SantroSondy.com

Menu
  • Home
  • Lirik Lagu
  • Senarai
  • Tutorial
Home
Tutorial
Cara Memutihkan Baju Putih

Cara Memutihkan Baju Putih

Santro Sondy January 23, 2023

Hari ini saya akan kongsikan cara memutihkan baju putih yang menguning dan berbintik hitam. Selepas ini, keyakinan anda akan meningkat kerana memakai baju putih yang bersih dan suci. Untuk perhatian anda, cara yang saya gunakan ini dapat menjimatkan WANG anda kerana anda tidak perlu membeli baju putih yang baru. Anda hanya perlu laburkan MASA untuk memutihkan baju putih anda. Berikut ini adalah contoh kes yang saya sendiri hadapi.

Cara Memutihkan Baju Putih

Diatas ini adalah baju saya yang berbintik hitam pada bahagian leher dan kuning pada bahagian ketiak. Kotoran ini berpunca dari sikap saya yang sentiasa mahu cepat dan malas mencuci baju lama-lama. Secara spesifiknya lagi, kotoran berpunca dari peluh dan deodorant yang saya pakai. Dan pembentukan bintik hitam dan kuning ini tidak berlaku dalam sehari, ia mengambil masa setahun hingga mengental seperti gam air yang mengeras pada kain.

Hasilnya Baju jadi Putih

Tapi hari ini saya mengambil keputusan untuk menjadikan baju ini kembali putih. Dan berikut adalah cara yang saya gunakan untuk memutihkannya:

Cara Memutihkan Baju Putih

Sebelum itu, saya ingin anda mengetahui apa itu Detergen? Detergen biasanya ada pada serbuk pencuci kain yang selalu kita gunakan. Detergent mengandungi Enzim biologi yang berfungsi mempercepatkan proses pencucian kerana ia akan menguraikan kotoran seperti makanan, darah atau minyak. Untuk mempelajari fungsi bahan tambahan lain detergen ada disini.

Sekarang saya akan tunjukkan kepada anda bagaimana saya memutihkan pakaian saya.

1. Masukkan air dalam besen kecil (cukup untuk merendam baju)

besen air

2. Masukkan Cocorex dan Serbuk Pencuci dalam air pada besen tadi. Kemudian gaulkan sebati (macam memasak)

Cocorex + serbuk pencuci

3. Sapukan sedikit Cocorex dan serbuk pencuci bahagian baju yang terlalu kuning atau berbintik hitam.

4. Kemudian, rendam baju itu ke dalam besen campuran selama 30minit.

5. Jika, selepas 30minit kotoran masih tidak hilang, lakukan semula langkah ke-3 diikuti langkah-4. Namun kali ini, biarkan selama 4 jam.

6. Jika selepas 4 jam, kotoran masih tidak hilang, lakukan semula langkah ke-3 diikuti langkah ke-4. Namun kali ini, biarkan selama 4 jam lagi.

7. Selepas itu, kekuningan dan bintik hitam akan hilang. Kemudian, Cuci baju putih Anda dengan air dan sabun cuci dan bilas dengan air sampai bersih.

8. Jika Anda masih memiliki noda, ulangi salah satu dari prosedur di atas sampai Anda mendapatkan hasil yang diinginkan.

Selamat mencoba!

Jangan lupa bacalah artikel terbaik dari blog ini 32 Tips untuk Konsisten Sepanjang Tahun

Share
Whatsapp
Tweet
Linkedin
Telegram
Email
Prev Article
Next Article

Recent Posts

  • Lirik Lagu Cinta Pertama – Gamma1
  • Lirik Lagu Cinta Monyet – Goliath
  • Lirik Lagu Cinta Kalapa – Susi Purba
  • Lirik Lagu Aku Memilih Setia – Fatin Shidqia
  • Lirik Lagu Cinta Beda Agama – Vicky Salamor

Tags

ayat bahagia Baju belajar berjaya blogger buku cinta janji jenama kasih kata kata kehidupan kereta kerja komunikasi konsisten malaysia otak pelajar pelanggan perniagaan rindu rumah sahabat sakit sayang SEO setia universiti wang wanita youtuber

SantroSondy.com

Copyright © 2023 SantroSondy.com
About | Contact | Privacy Policy | Disclaimer