Artikel yang menarik dapat meningkatkan jumlah pelawat ke sesebuah blog. Hari ini saya akan mengongsikan 4 cara untuk menulis artikel yang menarik. Selepas membaca artikel ini, anda akan tahu susunan untuk menulis artikel bagi blog anda. Pengetahuan yang anda baca ini juga akan mengurangkan tempoh penghasilan bagi satu artikel untuk blog anda. Inilah antara isi-isi penting yang saya akan terangkan lebih lanjut kepada anda iaitu mulakan dengan tajuk yang menarik, pengenalan yang menimbulkan minat, setkan isi-isi penting dalam subheading (H2), dan setkan “kesimpulan” dalam subheading (H2).
1. Mulakan Dengan Tajuk Yang Menarik
Tajuk memainkan peranan besar dalam meningkatkan pembaca pada blog anda. Ia dapat menarik perhatian pembaca seperti yang dinyatakan oleh Neil Patel dalam artikelnya The Step-by-Step Guide to Writing Powerful Headlines iaitu “Great content starts with a headline that captures your reader’s attention.”. Setelah membaca artikel tersebut, saya membuat kesimpulan untuk menulis tajuk artikel secara spesifik menggunakan gabungan Nombor, Perkataan Positif, Perkataan Negatif, dan Soalan (5W1H). Sebagai contoh;
– Cara untuk Menulis Artikel Menarik
– 7 Cara Menulis Artikel Yang Membuat Pembaca Gembira
– Bagaimana Menulis Artikel Menjadikan Anda Bijak?
– 5 Perkataan Biadap Yang Perlu Dielakkan Ketika Menulis Artikel
– 3 Tabiat Ini Menjadikan Anda Penulis Berjaya
2. Pengenalan Yang Menimbulkan Minat
3. Setkan Isi-Isi Penting dalam SubHeading (H2)
Isi-isi penting mestilah dapat discan secepatnya oleh pembaca. Kemudian, terangkan setiap isi penting dalam 3-5 baris ayat. Mulakan dengan ayat umum, kemudian menjadi semakin terperinci. Semasa menerangkan setiap isi, terampilkan kredibiliti anda dengan meletakkan link keluar ke Website lain dan link dalaman blog anda sendiri, supaya ia dapat menyokong isi yang anda sedang terangkan. Kaedah penulisan artikel seperti ini, akan memperlihatkan kepakaran anda kerana mampu melihat topik itu dalam skop yang lebih luas.
4. Setkan “Kesimpulan” dalam SubHeading (H2)
Kesimpulan
Masukkan nama dan alamat e-mel untuk menerima update terbaru dari blog ini.