Cara hubungkan nama domain ke platform perlu diketahui oleh blogger yang masih menggunakan .blogspot di alamat blog mereka. Hello Guys, selamat datang ke blog saya. Hari ini saya ingin mengajar cara untuk menghubungkan nama domain yang kita beli dari iWHost ke platform Blogger.
Kamu telah pun membeli nama domain untuk diri sendiri, dan itu merupakan satu bentuk pelaburan jangka panjang. Setelah penat memikirkan nama domain yang terbaik, mudah diingat oleh ramai orang, kini tiba masanya untuk menggunakanya melalui platform Blogger. Untuk pengetahuan anda, Platform blogger membolehkan kita untuk membina dan menerbitkan konten berbentuk tulisan seperti yang saya lakukan di blog ini.
Namun sebelum itu, kita perlu menghubungkan platform blogger dengan domain yang kita beli sebelum ini. Cara hubungkan nama domain yang dibeli dari iWHost adalah mudah bila anda mengikuti 14 langkah yang saya susun seperti dibawah ini.
Cara Hubungkan Nama Domain ke Platform Blogger
1. Login ke Blogger
2. Pergi ke Setting > Publishing > Custom Domain
3. Masukkan nama domain yang dibeli
4. Salin teks merah yang terpapar
5. Pergi ke gmail
6. Tulis satu email dengan tajuk “Hubungkan NAMADOMAIN ke Blogger”
7. Paste dan hantarkan teks merah tersebut ke support@iwhost.com
8. Selepas iWHost pointkan DNS ke platform Blogger
9. Tunggu dalam 12-24 Jam
10. Selepas itu, login semula ke Blogger
11. Pergi ke Setting > Publishing > Custom Domain
12. Masukkan nama domain yang dibeli
13. Klik “Save”
14. Anda kini boleh menggunakan domain anda melalui platform Blogger.
Dikemaskini pada 18 Mac 2021.