SantroSondy.com

Menu
  • Home
  • Lirik Lagu
  • Senarai
  • Tutorial
Home
Tutorial
Cara Menjadi Pelajar Cemerlang

Cara Menjadi Pelajar Cemerlang

Santro Sondy October 17, 2022

Cara Menjadi Pelajar Cemerlang ini diajarkan oleh Cikgu Rashid. Saya mengongsikannya kaedah 6M yang diajarkannya kerana lebih mudah untuk difahami dan diamalkan oleh sesiapa saja yang ingin menjadi pelajar yang cemerlang. Sebelum anda membaca artikel ini, lihatlah video ini untuk pemahaman yang lebih lengkap daripada cikgu Rashid.

Cara Menjadi Pelajar Cemerlang

1. Melihat

Melihat dengan teliti dan jitu.

Apa-apa saja yang diajarkan, yang ditulis, yang dipamerkan, yang ditunjukkan oleh guru mesti dilihat dengan teliti.

Bukannya melihat cikgu kita saja.

Cikgu ni Hansem, Cikgu ni cantik.

Ada sesetengah murid ni, termenung tengok cikgu, tapi bukan dengar apa yang dikatakan oleh guru.

Mereka memerhatikan guru, seolah-olah sorang model.

Ini sebenarnya cara melihat yang salah.

Kita lihat apa yang diajarkan oleh Guru, supaya dapat merangsang otak kita untuk mengingat apa yang diajarkan oleh Guru.

2. Mendengar

Mendengar dengan teliti dan jitu.

Apa-apa saja yang diungkapkan, yang diajarkan, yang dikatakan oleh guru mesti didengar dengan teliti.

Mendengar juga dapat merangsang otak untuk mengingat segala pelajaran yang diajarkan oleh Guru.

3. Meniru

Banyak orang terlepas pandang tentang sikap meniru ini.

Apa yang tidak boleh ialah meniru ketika menjawab soalan peperiksaan.

Meniru maksudnya disini ialah meniru apa yang telah diajarkan oleh Guru.

Kita dari kecil memang meniru, mula-mula sekali kita tiru ibu kita.

Panggilan “Mama”, “Ibu” adalah perkataan yang kita tiru dari ibu kita.

Oleh itu, kita boleh belajar dengan menggunakan kaedah meniru.

Meniru daripada cikgu, meniru daripada media massa yang diluar daripada kelas.

Itulah konsep meniru.

4. Menulis

Rajin-rajinlah menulis.

Apa yang cikgu ajarkan, cikgu ucapkan SAMBIL tulis.

Sebab menulis itu juga memberikan satu rangsangan kepada otak untuk mengingat, untuk kita menghafal, untuk kita mudah mempelajari apa yang diajarkan oleh guru kita.

Tulislah poin-poin yang penting dan belajar.

Ini tidak, selagi cikgu tak beri arahan untuk menulis, maka kita sebagai pelajar pun taklah menulis.

Jangan malas menulis.

Kerana selepas kita keluar dari kelas, kita akan lupa semua apa yang diajarkan oleh Guru.

Lainlah kalau otak kita macam komputer macam robot ke, sekali masuk, ZUPP terus masuk dan terus ingat sampai bila-bila itu tak apalah.

Oleh itu, tulislah setiap ilmu yang diajarkan oleh Guru agar kita tidak lupa.

P/S: Kemahiran menulis nota seperti wartawan iaitu menulis sambil melihat dan mendengar pada arah dan perkara lain akan mendatangkan lebih banyak manfaat kepada anda sebagai pelajar.

5. Memahami

Seterusnya kita memahami apa yang diajarkan oleh Guru.

Sekiranya ada yang kita tidak paham, jangan segan-segan, jangan malu-malu untuk bertanya.

Namun, kalau segan juga, cari masa yang lain, cari peluang lain untuk bertanya.

Ataupun mungkin kita boleh bertanya pada guru tuisyen kita.

Jangan sampai disimpan dalam hati.

Jangan sampai pertanyaan itu, masalah itu lenyap begitu saja, nanti kita akan rugi.

6. Menghafal

Cubalah kita hafal apa yang diajarkan oleh Guru.

Satu-satu topik yang diajarkan oleh guru itu, kita cuba hafal.

Tak kisahlah, kalau dirumah, kita buat seperti gaya cikgu itu mengajar pun boleh.

Kita tiru, kita hafal.

Mungkin dengan cara itu, kita akan mudah memahami.

Tapi ingat, bukan semua orang boleh menghafal dengan baik, ada sesetengah pelajar sukar untuk menghafal.

Jika kita tergolong dalam golongan yang sukar menghafal ini, maka kita kena cari teknik-teknik menghafal yang memudahkan kita untuk menghafal.

Baca juga 32 Tips untuk Konsisten Sepanjang Tahun

Kesimpulan

Kita boleh menjadi pelajar yang sangat cemerlang, jika cara kita melihat, mendengar, meniru, menulis, memahami, dan menghafal pelajaran-pelajaran yang diajarkan oleh Guru khususnya ketika kita sedang mengikuti pelajaran di dalam kelas.

Belajar lebih banyak daripada channel RASHID FATIMAH.

Guys, saya mohon bantuan untuk mengongsikan lirik lagu ini sekali saja kepada rakan-rakan terdekat, terima kasih guys, semoga terhibur dan dimurahkan rezeki.

Ingat guys, jangan mundur, terus majukan diri lebih baik huhaaa.

Share
Whatsapp
Tweet
Linkedin
Telegram
Email
Prev Article
Next Article

Recent Posts

  • 3 Strategi untuk Membina Tabiat Baik, Menurut James Clear
  • 31 Contoh Ayat Aktif
  • 31 Ayat Ayat Sweet
  • 10 Aksesori Mudah Alih yang Wajib Dimiliki
  • 31 Tips Untuk Membuat Hari Ini Lebih Baik dari Semalam

Tags

ayat bahagia Baju belajar berjaya blogger buku cinta google janji jenama kasih kata kata kehidupan kereta kerja komunikasi konsisten malaysia otak pelajar pelanggan perniagaan rindu rumah sahabat sakit sayang SEO setia tiktok twitter universiti wang wanita youtuber

SantroSondy.com

Copyright © 2023 SantroSondy.com
About | Contact | Privacy Policy | Disclaimer