Bagaimana cara membuat blog dengan blogger? Jika itu pertanyaan anda, maka ia akan terjawab dalam artikel ini. Saya akan mengajar anda cara untuk melakukannya secara terperinci.
Sebenarnya saya pernah menulis tentang ini dalam artikel Tutorial Mudah Membuat Blog dengan Blogger, tapi saya berminat untuk menulisnya semula kerana saya suka menulis tentang topik membuat blog dengan blogger ini.
Saya akan masukkan semua info-info penting, sederhana penting dan kurang penting dalam artikel ini. Jadi, anda kena tahu apa yang anda mahu disini dan cari mengikut keperluan anda.
Anda mesti sentiasa tahu kenapa anda melakukan apa yang anda lakukan? Nah. Di dalam artikel ini, saya telah mengatakan yang saya akan mengongsikan cara membuat blog dengan bloggerkan?
Sebenarnya dalam artikel ini juga saya akan memeperlihatkan kepada anda cara saya menulis dan memperincikan isi-isi dalam artikel saya.
Supaya selepas berjaya membuat blog, anda bukan saja ada blog, tapi ada kemahiran untuk memperinci sesuatu isi secara mendalam.
Saya pun masih belajar dalam dunia blogging khususnya dalam seni memperincikan isi. Kemampuan seseorang blogger untuk memperinci sesuatu isi akan membuatkan blognya dibanjiri pelawat.
Selepas ini, anda bolehlah mengembangkan blog sendiri hingga mampu menjana pendapatan pada masa hadapan. Atau, anda berkeinginan untuk menjadi seperti blogger-blogger ini?
Semuanya ada di tangan anda. Sekiranya anda memilih untuk menjadi salah seorang daripada mereka, mulakanlah langkah anda dengan mengikuti cara yang saya tunjukkan ini.
Anda tidak akan kerugian mengikuti cara membuat blog dengan blogger yang saya siapkan dengan penuh kasih sayang ini. Jadi, tanpa membuang masa lagi, mari belajar
Cara membuat blog dengan Blogger
Ketika membaca artikel ini, beri tumpuan pada isi-isi penting yang saya letakkan nombor. Ada 7 isi penting dalam artikel ini, pastikan anda dapat melihat isi-isi tersebut. Bersedialah kerana huraian saya sangat panjang.
1. Log masuk ke Blogger
Langkah pertama untuk membuat blog dengan blogger ialah anda kena log masuk ke laman web blogger. Syarat-syarat untuk masuk ke laman web blogger ialah anda kena mempunyai akaun Google atau Gmail.
Antara akaun Google dan Gmail, yang paling penting anda kena ada ialah Gmail. Ini kerana, anda boleh menyimpan Isi-isi untuk artikel anda di Gmail tetapi dalam bentuk draf.
Saya sering menggunakan Gmail untuk menyimpan isi-isi dan huraian pendek sekiranya ada idea yang muncul dengan tiba-tiba dalam fikiran saya.
Idea merupakan aset bagi blogger untuk terus menghidupkan blog mereka. Tanpa idea, blog tidak akan dapat dikemaskini.
Ramai sebenarnya yang mengetahui bahawa aktiviti blogging dapat menjana pendapatan yang lumayan, tapi hanya sedikit sahaja yang sanggup untuk melakukannya kerana mereka tiada masa.
Saya ingin beritahu anda bahawa menulis artikel untuk blogging itu mudah asalkan anda mempunyai isi-isi utama.
Dengan adanya isi-isi utama, anda hanya perlu menghuraikan isi-isi itu secara terperinci. Jika anda tidak faham apa yang saya katakan sebagai terperinci, lakukan ini.
Tulis 100 patah perkataan tentang Nasi. Jika anda dapat menulis artikel tentang Nasi dalam 100 patah perkataan maka anda telah pun berjaya memperincikan tentang nasi tersebut.
Saya pasti dengan kemahiran ini anda sudah bersedia untuk menjadi blogger tahap pemula. Jadi, jika anda fikir anda tiada masa untuk menulis 100 patah perkataan dalam sehari, anda kena akui blogging bukanlah minat anda.
Tapi jika anda mahu belajar dan berjaya dalam dunia blogging, anda boleh teruskannya dengan log masuk ke Blogger menggunakan gmail anda. Jika sudah. Anda akan melihat langkah kedua.
2. Di sebelah kiri, klik anak panah ke Bawah
Selepas login, lihat disebelah kiri paparan skrin laptop atau PC anda. Jangan melihat di skrin sebelah kanan anda kerana ia akan membuang-buang masa dan tenaga anda untuk menoleh atau mengerakkan mata anda.
Ingat matlamat anda datang di artikel ini adalah untuk membuat blog dengan blogger. Saya mahu anda fokus untuk membuat sebuah blog pada hari ini, bukan esok atau minggu depan.
Ini kerana, jika anda tidak dapat membuat blog pada hari ini, anda tidak akan berjaya sebagai blogger pada hari esok. Maksudnya, anda akan terlewat untuk berjaya dari masa yang sepatutnya anda mencapai kejayaan itu.
Kebanyakkan orang yang berjaya suka untuk menjadi yang terawal, kerana mereka tahu yang untuk mencapai sesebuah kejayaan itu tidak mudah. Pelbagai percubaan dan kegagalan barulah kejayaan dapat mereka kecapi.
Anda kena cepat-cepat membina sebuah blog supaya anda boleh memberi tumpuan pada langkah seterusnya. Anda kena wujudkan atau lahirkan blog anda secepat mungkin supaya anda boleh menikmati hasilnya pada 7 tahun akan datang.
Ini kerana, nilai sesebuah blog meningkat sesuai dengan perkembangan usianya. Apa lagi kalau blog tersebut sentiasa dikemaskini secara konsisten.
Jangan pernah biarkan minda seperti “saya tiada masa untuk menulis artikel” dari menghentikan anda untuk memulakan sebuah blog. Anda tidak perlu menulis artikel kalau anda sibuk, apa yang anda perlukan ialah konsisten.
Bila anda tidak dapat menulis setiap hari, menulislah setiap minggu. Atau bila anda sukar untuk menulis setiap minggu, menulislah setiap bulan. Begitu juga bila anda tidak dapat menulis setiap bulan, maka anda menulislah setiap tahun.
Selepas anda menjumpai anak panah ke bawah anda perlu mengkliknya untuk membawa anda ke langkah seterusnya iaitu.
3. Klik Blog Baharu
Ketika mengklik butang “Blog Baharu” anda kena sedar yang anda sedang memulakan sesuatu yang besar dalam hidup anda. Minda seperti ini menandakan anda serius dengan aktiviti blogging ini.
Masukkan 2 perkataan ini iaitu “Blog” dan “Baru”dalam kamus hidup anda, supaya anda pandai menggunakannya untuk menerangkan sebarang situasi yang berkaitan dengan kategori topik yang anda tulis.
Anda perlu menyediakan senarai perkataan yang akan selalu digunakan supaya anda mudah untuk menulis.
Cari perkataan-perkataan berpotensi besar untuk membawa pelawat ke blog anda. Sebagai contoh blog ini, saya sering menggunakan perkataan “blogger” supaya Google menemukan blog saya dalam pusat data mereka.
Walaupun saya menggunakan perkataan ini berulang kali, Google tetap menyukai saya kerana saya menulis mengunakan gaya saya sendiri.
Untuk pengetahuan anda, Google sangat menyukai keaslian tulisan-tulisan yang diterbitkan oleh blogger. Apabila Google menyukai anda, mereka akan meletakkan tulisan anda diperingkat pertama dalam enjin carian mereka.
Hasilnya ialah tulisan anda diletakkan di peringkat pertama. Kemudian, kadar klik ke blog anda akan meningkat lebih dari 60% sekaligus membuatkan blog anda akan dibanjiri pelawat.
Apabila ramai pelawat, anda boleh mengewangkan atau monetize blog anda. Secara kasarnya, 1000 pelawat akan menjanakan $1 untuk anda. $10 bersamaan dengan 10,000 pelawat. $100 bersamaan dengan 100,000 pelawat.
Anda boleh monetize blog anda dengan Google Adsense atau program-program affiliate yang anda sertai seperti program affiliate Internet Web Hosting dan Autoresponder.
Autoresponder adalah program komputer yang secara automatik menjawab e-mel dan menghantar e-mel ke alamat tertentu. Disebabkan program inilah yang menyebabkan wujudnya istilah “make money while you sleep“.
Saya sangat terpengaruh dengan istilah ini dulu, tapi sekarang tidak lagi. Kerana saya sedar menjana pendapatan di internet itu memerlukan usaha yang nyata dan bukan angan-angan.
Sebab itu saya memilih nama saya sebagai domain bagi blog ini. Mari semak langkah ke-4 kenapa anda perlu menggunakan nama anda sebagai nama domain blog anda.
4. Masukkan nama untuk blog anda
Selepas anda mengklik “Blog Baharu” anda akan diminta untuk memasukkan nama blog anda. Pilihlah nama yang unik yang tidak pernah diambil oleh siapa-siapa blogger di internet.
Pada mulanya domain anda akan diikuti dengan .blogspot.com seperti www.NAMABLOG.blogspot.com. Domain seperti ini adalah percuma. Gunakan kemudahan yang percuma ini untuk membina asas blogging anda.
Saya menggalakkan anda menggunakan nama anda sendiri sebagai nama domain anda. Ini akan memudahkan untuk anda menulis atau menceritakan semua tentang diri anda dan topik-topik yang berkaitan dengan diri anda.
Selain itu, membeli domain dengan nama sendiri akan membolehkan anda membina portfolio yang menarik di internet. Terdapat banyak peluang yang ada di internet, anda perlu mengambil peluang ini, dan portfolio yang menarik akan meningkatkan kadar pendapatan blogging anda setiap bulan.
Contohnya seperti yang Khir Khalid lakukan di blognya. Anda boleh lakukan ini untuk menjenamakan diri anda dalam topik-topik yang anda terbitkan di blog anda.
Kita ambil lagi contoh dari luar negara iaitu Neil Patel. Dia menggunakan namanya sebagai domain, kemudian mengisi blognya dengan topik yang menjadi kepakaran iaitu dalam Digital marketing.
Ramai sebenarnya orang-orang berjaya membeli domain untuk nama mereka lebih dikenali seluruh dunia. Menurut IWS ada 4,929,926,187 pengguna internet setakat suku tahun ketiga tahun 2020.
Jumlah ini lebih separuh dari populasi dunia iaitu 7,796,949,710. Bayangkan betapa ramainya orang yang berpotensi untuk melawat blog anda dengan hanya menaipkan nama anda di Google.
Walaupun hanya 0.1% dari jumlah ini yang melawat blog anda, gelaran jutawan itu senang-senang anda perolehi. Itulah kuasa internet, jika anda dapat memaksimumkan manfaatnya.
5. Klik Seterusnya
Selepas menemui nama blog yang terbaik untuk anda, klik butang “Seterusnya”. Apabila anda mengklik butang “seterusnya”, itu mempunyai banyak makna.
Maknanya anda akan terus maju ke depan dan mendalami dunia blogging. Saya suka untuk memberitahu anda yang dunia blogging dapat membuka peluang untuk anda meningkatkan pendapatan anda.
Saya tidak akan mengulangi lagi tentang monetize, tapi saya akan menyentuh tentang tabiat berfikir anda. Blogging merupakan aktiviti yang banyak menulis.
Untuk menulis anda perlu berfikir. Dalam proses berfikir itu pula, anda perlu menyusun ayat-ayat tersebut untuk disampaikan kepada pembaca-pembaca anda.
Nah, Ini akan membawa anda untuk melatih kemahiran menyampaikan buah fikiran anda melalui tulisan. Anda boleh mengasah kemahiran ini dengan membaca buku-buku atau artikel-artikel yang ditulis oleh blogger-blogger lain.
Dengan mengamalkan 2 tabiat ini iaitu membaca dan menulis, anda akan mampu untuk menulis artikel-artikel yang panjang.
Jika sebelum ini anda berfikir 500 patah perkataan itu adalah panjang, sebenarnya ia masih pendek kalau menurut Google.
Tapi, anda tidak perlu risau kerana anda pasti boleh menghuraikan sesuatu isi secara panjang dan lebar selepas biasa membaca buku atau artikel dari penulis atau blogger yang ada di luar sana.
Jangan pernah meragui akan kemampuan anda untuk menulis artikel yang melebihi 1000 patah perkataan. Saya ingin beritahu anda, saya adalah orang yang pendek akal tapi masih lagi mampu untuk menulis artikel ini untuk anda baca setiap bulan.
Jadi, apabila anda sudah mengklik butang seterusnya, beri tumpuan pada langkah seterusnya supaya anda akan terus maju dan berjaya sebagai blogger terhebat di Asia.
6. Pilih alamat atau URL blog
URL atau nama penuhnya Uniform Resource Locator ialah sepotong teks yang digunakan sebagai pengenal pasti bagi mana-mana sumber elektronik yang boleh dicapai melalui rangkaian. Kalau menggunakan ayat biasa, URL merupakan alamat untuk sesuatu tempat yang ada di internet.
Apa yang anda perlu lakukan ialah masukkan alamat yang sesuai dengan nama blog anda. Caranya ialah anda masukkan nama blog anda pada ruangan yang disediakan.
Kadang-kadang, URL yang anda pilih mungkin tidak diterima kerana sudah diambil oleh blogger lain. Sekiranya belum diambil, anda patut bergembira kerana orang yang mempunyai nama yang sama mungkin akan melawat nama ini suatu masa nanti.
Maknanya, mereka secara automatik akan menjadi pelawat tetap blog anda kerana mempunyai nama yang sama. Itu juga salah satu kebaikan sekiranya kita menggunakan nama kita sebagai alamat bagi blog kita di internet.
Pada langkah yang ke-4, saya telah mengongsikan serba sedikit tentang URL untuk blogger yang masih belum mempunyai domain sendiri.
Sekarang ini saya akan menunjukkan kepada anda bagaimana cara untuk membeli domain di Internet Web Hosting SKSA supaya anda boleh menukarkan url blog anda dari www.NAMABLOG.blogspot.com ke www.NAMABLOG.com
Sekiranya anda hanya bersedia untuk kos rendah, saya cadangkan anda hanya membeli nama domain dengan harga RM50 untuk satu tahun. Anda boleh memeriksa sendiri harga bagi domain yang anda pilih melalui perkhidmatan Domain Checker.
Atau sekiranya anda memerlukan bantuan, anda boleh menghantar email kepada saya untuk meminta bantuan. Email saya ada di halaman Contact. Saya akan cuba membantu anda untuk mendapatkan domain sendiri bagi blog anda. Tapi, buat masa ini, habiskan dahulu hingga langkah ke-7.
7. Klik Simpan
Langkah yang terakhir untuk membuat blog dengan blogger ialah dengan mengklik simpan. Selepas itu, anda boleh mengunjungi alamat yang telah anda bina pada langkah yang ke 6 untuk melihat hasilnya.
Buat masa ini, anda perlu menggunakan www.NAMABLOG.blogspot.com kerana anda belum membeli domain dari mana-mana penyedia perkhidmatan Webhosting yang ada di internet.
Terdapat banyak penyedia perkhidmatan webhosting di internet, anda boleh memilih mana-mana yang anda sukai. Pada artikel ini saya memilih penyedia perkhidmatan webhosting SKSA yang merupakan syarikat Webhosting Malaysia.
Setelah anda sudah membelinya, anda boleh bertanya kepada saya atau berchat dengan customer servis SKSA tentang cara untuk mengubah url dari .blogspot.com ke .com.
Tanya saja soalan seperti ini, Bagaimanakah cara untuk mengubah url dari .blogspot.com ke .com? Bila anda bertanya soalan seperti ini, mereka tahu yang anda sedang bercakap tentang platform blogger.
Tapi, jangan peningkan kepala tentang hal ini kerana anda boleh melakukan ini perlahan-lahan. Apa yang paling penting sekarang ialah mengisi blog anda dengan artikel-artikel yang baik dan dapat membantu pembaca menjadi lebih produktif dalam hidup mereka.
Saya telah menyediakan 16 Langkah Untuk Blogger Menulis Artikel Terbaik di Google. Jadikan ini sebagai panduan semasa anda menulis artikel anda.
Langkah-langkah dalam artikel ini merupakan langkah-langkah yang dapat membantu artikel anda memenuhi SEO (Search Engine Optimization) untuk mendapat tempat yang lebih baik dalam pusat data Google.
Ini adalah standard yang boleh anda ikuti sekiranya anda mahu mendapatkan lebih pelawat dari enjin carian Google. Bukan itu saja, langkah-langkah ini juga dapat membantu anda menerbitkan artikel yang kemas dan menarik untuk dibaca.
Kesimpulan
Menulis blog merupakan aktiviti yang sangat baik. Ia dapat memotivasikan pembaca-pembaca anda untuk terus cemerlang dalam setiap bidang yang mereka ceburi.
Tahap kemahiran menulis anda juga akan berkembang ke tahap yang lebih mudah difahami. Bagi saya, penulis yang hebat adalah penulis yang dapat memperincikan sesuatu keadaan sehingga pembaca dapat memahaminya dengan mudah.
Jika anda berjiwa usahawan, kemahiran ini sangat-sangat anda perlukan kerana ia sangat berguna untuk mempromosikan produk-produk anda.
Melalui penulisan blog juga akan memupuk semangat anda untuk belajar kemahiran baru demi untuk mengisi dan mengembangkan blog anda.
Antara kemahiran anda pasti akan jumpa dalam dunia blogging ialah reka bentuk blog, wordpress, SEO, email marketing, sosial media marketing, pengurusan maklumat, dan webhosting.
Selain itu, penulisan blog dapat membantu anda untuk membina jenama anda sendiri. Jika anda mempunyai ketakutan sebelum ini, anda boleh melatih diri anda dengan mengongsikan fikiran anda kepada dunia.
Dalam latihan ini, anda sendiri akan mendapati diri anda menjadi semakin berani, kerana anda merenung diri dan fikiran anda sembil memperbaikinya.
Saya sendiri menggunakan aktiviti blogging ini sebagai tempat untuk saya memperbaiki kemahiran berkomunikasi saya. Saya lemah dalam menyusun ayat ketika bercakap dengan rakan-rakan saya dan blogging melatih saya untuk menyusun perkataan sehingga menjadi seperti artikel yang anda baca sekarang.
Disisi yang lain lagi, blogging dapat membantu anda menjana pendapatan sampingan, membantu anda mengenali kawan-kawan seminat yang baru, membantu anda merekod hidup anda, membantu anda membina kerjaya impian anda.
Semua itu, anda boleh bina dengan hanya mengaktifkan diri anda dalam aktiviti penulisan. Dengan aktiviti menulis, anda boleh menjadi seseorang yang Nothing to Something atau Zero to Hero. Apa pilihan anda?
Gambar Ivan Samkov