Manusia toksik ialah sesiapa sahaja yang tingkah lakunya menambah perasaan negatif dan membuat hidup kita tidak senang.
Umumnya, orang yang toksik ini sedang menghadapi tekanan dan trauma mereka sendiri.
Dan untuk melakukan ini, mereka bertindak dengan cara yang negatif dan pada masa yang sama akan mengganggu orang lain yang ada disekililing mereka.
Namun, masalahnya disini ialah kita seringkali menjadi sasaran untuk orang-orang seperti ini.
Dan untuk menyelesaikan masalah ini, berikut adalah 7 cara untuk menghadapi manusia-manusia yang toksik ini.
Imej Pexels
1. Cari tahu sebab kita jadi sasaran manusia toksik
“Ahhh layan sajalah” inilah yang kita katakan pada diri kita yang sebenarnya sengaja menjemput mereka datang kepada kita.
Sebabnya kita malas nak bergaduh dan ambil masa yang lama.
Tetapi secara tidak sedar, tingkah laku kita seolah-olah menjadikan kita sasaran mudah untuk orang toksik ini melepaskan aura negatif mereka.
Kita terlalu banyak melihat dari sudut pandangan mereka sehingga kita nampaknya terlihat tidak mempunyai pendirian atau identiti yang kukuh.
Jadi mulai sekarang, kita mesti ubah perangai supaya kita tidak lagi sewenang-wenangnya diperalatkan dan dipergunakan.
2. Jangan ambil kata-kata toksik sampai masuk ke hati
Ingat.
Spesies manusia toksik ini berkelakuan negatif bukan sahaja di sekililing kita.
Tetapi dengan semua orang yang mereka hubungi.
Walaupun tindakan mereka kelihatan seperti serangan peribadi hingga kita merasa tersinggung, namun jangan ambil itu secara peribadi.
Baka berbisa ni memang macam akan berkelakukan seperti itu.
Mereka mengatakan apa yang mereka mahu yang selalunya tidak berkaitan dengan mereka.
Tingkah laku negatif mereka itu sepenuhnya adalah berdasarkan refleksi dari diri mereka sendiri.
Ingat, jangan ambil kata-kata mereka itu secara peribadi.
Walaupun berbisa, perkataan mereka itu akan berakhir pada masa itu saja.
Jangan biarkan ia masuk ke dalam hati kerana ia hanya mengganggu fikiran kita.
3. Percaya saja pada diri sendiri
Ya, ramai di antara kita terjebak dalam hubungan toksik untuk masa yang lama kerana kurang keyakinan diri.
Kita membiarkan diri kita dibuli dan sering bertolak ansur serta memberi peluang yang tidak wajar kepada baka bertoksik ini.
Hentikan dan jangan biarkan diri kita dibuli dan didera secara emosi mulai sekarang.
Cukup-cukuplah berfikiran positif apabila mereka menunjukkan tingkah laku negatif mereka.
Memang menjadi positif dan memaafkan adalah baik, tetapi tetap ada hadnya.
Janganlah sampai pada keadaan mereka memijak kepala kita.
Baca juga: 32 Tips untuk Konsisten Sepanjang Tahun
4. Wujudkan had sempadan antara si Toksik
Kadang-kadang dalam hidup kita perlu berhadapan dengan orang toksik setiap masa.
Sama ada rakan sekerja atau saudara kita sendiri, hingga kita perlu merasa tidak selesa setiap hari.
Cara terbaik adalah dengan menetapkan beberapa sempadan bagi mereka apabila kita merasa tindakan mereka sangat melampau.
Tidak perlulah bersikap kasar atau jahat kepada mereka.
Hanya tunjukkan perwatakan yang kuat dan tegas.
Kerana secara langsung mengkritik apa yang salah dengan tingkah laku mereka.
Tetapi jika kita berhadapan atau hidup dengan orang toksik, pastikan kita mempunyai masa untuk berehat, rilex, santai dan pulih semula.
Berurusan dengan orang toksik ini meletihkan.
Silap haribulan, mereka boleh menjejaskan kita dan menyebabkan kemurungan.
5. Jangan selalu justify tindakan toksik mereka
Jangan menipu diri kita sendiri dengan beranggapan bahawa tingkah laku toksik mereka adalah normal dan biasa-biasa saja.
Jangan normalkan semua kesilapan orang toksik ini.
Kita tidak perlu bersetuju dengan semua kata-kata mereka.
Kesilapan tetap kesilapan.
Tidak kira mereka itu keluarga, keluarga terdekat, ibu bapa atau kawan rapat.
Kebanyakan daripada kita sering mengamalkan Toxic Positivity untuk menghalalkan tindakan toksik mereka.
6. Beri teguran pada mereka
Berdiri untuk diri sendiri.
Apabila berhadapan dengan baka-baka toksik ini, ramai orang sering berdiam diri apabila seseorang dari mereka ini mulai menunjukkan tingkah laku toksik hinggalah seseorang mula menegur mereka.
Selagi tidak dihukum, ia akan berlipat ganda.
Jadi kita kena mula berani, tegur.
Tetapi bersedialah dengan jawapan yang kita dapat.
Ada yang menggunakan kemarahan, yang lain berpura-pura tidak mendengar, atau mungkin cuba mengganggu mereka dengan mengatakan sesuatu yang negatif tentang perkara peribadi atau perkara yang kita suka.
7. Teruskan hidup tanpa mereka
Cuba duduk sebentar dan tanya diri sendiri.
Adakah kita masih memerlukan orang toksik ini dalam hidup kita?
Ya betul, kadang-kadang kita perlu memaafkan, bersabar dan memberi masa, dengan harapan mereka akan berubah.
Tetapi persoalannya ialah sampai bila kita kena tunggu?
Jika nampaknya tiada harapan untuk berubah, jangan buang masa menunggu.
Biarkan mereka pergi, dan teruskan hidup.
Satu perkara yang perlu kita ingat ialah ada kalanya dalam hidup ini lebih baik melepaskan sesuatu daripada merana kerana kita berpegang dengannya.
Kesimpulan
Manusia toksik ini ada dimana-mana, kadang-kadang kita juga boleh menjadi toksik kepada orang lain, terutamanya apabila kita merasa kita lebih baik dari orang lain.
Sebab itu janganlah membenci manusia toksik ini sampai tahap ingin melenyapkan mereka dari muka bumi ini, cukuplah dengan mengamalkan 7 cara sederhana yang dikongsikan dalam artikel ini.
Demikianlah informasi lengkap yang mengulas tentang cara menghadapi manusia toksik.
Untuk membangun hidup yang positif dan konsisten memang tidak mudah.
Namun, bagi orang yang bertekad dan konsisten boleh menjadi mudah apa lagi kalau kita tahu caranya.
Dapatkan lebih maklumat tentang keibubapaan dengan mengklik link Annur Syuhadah.