Cara mengatasi hidung tersumbat yang betul akan mengurangkan risiko jangkitan pada sinus dan telinga. Anda biasa meniup kuat untuk mengeluarkan hingus, tapi hingus masih tidak keluar. Tapi bila anda biarkan hingus mengalir, anda perasaan pernafasan anda lebih sedikit lancar.
Tapi, kenapa kita masih suka meniup kuat ketika hidung tersumbat? Ada cara yang betul untuk mengatasi masalah ini yang disyorkan oleh Dr. Daniel Bramantyo di Channel Gue Sehat dan Doktor Sung di Channel SB30. Jika anda mengikuti cara dalam artikel ini, anda akan merasa selesa mengurus hidung anda yang tersumbat.
Cara mengatasi hidung tersumbat
Anda tidak rugi meluangkan beberapa minit untuk belajar cara ini kerana ia berguna untuk seumur hidup anda dan keluarga anda nanti. Nah, berikut ini adalah cara yang betul untuk membuatkan anda selesa dari hingus yang menutup hidung anda.
1.Tiup dengan lembut
Ambil tisu, lapiskan hidung anda dengan tisu supaya virus tidak tersebar, kemudian tutup lubang hidung yang tidak tersumbat, kemudian tiup dengan lembut. Ingat! jangan paksa ketika meniup kerana ia akan memberikan tekanan balik pada saluran hidung dan telinga anda yang mungkin akan mengakibatkan kecederaan dan jangkitan.
2. Picit bawah tulang hidung 15-20 kali
Kaedah kedua ialah dengan memicit hidung sebanyak 15-20 kali. Apabila anda melakukan ini, ia akan merangsang pengeluaran lendir pada hidung anda. Kemudian, ulangi kaedah kedua iaitu tiup dengan lembut.
3. Mandi Air suam atau lap dengan kain suam
Kaedah yang ketiga ialah mandi air suam. Jika anda sudah mandi sebelum, anda boleh gunakan kain yang direndam dengan air SUAM dan lap muka anda sehingga perlahan lendir pada hidung akan cair.
4. Makan atau Minum sesuatu yang hangat
Anda boleh juga makan sup, soto atau minum teh, halia atau madu yang masih hangat.
5. Makan ubat yang dicadangkan oleh Doktor
Makan ubat dalam dos yang sesuai yang dicadangkan oleh Doktor.
Belajar juga Cara Berbeza Melakukan Kebiasaan
Kesimpulan Cara Mengatasi Hidung tersumbat
2 Penyebab Hidung tersumbat namun tidak mengeluarkan hingus iaitu lendir dan alergi. Lendir yang mampat menyebabkan hidung tersumbat. Alergi menyebabkan pembuluh darah mengembang hingga menghasilkan lendir yang terbentuk untuk menghilangkan kotoran-kotoran kerana sumbatan pembuluh darah tersebut. Kini anda telah belajar cara mengatasi masalah ini. Semoga bermanfaat.