Cara register Maybank2u ini diajar oleh Edy Tutorial.
Video yang dia tunjukkan masih relevan dengan website Maybank2u terkini.
Sebelum register Maybank2u, pastikan anda sudah mempunyai akaun maybank dan mendaftarkan no telefon bimbit anda.
Jika belum silakan belajar Cara Buat Akaun Maybank.
Cara Register Maybank2u
1. Pergi ke Maybank2u
2. Lihat sudut kanan atas Klik “Register Now”
3. Masukkan 16 digit nombor kad ATM/Debit
4. Masukkan 6 digit nombor PIN kad ATM/Debit
5. Klik “Next”
6. Reka dan masukkan username anda
7. Reka dan masukkan password anda
8. Sahkan password anda
9. Masukkan email anda
10. Klik “Request for TAC”
11. Masukkan no TAC yang dihantar ke No HP terdaftar anda
12. Klik “Next”
13. Pilih Gambar keselamatan
14. Masukkan Perkataan Keselamatan
15. Jawab 3 soalan peringatan
16. Klik “Done”
Selepas register Maybank2u, sekarang belajar pula cara login Maybank2u.
Ini akan memberikan anda pengalaman pertama melihat wang anda dalam website Maybank2u.
Kalau saya dulu, pertama kali login dalam website Maybank2u, saya merasa sangat canggih kerana boleh membayar produk dari luar negara.
Itulah bermulanya pengembaraan saya mencari peluang pendapatan di internet.
Baca juga: 32 Tips untuk Konsisten Sepanjang Tahun
Kenapa saya membuka Maybank2u dulu?
Dulu-dulu sekitar tahun 2012-2014, saya minat menyertai program affiliate GDI milik syarikat luar negara.
Saya perlu mempunyai satu bank yang boleh membantu saya menyertai program Affiliate ini.
Saya sangat bersemangat masa itu, jadi saya bekerja menoreh getah untuk mendapatkan RM200 supaya boleh membuka akaun bank.
Setelah sebulan bekerja, akhirnya saya menjual getah tersebut dan dapatlah RM200.
Kemudian, saya pergi ke Kota Belud untuk membuka akaun Maybank2u.
Dan Misi saya tercapai hari itu.
Diterbitkan 9 Mac 2021, dikemaskini 03 Jun 2022