iWHost merupakan syarikat domain Malaysia yang berpengalaman lebih dari 15 tahun dalam perkhidmatan menyediakan nama website. Sebelum ini mereka dikenali sebagai internet-webhosting.com, namun dijenamakan semula pada tahun 2020 menjadi iWHost.com. Blog saya juga adalah salah satu dari ribuan pelanggan iWHost. Jika anda ingin membeli nama website, berikut ini adalah langkah-langkahnya?
Cara Membeli Nama Website Sendiri di iwhost
1. Pergi ke www.iwhost.com
2. Masukkan nama website pilihan. Contoh; Gopal, Namakita.
3. Congratulations! Namakita.com is available!
4. Klik “Add to Cart”.
5. Klik sekali lagi “Checkout”
6. Pastikan “Registration Period” adalah 1 Year/s
7. Tandakan pada kotak depan “ID Protection”
8. Klik “Continue”
9. Ubah “Registration Period” mengikut keinginan (Jika Perlu)
10.Klik “Checkout”
11. Isi Personal Information iaitu Nama, Email, No Phone
12. Isi “Billing Address” memudahkan penghantaran surat menyurat.
13. Isi Account Security dengan Password dan Confirm Password
14. Pilih Cara Pembayaran “Bank Transfer” kerana PERCUMA.
14. Tandakan pada kotak “I have read and agree to the Terms of Service”
15. Complete Order
16. Download Invois yang diberikan
17. Cari No Akaun iWHost dalam Invois
18. Bayar mengikut harga yang terdapat dalam Invois
19. Selepas membayar, tahniah anda sudah mempunyai Domain.
5 Sebab Untungnya Membeli Website di IWHost
Peluang Berlimpah di Internet
Terdapat 4,949,868,338 pengguna internet di seluruh dunia, dan 2,563,503,922 daripadanya adalah pengguna dari Asia. Jika anda seorang yang berjiwa usahawan internet, saya pasti yang memiliki sebuah website atau blog akan menjadi pilihan pertama anda untuk memulakannya. Kerana dengan adanya sebuah blog, anda boleh meningkatkan jualan produk anda pada skala global.
Belajar juga Cara Membuat Blog dengan Blogger
Menulis untuk Kedudukan Pertama
Bila kita membuat penulisan blog, pelanggan akan jumpa kita di Google. Caranya ialah kuasai satu produk dan selesaikan masalah yang berkaitan dengannya. Ini akan meletakkan blog anda di kedudukan pertama Google. Selepas itu, anda boleh kurang kekerapan promosi produk anda di sosial media kerana blog anda akan sentiasa didatangi pelanggan.
Pelanggan Berkualiti dan Berduit
Pelanggan yang datang dari blog adalah pelanggan yang berkualiti kerana mereka desperate, mereka rela baca artikel yang panjang, mereka rela untuk meluangkan masa untuk menganalisa tulisan, berbanding pelanggan-pelanggan yang datang di Facebook. Selain itu, Pelanggan-pelanggan yang datang di blog kita juga adalah bergelar pemimpin yang berduit kerana Leaders are Readers.
Mulakan dan Tingkatkan Nilai website
Bagaimana cara untuk meningkatkan nilai website kita? Buat review produk yang sangat berkualiti, yang sangat berkesan, dan bila ada kriteria ini, ia akan ada repeat order yang tinggi. Produk yang kita review itu pula mestilah produk yang consumable. Maksudnya, produk itu habis setiap bulan, maka akan berlaku repeat order. Pelanggan akan beli daripada kita sebab sangat berpuas hati dan sangat memerlukan produk tersebut.
Tingkatkan Potensi jualan dengan IWHost
Dengan RM50 anda boleh meningkatkan potensi jualan produk anda dengan mudah selama setahun. Ingat, pelanggan anda boleh datang dari pelbagai tempat di internet seperti Google, Bing, Yahoo, Facebook, Twitter, Youtube, Instagram, Pinterest, Tik Tok dan Shopee, asalkan anda memiliki alamat website. Oleh itu, dapatkan sebuah nama website perniagaan anda sekarang.