Cara transfer maybank2u ini ditulis mengikut pengalaman saya ketika mentransfer wang di website Maybank2u. Saya menulis cara ini kerana ada masa saya pun perlahan untuk mentransfer wang ke bank maybank atau ke bank-bank lain yang ada di Malaysia.
Memindahkan wang ke bank keluarga atau sahabat kita akan sedikit sebanyak memudahkan hidup kita. Jika mereka senang, kita juga terkena tempias dengan kesenangan mereka. Jika kita senang, tempiaskanlah kesenangan kita, agar kita semua senang.
The point is not to pay back kindness, but to pass it on. — Julia Alvarez.
Salah satu cara untuk menempiaskan kesenangan kita ialah dengan mempelajari cara Transfer wang khusus bagi pengguna Maybank2u. Bayangkan, kita menguruskan wang kita dengan mengalirkan LEBIHANnya kepada yang benar-benar memerlukan, bagaimana senangnya hidup mereka bila kita bantu.
Nah, disini, saya telah menyusun langkah demi langkah untuk mentransfer wang ke Maybank2u. Gunakanlah cara saya ini sebagai asas anda untuk menguasai kemahiran mentransferkan wang melalui Maybank2u. Semoga terhibur dan selamat berjaya.
Cara Transfer Maybank2u
1. Pergi ke Maybank2u.com
2. Masukkan Username
3. Pastikan gambar keselamatan adalah betul
4. Pastikan frasa keselamatan adalah betul
5. Jika betul, Klik “Yes”.
6. Cari “Pay &Transfer”
7. Tutup Pop Up yang timbul
8. Akan kelihatan 3 pilihan
9. Pilih “Transfer”
10. Lihat ke “Transfer To > Other Accounts (Maybank or other banks)”
11. Cari ke bank apa yang anda ingin Transferkan wang
Anda mungkin tercari-cari langkah 12. Sekarang, pastikan anda tahu bank apa yang akan menerima wang anda. Jika bank Maybank, ikut langkah yang ada dibawah perenggan ini. Jika anda ingin transfer ke bank lain, ikut langkah dibawah langkah Transfer ke Maybank ini.
Jika anda ingin Transfer ke Maybank (Ikut langkah ini)
14. Rujukan Penerima boleh isi yang berkaitan. Contoh: Bayar Buku Hebat
15. Klik “Transfer”
16. Minta kod pengesahan menggunakan “SMS TAC”
17. Klik “Request”
18. Kod akan dihantar ke handphone anda yang berdaftar dengan Maybank
19. Masukkan kod 6 digit yang anda terima
20. Klik “Confirm”.
21. Tahniah anda sudah berjaya mentransferkan wang ke akaun Maybank lain.
22. Jangan lupa download resit Transfer sebagai bukti dan rujukan masa depan.
Jika anda ingin Transfer ke Bank lain (Ikut langkah ini)
13. Nama Penuh Penerima
14. Jenis Transaksi biarkan “Funds Transfer”
15. Mod Transfer biarkan “DuitNow – Instant Transfer”
16. Masukkan nilai yang ingin ditransferkan
17. Rujukan Penerima boleh isi yang berkaitan. Contoh: Bayar Buku Hebat
18. Klik “Transfer”
19. Pastikan Nama Penerima Adalah betul
20. Minta kod pengesahan menggunakan “SMS TAC”
21. Klik “Request”
22. Kod akan dihantar ke handphone anda yang berdaftar dengan Maybank
23. Klik ” Confirm”
24. Tahniah anda sudah berjaya mentransferkan wang ke bank lain.
25. Jangan lupa download resit Transfer sebagai bukti dan rujukan masa depan.