Hilangkan ketakutan dengan pengetahuan supaya kita boleh terus maju walau dimana atau apa saja kelemahan kita.
Ketakutan menyebabkan kemajuan kita terhenti atau menjadi perlahan.
“Kau bukanlah siapa-siapa, tiada apa yang boleh kau lakukan untuk orang lain”, Pernyataan ini sering timbul pada mula-mula saya masuk dalam dunia blogging.
Selain itu, persoalan seperti “Bagaimana kalau saya tidak dapat?” dan “Apa yang saya perlu jawab bila ditanya?”.
Bila diimbas kembali corak pemikiran saya pada masa itu, saya semakin tekun berusaha untuk memupuk tabiat berfikir yang lebih baik dari itu.
Saya tidak mempersalahkan masa lalu, kerana ia membentuk saya pada hari ini.
Perkara kecil yang saya boleh buat adalah mengubah persepsi saya mengenai persoalan-persoalan yang sering saya tanyakan dahulu.
Sebagai contoh, Dulu, bila saya tanya “Bagaimana kalau saya tidak dapat?”, perkara yang ada dalam fikiran saya hanyalah untuk mendapat benda atau perkara tersebut.
Kini, saya menggunakan persoalan ini untuk merancang strategi seterusnya.
Jika saya tidak dapat yang ini, saya boleh cuba cara yang lain.
Blogger Hilangkan Ketakutan dengan Pengetahuan
Saya memilih pendekatan untuk terus maju walau dimana, atau apa saja kelemahan yang kita ada demi untuk memperbaiki diri, keluarga, masyarakat dan negara.
Nah, hari ini saya akan kongsikan 6 tips untuk terus maju walaupun anda merasa tidak mempunyai apa-apa pada masa ini.
Credit: Yan Krukov
1. Mengenal Diri dan Tujuan
Saya ingin memiliki sebuah kereta, dan tumpuan saya hanya pada matlamat itu.
Saya menulis cara-cara untuk mendapatkan sebuah kereta.
Tapi, sehingga kini, saya masih belum mempunyai kereta.
Kenapa? Kerana saya masih belum cukup mengenal diri dan tujuan saya untuk memiliki kereta tersebut.
Dalam buku The Art of War mengajar saya untuk mengenal diri dan tujuan hidup sebelum berusaha untuk mencapai kemajuan.
If you know others and know yourself, you will not be imperiled in a hundred battles; if you do not know others but know yourself, you win one and lose one; if you do not know others and do not know yourself, you will be imperiled in every single battle.
Mengenali diri merupakan aspek pertama yang perlu disedari sekiranya anda ingin memajukan diri dalam apa-apa bidang pun.
Selain nama dan umur, anda kena tahu kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman kepada diri anda.
Mengenal tujuan termasuklah mengetahui buku, individu dan gol yang perlu anda lalui demi untuk mencapai matlamat anda.
Kesedaran terhadap maklumat-maklumat asas ini dapat membantu anda mengukur jarak antara anda dan matlamat anda sekarang.
2. Merekod dengan Tulisan
Inilah soalan yang rata-rata akan keluar dari mulut kita bila ada ketakutan sebelum membuat sesuatu, iaitu “Apa yang berlaku jika…?”.
Soalan seperti ini membuatkan anda lebih berkeyakinan untuk terus maju.
Bagaimana? Ia akan menjadi lebih baik sekiranya anda membuat rekod dengan tulisan, tidak kiralah sama ada melalui buku jurnal atau blog.
Ketakutan disebabkan kurangnya pengetahuan atau pengalaman tentang sesuatu perkara yang penting bagi kita, sehingga kita pun ragu-ragu dalam membuat keputusan, kita berpusing-pusing dalam keraguan kita sendiri sehingga kita tidak sedar masa sudah jauh meninggalkan kita.
Daripada berpusing-pusing dalam keraguan sendiri, kenapa tidak belajar mengenai perkara yang meragukan kita, supaya kita boleh membuat keputusan dengan cepat dan tepat.
Teknologi yang dicapai pada masa ini adalah sumbangan dari rekod yang ditulis oleh generasi masa lalu.
Pencipta sesuatu teknologi tidak dikenali sekiranya tiada rekod yang ditulis untuk rujukan generasi masa depan.
I have not failed. I’ve just found 10,000 ways that won’t work. – Thomas A. Edison
Bila anda mempunyai rekod sendiri, anda akan tahu cara yang tidak berkesan untuk mencapai matlamat anda.
Rekod kegagalan boleh dijadikan rujukan untuk mengelakkan dari mengulangi kesalahan yang lalu.
Itulah yang menjadikan anda SMARTER.
3. Membina Sistem Sendiri Yang Berkesan
Setelah mengenal diri sendiri, mengenal matlamat dan mempunyai rekod Try and Error (T&E).
Tiba masanya untuk membina sistem yang berkesan bagi diri anda.
Sistem yang membuat anda menjadi lebih produktif dan tersusun dari sebelum ini.
Anda boleh melihat contoh sistem yang saya susun sendiri untuk saya menghasilkan artikel bagi blog ini di Artikel 16 Langkah Untuk Blogger Menulis Artikel Terbaik di Google.
Ada banyak langkah-langkah menulis artikel yang terdapat di internet, kebanyakkannya ditulis sendiri oleh Blogger yang lebih pakar dari saya.
Salah seorang daripada mereka ialah Darren Rowse iaitu pemilik blog Problogger.
Belajarlah dari sistem orang yang pakar, lihat langkah-langkah bagaimana mereka mengembangkan atau membuat blog mereka kemudian sesuaikan dengan kemampuan anda sendiri.
4. Mengurus Menggunakan Prinsip Pareto
Kebimbangan wujud kerana ketidakpastian tentang masa depan.
Kita risau pada masa depan, sedangkan masa depan itu adalah hasil daripada apa yang kita lakukan sekarang.
Pelajari ketakutan diri supaya kita boleh memajukan diri untuk mencapai kehidupan yang lebih baik.
Apabila kita merasa ketakutan, pasti ada sebabnya, dan penyebabnya pun tidaklah sebesar mana seperti yang kita bayangkan.
Sebagai contoh, kita takut bercakap dengan orang lain kerana kita sentiasa terbayang peristiwa dimaki hamun pada masa lalu, sedangkan, dengan senyuman dan sedia mendengar saja pun orang akan tertarik untuk bercakap dengan kita.
Anda boleh melihat Prinsip Pareto dari situasi mudah ini. Prinsip Pareto menyatakan bahawa kira-kira 80% akibat berasal dari 20% penyebabnya.
Dari sudut pengurusan blog, anda perlu fokus 20% pada penulisan konten untuk mendapatkan 80% trafik pada masa hadapan.
5. Membaca Buku yang Relevan
Selain membaca jurnal atau blog yang kita tulis, kita juga perlu membaca buku yang ditulis oleh senior-senior dalam bidang kita atau bidang-bidang lain jika diperlukan.
Membaca buku memberikan kita prespektif baru tentang kehidupan kita. Sebagai contoh;
Pada mula-mula dulu, saya tidak meminati penulisan blog, tapi selepas saya membaca buku “Think and Grow Rich“, saya mendapat prespektif baru mengenai pembinaan kekayaan yang bersesuaian dengan keadaan kita di Malaysia.
Buku membuka fikiran kita yang terkunci selama ini.
Ia juga dapat mempercepatkan kita memperoleh pengalaman hidup tentang sesuatu perkara dalam masa yang singkat.
Ianya seperti Hyperbolic Time Chamber dalam Anime Dragon Ball Z, yang membantu Son Goku mendapat 1 tahun pengalaman bertarung dalam masa 1 hari.
Baca juga 31 Tips untuk Konsisten Sepanjang Tahun
6. Yakin Kesetiaan Membawa Kejayaan
Nilai sifat setia adalah lebih mahal dari emas.
Semua orang yang berjaya mempunyai sifat ini dalam diri mereka.
Bagi blogger, anda akan berjaya jika setia untuk menulis tentang satu topik utama untuk blog anda setiap hari.
Kuncinya ialah anda kena setia pada topik yang anda sangat minati.
Menurut Adsense, ada 25 kategori topik menarik yang boleh membantu anda berjaya sebagai blogger.
Anda boleh memilih topik apa yang anda ingin tumpahkan kesetiaan anda.
Kesetiaan akan memberikan anda pengalaman yang paling berharga dalam sesuatu bidang, ia dapat memberikan blog anda autoriti dalam sesuatu topik.
Semakin lama blog anda aktif semakin ramailah pembaca atau pelayar internet yang mengingati blog anda.
Sama seperti saya mengingati salah satu syarikat tertua di dunia iaitu Kongō Gumi yang ditubuhkan pada 578 Masihi dan masih beroperasi hingga kini.
Selain Kongō Gumi, masih ada banyak lagi syarikat yang tua di dunia dan anda boleh melihatnya di List of oldest companies.
Kesimpulan
Inilah informasi terbaru dari blog ini yang dapat membantu anda menjadi blogger yang maju dan seronok dengan aktiviti menulis.
Semoga selepas ini, anda lebih mengenal diri dan tujuan anda berblog, rajin membuat rekod, mempunyai sistem kerja sendiri, rajin membaca dan setia dengan apa yang anda sedang usahakan.
Diharapkan artikel ini dapat memberi manfaat kepada anda, dan sekiranya YA, kongsikan kepada rakan-rakan blogger anda yang lain supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu.
Anda juga boleh subscribe blog saya ini melalui kotak Subscribe di bawah ini supaya saya boleh menghantar pemberitahuan artikel baru ke email anda.
Sekian sahaja berita terbaru dari blog ini dan Selamat Berblog.