari mereka. Artikel ini adalah hasil statistik dari laman web socialblade. Social Blade adalah laman web yang mengesan statistik dan analitik media sosial termasuk YouTube, Twitch, Instagram, Twitter, Facebook, Mixer, Dailymotion, dan DLive. Saya harap artikel ini akan memotivasikan Youtuber, khususnya Youtuber Gaming yang serius dan sedang dalam proses menyediakan 9 Peralatan Youtuber Gaming seperti pada artikel saya sebelum ini.

youtuber malaysia

Imej: Mohamed Hassan (Pixabay)

10 Youtuber Malaysia Yang Popular di Tahun 2020

1.  Les’ Copaque Production

Channel ini diangkat menjadi Youtuber Top 1 Malaysia dari Katogeri Filem. Belajar dari Youtuber Top 1 Malaysia ini akan menguntungkan anda. Dari segi jumlah pengikut, Les’ Copaque Production mempunyai 8.89 Juta pengikut. Hebatkan Youtuber ni? Tahniah Les Kopaku, kau berhak untuk ini. Teruskan kerja yang hebat.

2.  Monsta

Sekarang kita pergi ke Channel yang mendapat Ranking atau Peringkat ke-2 iaitu Monsta. Channel ini diangkat menjadi Youtuber peringkat ke-2 Malaysia dari Katogeri Filem. Channel ini pun bagus untuk dijadikan role model dalam pembikinan filem, ada 5.39 juta pengikut. Nice!!!

3. PlataBush

Peringkat ke-3, jatuh kepada PlataBush yang timbul menjadi Top 10 Youtuber Malaysia dari katogeri Filem. Yang ini dari Sabah Guys. Semoga meningkatlah ekonomi sabah. Dia sekarang mempunyai 4.3 juta pengikut. Nah kan? Buli Bah Kalau Kau. Terus kekalkan momentum.

4.  Didi & Friends – Lagu Kanak Kanak

Yang ke-4 ialah dari Katogeri Filem juga iaitu Didi & Friends – Lagu Kanak Kanak. Pergi lihat sendiri lagu-lagu yang dikongsikan dari channel ini. Kau akan merasa lebih muda. Tidak hairanlah channel ini mempunyai 3.72 juta pengikut. Teruskan kerja yang baik Didi & Friends.

5. TV3MALAYSIA Official

Yang ke-5, ini kita semua kenal, TV3MALAYSIA Official yang diangkat menjadi Youtuber peringkat ke-5 Malaysia, dari Katogeri Entertainment. Kalau mengikut laporan SocialBlade, channel ini mempunyai 3.41 juta pengikut. Teruskan mewarnai rakyat malaysia TV3ku.

6. Omar & Hana – Lagu Kanak-Kanak Islam

Tempat ke-6 jatuh kepada channel Omar & Hana – Lagu Kanak-Kanak Islam, yang diangkat dari katogeri filem. Channel ini mempunyai 3.21 juta pengikut. Teruskan menghiasi kanak-kanak islam di Malaysia melalui filem yang dihasilkan. Malaysia Boleh!

7.  Astro Gempak

Astro Gempak diangkat menjadi Youtuber peringkat-7 Malaysia dalam katogeri Entertainment. Saya menjangkakan pengikut yang sekarang ini iaitu 2.63 juta akan meningkat kepada 2.8 juta pengikut. Terima kasih kerana melayani rakyat malaysia dengan hiburan-hiburan yang gempak melalui Youtube.

8.  Alieff Irfan

Channel ini pula menggunakan nama sendiri iaitu Alieff Irfan. Dapat juga dia bawa nama dia menjadi Youtuber peringkat-8 Malaysia melalui katogeri Entertainment. Terima kasih kepada 2.55 juta pengikut yang menyokong Alieff Irfan sehingga ke tahap sekarang. Nice Job!!!

9.  Namewee

Siapa yang tidak kenal Namewee. Ada saja perkara yang panas dia share di channel dia.  Tapi, kita tidak dapat abaikan fakta ini iaitu dia mempunyai 2.44 juta pengikut di Youtube. Dia diangkat menjadi Youtuber peringkat-9 Malaysia melalui Katogeri Entertainment.

10.  Jordan Yeoh Fitness

Youtuber terakhir yang saya akan ulas dalam artikel ini ialah Jordan Yeoh Fitness. Tegap badan dia, sampai dapat 2.41 juta pengikut di Youtube. Socialblade meletakkan dia sebagai Youtuber peringkat-10 Malaysia dari Katogeri How To&Style. Terbaik Bro!!!

Kesimpulan

Kerja keras Youtuber-youtuber dalam menghasilkan beratus-ratus konten akhirnya membuahkan hasil dan saya percaya mereka akan menjadi semakin baik setiap hari, kerana, pengalaman itu mendewasakan. Okeylah Sahabat-sahabat Youtuberku, itu sahaja untuk hari ini. Jumpa lagi.

Share
Whatsapp
Tweet
Linkedin
Telegram
Email
Prev Article
Next Article

Recent Posts

  • 3 Strategi untuk Membina Tabiat Baik, Menurut James Clear
  • 31 Contoh Ayat Aktif
  • 31 Ayat Ayat Sweet
  • 10 Aksesori Mudah Alih yang Wajib Dimiliki
  • 31 Tips Untuk Membuat Hari Ini Lebih Baik dari Semalam

Tags

ayat bahagia Baju belajar berjaya blogger buku cinta google janji jenama kasih kata kata kehidupan kereta kerja komunikasi konsisten malaysia otak pelajar pelanggan perniagaan rindu rumah sahabat sakit sayang SEO setia tiktok twitter universiti wang wanita youtuber

SantroSondy.com

Copyright © 2023 SantroSondy.com
About | Contact | Privacy Policy | Disclaimer