Cara Masak Lemak Cili Api Ayam

Ad Blocker Dikesan

Laman web kami dimungkinkan dengan memaparkan iklan dalam talian kepada pelawat kami. Sila pertimbangkan untuk menyokong kami dengan menyahaktifkan Ad Blocker anda.

Cara masak lemak cili api ayam ini saya belajar dari Che Nom. Saya sudah lama pandai memasak untuk makanan sendiri. Hanya satu resipi yang konsisten ada dalam diri dan masih tidak berkembang sekiranya saya malas belajar resepi baru.

Walaupun saya tidak berapa minat berada di dapur, tapi hari ini saya teringin untuk meningkat gaya masakan saya sekali lebih baik dari sebelumnya. Saya menyalin resipi ini untuk panduan saya memasak bila rajin nanti. Diharapkan resipi ini dapat menyerikan waktu makan anda, khususnya yang masih bujang.

Bahan-Bahan Masak Lemak Cili Api Ayam

  1. Ayam – 1/2
  2. Serai – 1 batang
  3. Daun kunyit – 1 helai
  4. Santan cair – 1 mangkuk
  5. Asam gelugur – 1 keping
  6. Garam – secukup rasa
  7. Santan pekat – 1 mangkuk

Cara Masak Lemak Cili Api Ayam

1. Kisar/tumbuk kasar Cili, kunyit hidup dan serai
2. Masak ayam dikuali tanpa minyak untuk mengeluarkan airnya
3. Kemudian, masukkan bahan yang diblander.
4. Keluarkan ayam
5. Masukkan santan cair
5. Masukkan daun kunyit
6. Biarkan hingga mendidih
7. Masukkan ayam.
8. Biarkan hingga mendidih
9. Masukkan santan pekat
10. Masukkan Asam gelugur
11. Garam secukup rasa.

Peringatan Ketika memasak

1. Masak dengan api yang perlahan
2. Kacau dengan kerap supaya santan tidak berketul dan tidak pecah minyak.
3. Kalau pecah minyak nanti tidak cantik masak kita.

Kesimpulan

Anda boleh melihat video cara-cara memasak masakan ini dari link ini.

Selain itu, belajar juga Cara Mengurus Perniagaan Kecil