SantroSondy.com

Menu
  • Home
  • Lirik Lagu
  • Senarai
  • Tutorial
Home
Tutorial
Cara Membuat Pendahuluan Karangan

Cara Membuat Pendahuluan Karangan

Santro February 18, 2021

Pendahuluan sesebuah karangan dapat memberikan impak yang besar kepada pembaca. Disinilah impresi kedua selepas tajuk yang membuatkan pembaca terus menerus menghayati karangan kita. Tapi, bagaimana untuk membuat pendahuluan karangan? Mari saya tunjukkan;

Cara Membuat Pendahuluan Karangan

1. Mencari kata kunci utama karangan

Cari kata kunci menarik dan paling dekat dengan topik yang kita tulis. Sebagai contoh “Cara Membuat Pendahuluan Karangan”, saya tidak mengambil “Cara membuat” kerana saya mahu pembaca yang berminat dengan pendahuluan karangan. Sebab itu, saya hanya mengambil “pendahuluan” untuk memulakan karangan ini.

2. Mengulas kata kunci dengan menarik

Selepas dapat mencari kata kunci, ulaskan kata kunci tersebut dengan cara yang menarik. Terdapat beberapa cara untuk mengulas kata kunci kita menjadi lebih menarik seperti dibawah ini;
  • Pengenalan  jenis umum
  • Pengenalan jenis definisi
  • Pengenalan jenis pendapat pemimpin
  • Pengenalan jenis suasana atau situasi
  • Pengenalan jenis persoalan
  • Pengenalan jenis sejarah
  • Pengenalan jenis berita
  • Pengenalan jenis peribahasa
  • Pengenalan jenis dialog
  • Pengenalan jenis puisi
  • Pengenalan jenis lagu

Sebagai contoh pengenalan jenis persoalan; Tahukah anda pendahuluan karangan yang menarik dapat menghantar pembaca anda hingga ke isi kedua karangan anda? Anda boleh melihat 10 Contoh Ayat Pengenalan Untuk Blogger Pemula.

3. Mengarahkan pembaca untuk terus membaca

Habis sahaja ulasan kata kunci. Buat ayat untuk menjemput pembaca untuk mengetahui lebih isi-isi yang kita akan huraikan tentang kata kunci kita. Sebagai contoh; Santro telah menggunakan langkah-langkah berikut untuk meningkatkan pembaca ke blognya;

Inilah huraian ringkas tentang cara membuat pendahuluan karangan. Ia tidaklah sesukar mana, asalkan kita tahu mengaitkan dengan keadaan semasa yang melanda negara atau dunia kita. Ada banyak faedah yang penulis perolehi jika mahir untuk membuat pendahuluan pada setiap tulisan mereka. Sekiranya anda ingin belajar lebih lanjut tentang Penulisan Karangan Fakta, bolehlah lihat di Cikgudayang.me

Gambar Free-Photos

Share
Whatsapp
Tweet
Linkedin
Telegram
Email
Prev Article
Next Article

Recent Posts

  • Lirik Lagu Cinta Pertama – Gamma1
  • Lirik Lagu Cinta Monyet – Goliath
  • Lirik Lagu Cinta Kalapa – Susi Purba
  • Lirik Lagu Aku Memilih Setia – Fatin Shidqia
  • Lirik Lagu Cinta Beda Agama – Vicky Salamor

Tags

ayat bahagia Baju belajar berjaya blogger buku cinta janji jenama kasih kata kata kehidupan kereta kerja komunikasi konsisten malaysia otak pelajar pelanggan perniagaan rindu rumah sahabat sakit sayang SEO setia universiti wang wanita youtuber

SantroSondy.com

Copyright © 2023 SantroSondy.com
About | Contact | Privacy Policy | Disclaimer