SantroSondy.com

Menu
  • Home
  • Lirik Lagu
  • Senarai
  • Tutorial
Home
Senarai
10 Cara Mudah untuk Dapat Cukup Tidur

10 Cara Mudah untuk Dapat Cukup Tidur

Santro October 7, 2020

Cara mudah untuk dapat cukup tidur ialah dengan memenatkan diri berfikir dan bergerak.

Thomas Edison bekerja dengan tekun untuk satu penemuannya dan jatuh tidak sedarkan diri di sofa selama 3 jam.

Bila dia bangun, dia akan menemukan semua penyelesaian untuk memperbaiki masalah yang dia kerjakan sebelumnya.

Tidur memiliki kekuatan untuk memberikan jawapan kepada masalah kita.

Jika anda mahu berjaya dalam keadaan yang sihat pada masa depan, jangan abaikan aspek ini, jangan terlebih tidur dan jangan pula kurang tidur.

Tidur dapat membantu membina semula minda dan fizikal anda.

Cara Mudah untuk Dapat Cukup Tidur

Kredit: Pixabay

Rehat yang teratur membantu otak anda berkerja dengan teratur, ia akan melindungi kesihatan mental dan fizikal, meningkatkan pembelajaran dan kemahiran menyelesaikan masalah, dan mengembangkan imaginasi anda.

Anda akan menjadi lebih positif dan mampu mengeluarkan idea yang berkualiti.

Itulah keuntungan yang anda akan perolehi apabila dapat cukup tidur.

Dalam buku Minda Positif, tulisan Julian Melgosa, Phd dalam bidang Psikologi. Muka surat 88, Cetakan Edisi pertama dalam bahasa Malay:

Ada sebuah kajian yang diterbitkan oleh Psychosomatic Medicine (Dew dll., 2003), warga tua yang meluangkan setengah jam atau lebih dalam cubaan mereka untuk tidur di waktu malam mengalami kemungkinan memendekkan usia mereka sendiri, berbanding golongan yang terus beroleh tidur tidak lama selepas mereka berbaring di katil.

Mary Amanda Dew bersama rakan sekerjanya dari fakulti perubatan University of Pittsburg (US) telah melakukan kajian lanjutan selama 19 tahun ke atas sekumpulan 185 peserta yang semuanya sihat dan berusia antara 58-91.

Para penyelidik mengikuti corak tidur kumpulan tersebut secara objektif dengan menggunakan alat elektroensefalogram.

Di penghujung ujian itu, 66 peserta telahpun meninggal dunia.

Kematian mereka didapati tiada kena mengena dengan usia, jantina, atau sebarang penyakit yang diketahui, tetapi sebaliknya berhubungkait dengan masalah tidur.

Ramai subjek yang telah meninggal menunjukkan bahawa mereka telah menghabiskan waktu malam mereka dalam keadaan sedar selama tiga puluh minit atau lebih, atau tidur kurang 80% daripada masa yang sedang diperhatikan.

Kajian ini menunjukkan bahawa tidur adalah sejenis sumber kesihatan dan ia menegaskan satu keperluan untuk memperbaiki kualiti tidur, terutama ketika berada di usia senja.

Tapi bagaimana pula dengan orang yang mempunyai masalah tidur?

Memang kelihatan hebat untuk bangun awal dan tidur lewat, tapi anda kena juga dapat cukup tidur.

Banyak pengkaji yang mencadangkan yang anda boleh mengharungi satu hari dengan jayanya dengan hanya mendapatkan 8 jam tidur.

Jika anda ialah individu yang tidak dapat cukup tidur seperti cadangan 8 jam setiap malam, anda boleh mengimbanginya dengan tidur siang dengan kerap.

Bergantung pada keperluan anda, tidur siang mungkin adalah pilihan yang anda mahu lakukan.

Bagi sesetengah orang, agak mudah.

Bagi orang lain, itu mencabar.

Jika anda sedar yang anda terlalu banyak berfikir dan sukar untuk tidur, cubalah untuk fikirkan sesuatu yang menenangkan.

Cara ini boleh menidurkan anda sekiranya anda melakukan 10 cara yang saya akan terangkan lebih lanjut.

Secara umumnya, tidur yang cukup bagi orang dewasa adalah 8 jam.

Bagi mendapatkan tidur seperti itu, silalah semak 10 cara mudah untuk dapat cukup tidur pada waktu malam.

1. Mengukuhkan aliran tidur

Jagalah tidur anda seperti anda menjaga aliran tunai wang anda.

Jika gaji anda adalah RM2000 sebulan, manakala perbelanjaan adalah RM1000 sebulan, jagalah aliran wang anda tetap seperti itu.

Semakin lama anda kekal dengan rutin ini, maka semakin kukuh dan bertambahlah wang tunai dalam simpanan atau tangan anda.

Sekarang, mari kita lihat dari segi masa tidur pula.

Setiap hari kita mempunyai 24 jam.

8 jam kerja, 8 jam tidur dan 8 jam lagi untuk melakukan hal hal lain seperti memasak, bersenam, membaca dan bercakap dengan keluarga dan rakan-rakan.

Semakin lama anda mengikuti rutin ini semakin kukuhlah taraf hidup anda.

Ini adalah salah satu contoh rutin yang positif.

Untuk mendapatkan 8 jam tidur, anda kena mula tidur pada jam 9 malam dan bangun pada jam 5 pagi: (Masa Dicadangkan)

  • 8 jam (Tidur jam 9pm – Bangun jam 5am)
  • 7 jam (Tidur jam 10pm – Bangun jam 5am)
  • 6 jam (Tidur jam 11pm – Bangun jam 5am)

Sekiranya anda mahukan kehidupan yang positif, mulakan dengan aliran tidur yang positif.

2. Mengemas Tempat Tidur

Selepas bangun setiap pagi, kemaskan tempat tidur kita supaya kita suka tidur di tempat itu pada malam hari.

Jangan lupa jasa tempat tidur anda selama 8 jam setiap hari untuk mengalasi kepala dan tubuh anda.

Mengemas tempat tidur dapat memberikan fikiran positif kepada anda.

Itulah permulaan yang memangkin kepada sifat produktif anda.

Anda akan ada pemikiran positif seperti “Saya akan melakukan yang terbaik”, “Saya telah melakukan dengan kemas” dan “Begini lebih kemas dan cantik”.

Hidup anda akan lebih baik lagi kalau ditambah dengan doa dan ucapan syukur kepada Tuhan yang Mahakuasa.

Ini akan memberikan tenaga positif kepada otak dan pemikiran anda.

3. Melakukan regangan pagi

Selepas memberikan sokongan positif kepada otak dan pemikiran anda.

Sekarang, anda kena berikan sokongan positif pula pada tubuh anda.

Caranya ialah dengan meregangkan kepala, bahu, tangan, pinggang, paha dan kaki.

Lakukan dalam kiraan 10 untuk setiap bahagian.

Ini akan memberikan ISYARAT kepada semua anggota tubuh untuk sedia bekerja pada hari itu.

Dengan melakukan regangan RINGAN ini, anda pasti akan menjadi letih pada malam hari sehingga dapat tidur dengan cukup nanti.

Selepas itu, minum air putih secukupnya.

Ingat, ini hanyalah regangan RINGAN yang boleh dilaksanakan dalam 1 minit;

  1. 10 saat kepala
  2. 10 saat bahu
  3. 10 saat tangan
  4. 10 saat pinggang
  5. 10 saat paha
  6. 10 kaki

4. Capai Matlamat Kecil

Nah sekarang, kerja sebenar yang memenatkan diri anda akan bermula.

Selepas menyediakan fikiran dan otot-otot anda berkerja.

Anda akan lebih bersedia untuk melakukan kerja-kerja mencapai matlamat anda.

Kerjalah dengan matlamat yang jelas.

Kerja keraslah untuk mencapai matlamat hari itu, walau sekecil manapun matlamat itu, jika anda sudah menetapkannya, laksanakannya sebelum petang.

Saya tidak akan menghuraikan matlamat besar anda disini kerana saya menganggap anda sudah menetapkannya sebelum ini.

Saya hanya mahukan anda mendapat tidur yang cukup pada malam nanti.

Jadi, pastikan anda mencapai matlamat kecil anda.

Kerana ia akan membuatkan anda pulang dan menikmati tidur malam anda tanpa kerisauan yang melampau.

5. Mengelakkan Tidur Siang

Jika boleh, elakkan daripada tidur panjang pada waktu siang, supaya anda merasa penat pada malam nanti.

Anda hanya digalakkan untuk tidur sebentar sahaja iaitu dalam tempoh 10 minit.

Caranya ialah pergi ditempat yang selamat dan sunyi, tetapkan 10 minit timer dan tutup mata anda.

Dari pengalaman saya, ketika menutup mata, saya merasai getaran kecil dalam kepala saya dan itu membuatkan saya selesa.

Saya fikir itu adalah tanda bahawa otak saya sedang menyusun maklumat tadi sebelum saya menutup mata.

Pada masa timer berbunyi, bukalah mata anda dan sambung berkerja semula.

Seperti biasa, kerjalah dengan matlamat yang jelas.

Supaya anda tahu dan sedar jarak semasa anda dengan matlamat anda sekarang.

6. Melakukan senaman petang

Selepas pulang dari kerja, lakukanlah senaman petang.

Bila anda melakukan senaman petang, ia akan meletihkan lagi otot-otot anda sehingga ia benar-benar bersedia untuk berehat pada waktu malam.

Bersenamlah 2 atau 3 jam sebelum tidur iaitu antara pukul 4 – 6 petang.

Itu kalau sekiranya anda menetapkan untuk tidur pada pukul 9 malam.

Disini saya sertakan 3 panduan untuk anda melakukan senaman;

  1. Kuliah 8 : Aktiviti Fizikal
  2. Pelan Latihan Senaman (IFitEr)
  3. Garis Panduan Aktiviti Fizikal Malaysia

7. Membersihkan diri

Selepas bersenam, bersihkanlah diri anda dengan air yang sesuai dengan keadaan suhu badan anda.

Pastikan air mandian tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk.

Jika keadaan sejuk, mandi dengan air suam.

Saya perincikan lagi, semasa mandi beri tumpuan lebih pada bahagian yang kerap mencemarkan deria hidu anda, seperti ketiak dan mulut.

Bersihkanlah diri anda supaya wangi, selesa dan tenang.

Pada masa ini, sangat penting untuk anda terapikan diri anda dengan aroma yang wangi dan menenangkan.

Berikan layanan pada deria hidu anda dengan minyak wangi yang menenangkan atau anda boleh cuba aromaterapi dari Youngliving (Saya bukan pengguna, tapi boleh tanya saya melalui Email).

8. Pakai pakaian yang selesa

Pakai pakaian yang membuatkan anda merasa nyaman.

Yang membuatkan anda selesa apabila kainnya menyentuh kulit anda.

Yang membuatkan pergerakkan pergerakkan anda bebas dan tenang.

Untuk pengetahuan anda, ada 6 jenis kain yang dihasilkan dari bahan semula jadi seperti Cotton, Silk, Linen, Wool, Leather dan Ramie.

Mana yang lebih baik?

Bergantung pada keadaan suhu waktu malam di tempat anda.

Saya cadangkan belilah pakaian tidur dari kain Silk, sebab lebih halus dan lembut.

Kalau keadaan berAircond, saya cadangkan ambil dari kain cotton, kerana lebih lembut dan tebal.

9. Tuliskan 5 Matlamat Hari Esok

Salah satu sebabnya seseorang itu sukar untuk tidur adalah kerana terlalu memikirkan masalah yang tidak jelas.

Dia tahu ada masalah, tetapi tidak tahu secara spesifik apa masalah itu.

Untuk mengenal pasti masalah ini, saya cadangkan untuk anda menulis 5 perkara yang tidak menyenangkan hati anda.

Lakukan ini dengan cepat dalam ayat yang pendek iaitu dalam 6-7 perkataan.

Semasa menulis, bisikan pada diri “Inilah yang saya selesaikan esok”.

Selesai menulis.

Letakkan senarai tersebut di sebelah tempat tidur anda.

Biarkannya disebelah anda, manatahu ada yang menolong anda menjadikannya kenyataan.

Pengharapan seperti ini mampu mengurangkan kerisauan anda, seterusnya bersedia untuk tidur tanpa kerisauan.

10. Membaca Buku Sehingga Mengantuk

Berdasarkan pengalaman saya, membaca buku boleh menyebabkan mengantuk.

Saya masukkan membaca sebagai salah satu cara untuk dapat cukup tidur, kerana perkara yang sama berlaku pada saya.

Saya sememangnya menganggap diri saya sebagai ulat buku, tapi saya tetap mengantuk selepas 30 minit membaca.

Mungkin awal daripada itu, apa lagi kalau membaca dalam posisi berbaring.

Begitulah hebatnya ubat tidur yang baik untuk otak ini.

Cara terbaik supaya anda mudah mengantuk ialah dengan memilih buku yang anda minati.

Bila anda membaca buku yang anda minati, anda akan mudah untuk memahami dan mengimaginasikannya dalam kepala otak anda.

Selain itu, ia akan membantu anda tidur dengan fikiran yang jelas.

Bila anda tidak faham apa yang anda baca, maka kekeliruan akan timbul.

Kekeliruan mungkin membuatkan anda risau, sehingga tidak dapat tidur.

Seperti mana yang biasanya berlaku pada orang yang berumur 60 tahun ke atas.

Jadi, itulah sebabnya sangat penting untuk membaca buku yang anda minati.

Baca juga: 32 Tips untuk Konsisten Sepanjang Tahun

Kesimpulan

Bila anda mendapat tidur yang cukup, anda akan mula merasa dan berfikiran selesa dengan diri anda.

Apa lagi kalau tidur sampai termimpi-mimpi akan sesuatu yang seakan-akan nyata.

Mimpi adalah mekanisma yang penting bagi anda untuk memperbaiki diri dan memori di otak.

Mimpi yang positif dapat memberikan perasaan yang positif dan begitu juga sebaliknya.

Kesannya, anda dapat menyediakan perkhidmatan yang positif dan terbaik bukan saja kepada pelanggan, tetapi juga kepada keluarga dan kawan-kawan anda.

Hargai kehidupan anda semaksimum yang boleh dengan cara yang sihat dan gembira.

Mulakannya dengan mendapatkan tidur yang cukup.

Selamat malam dan Semoga bermimpi indah.

Share
Whatsapp
Tweet
Linkedin
Telegram
Email
Prev Article
Next Article

Recent Posts

  • 3 Strategi untuk Membina Tabiat Baik, Menurut James Clear
  • 31 Contoh Ayat Aktif
  • 31 Ayat Ayat Sweet
  • 10 Aksesori Mudah Alih yang Wajib Dimiliki
  • 31 Tips Untuk Membuat Hari Ini Lebih Baik dari Semalam

Tags

ayat bahagia Baju belajar berjaya blogger buku cinta google janji jenama kasih kata kata kehidupan kereta kerja komunikasi konsisten malaysia otak pelajar pelanggan perniagaan rindu rumah sahabat sakit sayang SEO setia tiktok twitter universiti wang wanita youtuber

SantroSondy.com

Copyright © 2023 SantroSondy.com
About | Contact | Privacy Policy | Disclaimer