Cara Meningkatkan Subscriber Menggunakan Kaedah Giveaway adalah lebih mudah jika anda mempunyai banyak duit. Tapi, jika sebaliknya, bagaimana?. Kaedah Giveaway merupakan salah satu cara jitu untuk mendapatkan subscriber yang ramai di Youtube. Tidak heran ada ramai orang yang berusaha keras meminta audience butang subscribe di channel mereka. Tapi apakah benar semudah itu? Sebagai seorang pemula pasti akan sangat sukar kerana sebenarnya tidak semudah yang dipikirkan, sebab perlu adanya ketekunan dan semangat untuk senantiasa menulis meskipun penyakit malas yang terus menghantui.
Gambar hiasan Glorife Simon
Jika anda sudah berjaya membina channel milik anda sendiri, hal itu patut diiringi dengan konsistensi menerbitkan video. Nah, selanjutnya yang perlu anda fikirkan adalah ketika channel tidak mempunyai subscriber yang banyak, padahal anda sudah rajin menerbitkan video. Boleh jadi anda akan merasa penat dan bosan ketika subsciber tidak naik-naik, mencari trafik dan pengoptimuman kesana dan kesini namun subscriber tidak berbaloi bahkan views semakin menurun.
Anda pernah mengalami keadaan seperti ini? Yaa, ada beberapa situasi yang dapat saja membuat subscriber tidak bertambah. Apa itu subscriber? Untuk maksud langsung subscriber adalah pengikut yang sebenarnya membantu meningkatkan views pada video-video anda.
Kerana tidak ada ganjaran, maka tiada yang memotivasikan viewers untuk menekan butang subscriber di bawah channel anda. Ada beberapa cadangan bagus yang dapat anda gunakan secara mudah. Tidak seperti blog yang perlu melakukan itu-ini agar dapat di monetise, Youtube ini lebih senang kerana semuanya dapat dilakukan secara automatik, kita hanya perlu capai 2 syarat saja untuk memastikan channel kita dimonetise iaitu capai 4000 jam tayangan dan 1000 subscriber, selepas itu anda bolehlah merasa lega.
Misalnya tiada hal tema, loading web dan jumlah pelawat yang diperlukan di Youtube, hanya jumlah pengikut dan jumlah views. Maka, untuk dapat mengubah viewers menjadi subscriber harus dimulai dari diri kita sendiri terlebih dahulu. Bagaimana caranya? Nah, anda boleh dapatkan tips mantapnya dalam huraian di bawah ini. Anda juga boleh mendapatkan cadangan praktikal lain yang berkaitan dengan channel yang anda kembangkan supaya dapat menarik lebih subscriber. Selengkapnya mari kita perhatikan.
Cara Meningkatkan Subscriber Menggunakan Kaedah Giveaway
1. Tetapkan Matlamat Secara Spesifik
Ketika menggunakan kaedah Giveaway, tetapkan matlamat secara spesifik. Jangan tetapkan matlamat yang tidak relevan dengan keadaan semasa anda. Saya cadangkan anda menggunakan nombor dan masa dalam ayat matlamat anda. Contohnya, Dapatkan 100 Subscriber dalam 1 bulan.
2. Ketahui Kedudukan Kewangan
Periksa kedudukan kewangan semasa anda. Yang paling penting anda kena tahu ialah, Baki terkini wang dan Jumlah komitmen bulanan anda. Pastikan baki kewangan semasa anda dapat menampung komitmen bulanan anda. Jika ada wang lebih, anda boleh teruskan ke langkah seterusnya.
3. Pilih Item Yang Ingin diberikan
Saya mencadangkan pilih item yang berbentuk digital. Seperti Diamond dalam permainan Mobile Legend, anda boleh menghadiahkan kepada subscriber anda. Ramai Youtuber-youtuber gaming Mobile Legend menggunakan kaedah ini untuk meningkatkan populariti mereka di leaderboard Mobile Legend sehingga dapat meningkatkan jumlah subscriber mereka di channel Youtube.
4. Kira Kos Penyediaan Item
Baca juga 9 Peralatan Youtuber Gaming (No.1 Wajib)
5. Peruntukkan Bajet Penyediaan Item
Sekiranya anda sudah mengetahui kedudukan kewangan anda. Dan anda mendapati bahawa pendapatan anda mempunyi lebihan setelah ditolak perbelanjaan bulanan. Katakanlah lebihan pendapatan anda ialah RM160, anda hanya boleh membelanjakan RM80 untuk Giveaway. Jangan habiskan lebihan perbelanjaan tersebut semata-mata untuk giveaway ini.
6. Rancang Momentum Pemberian Item
Disebabkan lebihan pendapatan anda sangat sedikit, anda hanya dapat melakukan Giveaway sekali setiap bulan. Kekalkan momentum untuk memberi giveaway setiap bulan. Sekiranya anda tidak mempunyai momentum, anda akan cenderung untuk berhenti dalam mengembangkan subscriber di Youtube Channel anda.
7. Tetapkan Syarat Mendapatkan Item
Pastikan syarat kelayakan adalah percuma. Ingat, ini adalah aspek yang paling penting ketika menggunakan kaedah ini. Ada banyak Youtuber yang menggunakan kaedah ini untuk meningkatkan subscriber mereka. Salah seorangnya ialah Jess No Limit, Youtuber Gaming yang populer di Indonesia pada masa ini.
8. Umumkan Giveaway
Pertama sekali, umumkan Giveaway melalui blog dan laman sosial. Minta pertolongan sahabat-sahabat atau keluarga untuk mengumumkan Giveaway yang anda buat. Ini kerana, tiada orang yang akan mengetahui apa yang anda lakukan sekiranya anda tidak mengumumkan kepada dunia.
Kesimpulan
Pemberian Giveaway akan meningkatkan subscriber di channel Youtube anda. Tapi, perlu diingati, kaedah ini adalah seakan-akan rasuah, jangan gunakannya selain untuk meminta penonton melanggan di Channel anda. Sekiranya anda menyukai artikal tentang Cara Meningkatkan Subscriber Menggunakan Kaedah Giveaway, kongsikanlah artikel ini kepada rakan-rakanya anda sekarang.