SantroSondy.com

Menu
  • Home
  • Lirik Lagu
  • Senarai
  • Tutorial
Home
Tutorial
Cara Buat Surat Berhenti Kerja

Cara Buat Surat Berhenti Kerja

Santro Sondy November 28, 2022

Hai… Pada hari ini saya akan mengongsikan Cara buat surat berhenti kerja dengan yang paling senang, hanya perlu salin template ni dan edit nama, alamat, tarikh, jawatan, nama syarikat, no pekerja, dan no telefon pekerja. Kalau dah yakin dan sedia nak berhenti, tak payah pening-pening, ambil template ini dan edit sikit-sikit saja lagi. Namun, sebelum itu, terima dulu pantun berhenti kerja dari saya.

Buah cempedak diatas meja,
Tidak disentuh oleh tuannya,
Kalau kerja dah tak gembira,
Silakan buat surat berhenti kerja

Cara buat Surat Berhenti kerja

Kerja di bawah tekanan boleh menyebabkan jiwa seseorang itu tidak sihat mental mahupun fizikal. Jika kita kerja dalam suasana yang stress dan tidak suka, ada baiknya kita berhenti kerja serta merta dan cuba mencari bidang yang lebih sesuai dengan kita.

Dan berikut ini adalah peralatan untuk membuat surat berhenti kerja;

  1. Laptop atau PC (Jika tiada, boleh pinjam)
  2. Microsoft office (Selalunya semua laptop atau PC mempunyai perisian ini)
  3. Printer (Jika tiada, boleh pinjam atau pergi ke kedai photocopy)
  4. Thumbdrive (Perlu kalau pergi kedai photocopy)

Jika semua peralatan ini dah sedia, kita boleh terus ke langkah-langkah membuat surat berhenti kerja.

cara buat surat berhenti kerja

1. Salin ayat di bawah ini

[Nama Pekerja]
[Alamat Pekerja]

Tarikh : [Tarikh]

Pengurus,
[Nama Syarikat]
[Alamat Syarikat]

Tuan/Puan,

NOTIS BERHENTI KERJA SERTA MERTA DI [NAMA SYARIKAT]

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Saya [Nama Pekerja] yang bertugas sebagai [Jawatan Sekarang] ingin memaklumkan kepada pihak Tuan tentang perletakan jawatan saya berkuatkuasa serta-merta.

2. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada [Nama Syarikat] kerana sudi memberi peluang pekerjaan di sini.

Segala jasa baik dan kerjasama dari pihak Tuan sepanjang saya berkhidmat di sini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.
Yang benar,

……………………………………………
[Nama Pekerja]
No Pekerja :[No. Pekerja]
[Alamat Pekerja]
No. Tel : [No Telefon Pekerja]

2. Tempel salinan itu ke Microsoft word

3. Edit Maklumat dengan betul dan kemas

4. Periksa 3 kali

5. Masukkan dalam sampul surat

6. Siap dan hantar

Kesimpulan

Melakukan pekerjaan yang kita benci membawa kepada hasad dengki, tamak, benci, marah, dan akan membinasakan jiwa kita. Apabila kita tidak melakukan apa yang kita telah direka Tuhan untuk lakukan, kita mungkin hidup dalam kepahitan dalam beberapa bulan atau tahun, walaupun ia memberikan banyak wang dalam dompet kita.

Jangan merasa takut kepada kuasa bos atau keadaan kita. Fahamilah bahawa kita mempunyai pilihan untuk mencari makna dalam kerja dan hidup kita. Menjalani kehidupan yang tidak memuaskan adalah tidak masuk akal, walaupun ia membantu kita membayar bil-bil keperluan. Tiada sebab untuk bosan.

Kita mesti mencari keseronokan dalam kerja kita. Keluar dan lakukan sesuatu yang kita suka. Bersemangatlah dalam urusan harian kita. Buat perubahan kecil setiap hari sehingga seluruh hidup kita penuh dengan keghairahan. Berikan diri kita dengan hidup yang sebersemangat yang kita boleh. Akhir sekali, jika itulah keputusan kita, teruskan. Dan jika ingin belajar lebih banyak contoh surat berhenti kerja, bolehlah belajar dari BlogFaiz.

Guys, anggaplah dengan mengongsikan tutorial ini, adalah tanda kasih kepada sahabat sejati, walaupun hanya sekali namun sangat bererti. Ingat guys, jangan ragu, teruskan maju. Bacalah artikel terbaik dari blog ini 32 Tips untuk Konsisten Sepanjang Tahun

Share
Whatsapp
Tweet
Linkedin
Telegram
Email
Prev Article
Next Article

Recent Posts

  • Lirik Lagu Cinta Pertama – Gamma1
  • Lirik Lagu Cinta Monyet – Goliath
  • Lirik Lagu Cinta Kalapa – Susi Purba
  • Lirik Lagu Aku Memilih Setia – Fatin Shidqia
  • Lirik Lagu Cinta Beda Agama – Vicky Salamor

Tags

ayat bahagia Baju belajar berjaya blogger buku cinta janji jenama kasih kata kata kehidupan kereta kerja komunikasi konsisten malaysia otak pelajar pelanggan perniagaan rindu rumah sahabat sakit sayang SEO setia universiti wang wanita youtuber

SantroSondy.com

Copyright © 2023 SantroSondy.com
About | Contact | Privacy Policy | Disclaimer