Jika kita inginkan kejayaan besar pada masa depan, maka kita harus menang dalam perkara-perkara kecil hari ini.
Kemenangan-kemenangan kecil itu akan menjadi minyak pembakar semangat untuk kita lebih berdisiplin.
Bukan itu saja, kita harus menang hari ini kerana;
Credit: Spencer Bergen
1. Setiap hari kita membayangkan impian kita
Bayangan yang ada dalam minda kita meningkatkan potensi kita untuk memenangi setiap pergumulan kita.
Kata-kata dari Albert Einstein, “Imagination is more important than knowledge. Knowledge is limited. Imagination encircles the world.”
Dalam erti kata lain, kita telah berada di pertengahan haluan untuk mencapai impian kita kerana bayangan atau imaginasi kita telah menyediakan hampir kesemua maklumat yang kita perlukan untuk sampai ke destinasi impian kita.
Jadi, sangat membazir masa jika kita mengalah.
Baca juga: 32 Tips untuk Konsisten Sepanjang Tahun
2. Kemenangan kecil membawa kemenangan yang lebih besar
Setiap kemenangan akan membuka semangat kita yang terkunci sebelum ini.
Saya sangat yakin yang dengan berbekalkan semangat yang tinggi kita semua boleh berjaya.
Ini kerana, semangat boleh menjadikan orang lemah menjadi kuat, apa lagi orang yang kuat akan menjadi lebih kuat.
Semangat menyanggupkan kita untuk melakukan apa saja demi untuk mencapai matlamat.
Tapi, pertama sekali kita kena buka semangat kita yang terkunci selama ini.
Caranya ialah dengan mencapai kemenangan-kemenangan kecil seperti mendapat tidur yang cukup, mengemas tempat tidur setiap hari, sentiasa bersenam dan sebagainya.
Oleh itu, jangan buang masa lagi, menangi pergumulan semasa kita kerana kemenangan besar menanti di hadapan.
3. Semua mengharapkan yang terbaik dari KITA
Kita mungkin tidak sedar bahawa keluarga dan rakan-rakan kita secara tidak sedar mengharapkan yang terbaik dari kita.
Harapan ini sama seperti kita mengharapkan yang terbaik dari LEE CHONG WEI untuk memenangi emas, walaupun dia tiada kaitan keluarga dengan kita.
Jika kita sedar akan perkara ini, kita akan mulai bersemangat.
Dan dari semangat itulah yang akan mengaktifkan kreativiti dan inovasi kita demi untuk keluarga, rakan-rakan, bangsa dan negara.
Oleh yang demikian, kita harus menang kerana semua mengharapkan yang terbaik dari kita.
4. Tanda kita berjaya mengawal diri
Orang yang paling hebat di dunia ialah orang yang dapat mengawal dirinya sendiri.
Tidak kira apapun situasi yang dihadapi, ia sentiasa dapat mengawal minda dan tindakannya.
Apabila kita memenangi pergumulan kecil dalam diri kita, itulah tandanya kita berjaya mengawal diri kita.
Kejayaan tidak akan tercapai jika kita bertindak mengikut emosi.
Bertindak dengan cara yang betul adalah sama seperti mengawal diri.
Dan jika kita ingin menjadi orang yang hebat, kalahkan dahulu musuh yang ada dalam diri kita agar kita mudah mencapai impian kita.
Oleh itu, kita harus menang melawan musuh ini.
Kesimpulan
Impian tanpa sebab yang kukuh akan dilupakan seperti mimpi di malam hari, sebaliknya impian yang dibangunkan atas sebab yang kukuh akan dilihat dalam dunia realiti.
Apabila berlaku situasi yang mencabar, bangkit dan tumpukan perhatian untuk mengharungi cabaran itu.
Jadikanlah sebab-sebab ini sumber kekuatan untuk melakukan lebih usaha dari hari sebelumnya.
Selamat maju jaya.