“Ah, saya ada idea” Siapa yang merasa positif apabila mendengar pernyataan ini? Saya pun gembira, sudah pasti anda juga gembira bukan? Dengan idea yang kita ada, ia mungkin dapat membantu ramai orang. Orang yang dapat membantu lebih ramai orang merupakan orang yang berpendapatan tinggi. Contohnya Bill Gates, Mark Zuckerberg, Jack Ma dan Jeff Bezos.
1. Apa itu Idea?
Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, Idea adalah buah fikiran.
2. Melancarkan Usaha Mengejar Impian
Idea membantu kita menjawab persoalan-persoalan hidup yang membuat kita tersekat dalam usaha mengejar impian. Jika anda fikir tidak mempunyai idea, apakata tanya soalan pada diri anda sendiri. Tanya soalan yang membuat anda lebih berguna kepada ramai orang selepas menemui jawapan.
3. Bagaimana Idea timbul dalam fikiran kita?
Dr. Bruce Lipton menyatakan di websitenya “95% hidup anda berasal dari program bawah sedar”. Oleh itu, secara definisi, hidup kita adalah cetakan dari minda bawah sedar kita. Dalam erti kata yang lain, ada banyak idea yang berada di dalam minda bawah sedar kita. Persoalannya, bagaimana untuk kita menyedari idea yang ada di minda bawah sedar ini? Saya tahu anda telah mengetahui jawapannya dan disini saya ingin mengongsikan jawapan saya iaitu carilah Tuhan dan kebenaran-Nya maka semua idea itu akan ditambahkan kepada kita mengikut keperluan kita. Jadi, berbalik kepada persoalan utama Bagaimana Idea timbul dalam fikiran kita? Jawapannya ialah sentiasa bersedia untuk mencatat sebarang buah fikiran yang timbul walau dimana saja kita berada. Ini kerana, kita adalah apa yang kita fikir. Pegang tabiat ini dengan kukuh sementara Tuhan melakukan selebihnya untuk kita.
4. Permulaan Untuk Mengajar Kejayaan
IPSS atau IDEA, PLANNING, STRATEGY, SUCCESS. Inilah stesen-stesen yang perlu dilalui jika kita mahu berjaya. Ia bermula dengan Idea. Orang yang mempunyai idea lebih cepat maju berbanding dengan yang tiada idea. Kenapa? Kerana mempunyai idea merupakan langkah pertama yang terbaik untuk mengubah hidup anda sesuai keinginan anda. Disini ada satu cerita yang menunjukkan bagaimana perkara yang anda yakini memacu kita untuk berjaya.
5. Made by Edison and installed by Barnes.
Pada zaman dahulu, ada seorang lelaki yang bernama Barnes. Barnes mempunyai satu idea iaitu ingin menjadi rakan perniagaan Edison, seorang pereka terkenal. Barnes bertekad mahu bekerjasama dengan Edison. Disebabkan semangatnya yang tinggi, Dia membuat keputusan untuk pergi ke tempat Edison, walaupun tanpa wang yang cukup.
Setelah sampai ke tempat kerja Edison, Barnes memperkenalkan dirinya dan mengumumkan yang dia akan menjadi rakan perniagaan dengan pereka ini. Edison melihat ekspresi Barnes yang menunjukkan bahawa dia bertekad untuk mendapatkan apa yang dia kejar.
Kemudian, Edison pun memberinya peluang kerana dia melihat bahawa Barnes telah memutuskan untuk bertahan sehingga dia berjaya. Barnes tidak terus dapat menjadi rakan perniagaan Edison pada permohonan pertamanya.
Dia hanya mendapat peluang untuk bekerja di pejabat Edison, dengan upah yang sangat rendah, melakukan pekerjaan yang tidak penting bagi Edison, tetapi yang paling penting bagi Barnes, kerana itu memberinya peluang untuk menampilkan “Ideanya” di mana Edison dapat melihatnya.
Bulan berganti bulan. Nampaknya tidak ada yang berlaku yang membawa Barnes mencapai matlamat utamanya. Tetapi sesuatu yang penting berlaku dalam fikiran Barnes. Dia terus meningkatkan keinginannya untuk menjadi rakan perniagaan Edison.
Keinginan ini memberi Barnes keyakinan bahawa dia sudah benar-benar bersedia dan bertekad untuk menjadi rakan perniagaan dengan Edison. Apa yang Barnes lakukan ialah bersedia dengan penuh tekad mengenal peluang untuk mencapai matlamatnya.
Peluang pun terbuka apabila Edison berjaya menyempurnakan satu alat pejabat baru, yang dikenal pada masa itu, sebagai Mesin Dictating Edison (sekarang Ediphone). Jurujual Edison tidak berminat dengan mesin tersebut. Mereka tidak percaya ia boleh dijual tanpa usaha yang tinggi.
Barnes melihat peluang ini. Ia pun merangkak secara senyap-senyap, tersembunyi ke arah mesin yang kelihatan pelik dan tidak menarik perhatian kecuali dia dan Edison. Barnes tahu dia boleh menjual Mesin Dictating Edison. Dia mencadangkan ini kepada Edison, dan segera mendapat peluang.
Dia berjaya menjual mesin itu dan terus menjual sehingga Edison memberinya kontrak untuk mengedarkan dan memasarkannya ke seluruh negara. Dari persatuan perniagaan itu muncullah slogan, “Made by Edison and installed by Barnes.”
Kesimpulan
Apa idea yang membuat anda dan orang lain lebih baik pada masa depan? Kongsikan idea anda kepada dunia melalui sosial media dan di website sendiri. Selepas membuat akaun di media sosial, buatlah satu website khas untuk mengongsikan buah fikiran anda. Dapatkan Nama website anda di iWHost sekarang kerana ramai orang yang berpotensi membaca idea anda di internet.
Gambar geralt