SantroSondy.com

Blog | Traffic | Monetize
Menu
  • Home
  • About
  • Sitemap
  • Privacy Policy
Home
Cara
Cara Memasang Word Counter Plus di Laptop

Cara Memasang Word Counter Plus di Laptop

Santro April 6, 2020
Word Counter Plus adalah alat yang memudahkan anda untuk melihat jumlah patah perkataan pada teks pilihan anda. Cara menggunakannya mudah, hanya serlahkan teks pilihan anda, kemudian klik kanan, dan pilih item menu Word Counter Plus. Ia akan memberitahu anda bilangan perkataan yang anda pilih.
Pada hari ini saya akan mengongsikan kepada anda cara untuk memasang Word Counter Plus di Laptop sendiri dalam 5 langkah mudah.
Sebelum itu, bagi Blogger yang menggunakan Blogger.com sebagai platform blog mereka, alat ini boleh digunakan untuk mengira patah perkataan pada konten-konten anda yang seterusnya. Dengan adanya alat ini, anda tidak perlu lagi bergantung penuh pada WORD COUNT Microsoft Word atau WORD COUNT WordPress setiap kali menulis sesuatu artikel.

1. Layari Chrome Web Store

Klik ke url ini untuk pergi ke Stor Google Chrome. Selepas mengklik url ini, anda dengan pantas akan dibawa ke laman yang mempunyai paparan seperti di bawah.

2. Cari “Word Counter Plus”

Taip Word Counter Plus pada ruang carian yang anda lihat di Stor Google Chrome (Seperti dalam gambar diatas). Word Counter Plus adalah extension yang boleh digunakan secara percuma. Jadi, gunakanlah untuk memudahkan kerja-kerja penulisan anda di platform Blogger.

3. Klik “Add to Chrome”

Sekiranya terdapat banyak hasil carian yang Google berikan kepada anda, pilih Word Counter Plus yang sama seperti Gambar di bawah. Kemudian, Klik Butang Biru yang ada tekas “Add to Chrome”.

4. Klik “Add Extension”

Selepas anda mengklik “Add to Chrome”, Paparan mengejut yang sama seperti gambar di bawah akan keluar dan klik butang berwarna putih yang berteks “Add Extension”. Selepas itu, akan ada paparan yang memberitahu anda bahawa Word Counter Plus sudah ditambah pada tingkap Google Chrome anda.

5. Kira Perkataan yang diHighlight

Selepas pemasangan berjaya, pilih beberapa teks yang ada di laman web kegemaran  anda, kemudian klik kanan, dan pilih item menu Word Counter Plus. Ia akan memberitahu anda bilangan perkataan yang anda pilih (seperti gambar di bawah).

Kesimpulan

Itulah cara memasang Word Counter Plus di Laptop, yang boleh dilaksanakan dalam 5 langkah termasuklah langkah percubaan. Semoga artikel ini dapat menambah ciri menarik yang ada di dalam laptop anda pada hari ini. Sekiranya anda suka dengan artikel ini, bantu saya untuk mengongsikan artikel ini, supaya kawan-kawan yang lain juga tahu tentang alat ini, khususnya bagi mereka yang suka menulis artikel menarik untuk blog mereka.
Subscribe melalui email

Masukkan nama dan alamat e-mel untuk menerima update terbaru dari blog ini.

Share
Tweet
Email
Next Article

Related Articles

Cara Membuat Pendahuluan Karangan

Cara Membuat Pendahuluan Karangan

Cara Hubungkan Nama Domain ke Platform Blogger

Cara Hubungkan Nama Domain ke Platform Blogger

Recent Posts

  • Komunikasi Yang Baik Dapat Mempermudahkan Kita Mencapai Matlamat
  • Penerangan Produk
  • 7 Sebab Agen Produk Kecantikan Perlukan Blog untuk Tingkatkan Jualan
  • 3 Sebab Perlunya Promosi Blog di Tik Tok
  • Apa itu Idea?

Archives

SantroSondy.com

Blog | Traffic | Monetize
Copyright © 2021 SantroSondy.com
Theme by MyThemeShop.com

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh