SantroSondy.com

Menu
  • Home
  • Lirik Lagu
  • Senarai
  • Tutorial
Home
Uncategorized
Cerita Hidup Dalam Pertandingan

Cerita Hidup Dalam Pertandingan

Santro April 19, 2020

Cerita Hidup Dalam Pertandingan mengisahkan pertemuan singkat antara 2 sahabat selepas beberapa tahun tidak berjumpa. Namun, ketika berjumpa, salah seorang dari sahabat ini merasa sedih dengan kehidupannya yang miskin, lalu sahabat yang satu ini cuba menasihatinya, dan berikut inilah cerita pertemuan 2 sahabat itu.

Cerita Hidup Dalam Pertandingan

Pada hari aku merasa diriku miskin dan bodoh, aku menyalahkan diriku kerana malas untuk terus bekerja agar dapat menghasilkan sesuatu untuk ditawarkan kepada orang lain yang mungkin akan mengeluarkan aku dari kemiskinan. “Dari mana saja kamu? Sudah berapa tahun kita tidak bertemu,” Satu suara menyedarkan aku dari lamunan.

Rupa-rupanya itu Onek, rakan sebaya saya masa sekolah rendah dulu. “Aku baru saja habis jalan-jalan di taman tadi, manalah tahu dapat idea yang bagus untuk jadi kaya” Jawabku. “Setiap yang lahir ke dunia terpilih secara langsung untuk bertanding dan hidup dengan senang.” dia cuba memberiku semangat dan aku cuba memahaminya.

“Pertandingannya adalah siapa yang lebih setia pada pencipta alam semesta dan dunia ini.” Tambahnya lagi. Saya berhenti dan mendongak ke langit, sambil mengenang kembali perkara-perkara tidak berfaedah yang saya lakukan, kemudian menatap semula wajah Onek. “Pilihlah satu perkara yang kau sukai dan bertumbuhlah dengannya dan kau akan memenangi pertandingan itu,” sambungnya sambil menepuk bahuku.

Aku masih tidak mengerti “Apa maksud kau?”. Dia kemudian melanjutkan, ” setia pada perkara yang membawa kehidupan kau menjadi lebih berkualiti khususnya dari segi kesihatan, rohani, emosi dan jasmani. Dalam ayat mudahnya, susah atau senang jangan pernah menyerah. Teruskan maju menghampiri matlamat. Kerana, itulah masanya kau dapat melihat perkara tersebut dari 2 perspektif kehidupan iaitu senang dan susah. Selepas itu, bersedialah untuk menerima hadiah kesetiaan kau berusaha. Hasil kesetiaan kau akan membuat kehidupan kau lebih baik, kerana pemahaman dan pengalaman sewaktu kita susah dan senang akan mengajar kita untuk menjadi lebih stabil dan efisien.” Aku mengangguk tanda memahami apa yang dia sampaikan.

“Kau hanya perlu berusaha untuk menjadi semakin hari semakin baik.” Tambahnya lagi. “Cukuplah, kau betul,” aku menghentikan dia daripada meneruskan nasihatnya, kemudian berjalan bersama-sama hendak pulang ke rumah masing-masing.

hidup dalam pertandingan

Kredit: Allan Mas (Pexels)

Sesampaiku di rumah, aku membersihkan diriku dan mengambil makan malam, sebelum melelapkan mata, aku memikirkan semula apa yang dikongsikan Onek petang tadi. Aku tergerak untuk mengambil nasihatnya dengan serius iaitu bersaing dengan diriku sendiri untuk menekuni satu bidang yang aku minati sehingga berjaya. Dalam kata lain, aku mengambil keputusan untuk hidup dalam pertandingan agar dapat keluar dari kemiskinanan hidup. Aku pun terus terlelap..zzzzz.

Share
Whatsapp
Tweet
Linkedin
Telegram
Email
Prev Article
Next Article

Recent Posts

  • 3 Strategi untuk Membina Tabiat Baik, Menurut James Clear
  • 31 Contoh Ayat Aktif
  • 31 Ayat Ayat Sweet
  • 10 Aksesori Mudah Alih yang Wajib Dimiliki
  • 31 Tips Untuk Membuat Hari Ini Lebih Baik dari Semalam

Tags

ayat bahagia Baju belajar berjaya blogger buku cinta google janji jenama kasih kata kata kehidupan kereta kerja komunikasi konsisten malaysia otak pelajar pelanggan perniagaan rindu rumah sahabat sakit sayang SEO setia tiktok twitter universiti wang wanita youtuber

SantroSondy.com

Copyright © 2023 SantroSondy.com
About | Contact | Privacy Policy | Disclaimer