SantroSondy.com

Menu
  • Home
  • Lirik Lagu
  • Senarai
  • Tutorial
Home
Tutorial
Cara Buat Loan CoopBank

Cara Buat Loan CoopBank

Santro March 11, 2021

Cara Buat Loan CoopBank ini saya belajar dari Davis Au. Saya mahu mengongsikan pengalaman dia untuk buat loan Co-opBank Pertama atau dikenali sebagai bank persatuan. Bagi yang tercari-cari cara buat loan coopbank, anda telah berada ditempat yang betul dengan pengalaman nyata.

Cara Buat Loan CoopBank

Cara Buat Loan CoopBank

1. Misi Mencari Institusi Kadar Pinjaman Rendah

Mula-mula, dia cari maklumat berkaitan kadar pinjaman rendah yang ditawarkan oleh institusi pinjaman perbankan. Dia cari sumber maklumat di laman web, Facebook atau pamplet. Kuncinya disini, kalau kita mahu meminjam wang, carilah yang tiada kadar pinjaman atau kadar pinjamannya rendah.

2. Menemui Coopbank

Setelah membuat kajian, akhirnya dia mengetahui Coopbank dengan kadar faedah pinjaman peribadi yang murah dari yang lain. Dia mencari dimana cawangan Coopbank yang terdekat, akhirnya dia mendapati Coopbank mempunyai cawangan di putrajaya.  Maka bermulanya proses untuk dia mendapatkan lebih lanjut maklumat bagaimana urusan pinjaman.

3. Hadir ke Cawangan Coopbank

Dia hadir ke cawangan coopbank di putrajaya lalu mengambil borang pinjaman dan melengkapkannya. Katanya “Pegawai khidmat pelanggan Coopbank akan menerangkan segala persoalan. Setelah melengkapkan butiran borang, dia menyerahkan borang tersebut beserta dokumen yang harus ada iaitu;

  • Slip gaji 3 bulan
  • Surat pengesahan majikan
  • Salinan IC
  • Penyata akaun terimaan gaji

4. Menunggu Kelulusan Permohonan

Coopbank akan memproses permohonan dalam masa 2 hari bekerja.

5. Menerima Wang

Kemudian, Coopbank pun call untuk datang bagi proses tandatangan perjanjian pembiayaan. Dan pada masa itu pun, pegawai bank akan menerangkan dokumen perjanjian sebelum dia bersetuju. Setelah bersetuju, dia pun turunkan tandatangan. Saya yang ada dibelakang merasa senang ketika melihat wang itu diterima.

Belajar juga Cara Membeli Nama Website Sendiri di iWHost

6. Bayaran balik melalui potongan biro angkasa

Meminjam itu perkara yang senang, tapi membayarnya tidak seindah ketika menerimanya. Walau bagaimanapun, Coopbank memudahkan pelanggannya untuk membuat bayaran balik khususnya bagi penjawat awam kerana boleh dibayar melalui potongan biro angkasa.

7. Cara buat loan coopbank yang lengkap

Jika cara ini tidak lengkap bagi anda, lawati pinjamanperibadibank.com

Share
Whatsapp
Tweet
Linkedin
Telegram
Email
Prev Article
Next Article

Recent Posts

  • Lirik Lagu Cinta Pertama – Gamma1
  • Lirik Lagu Cinta Monyet – Goliath
  • Lirik Lagu Cinta Kalapa – Susi Purba
  • Lirik Lagu Aku Memilih Setia – Fatin Shidqia
  • Lirik Lagu Cinta Beda Agama – Vicky Salamor

Tags

ayat bahagia Baju belajar berjaya blogger buku cinta janji jenama kasih kata kata kehidupan kereta kerja komunikasi konsisten malaysia otak pelajar pelanggan perniagaan rindu rumah sahabat sakit sayang SEO setia universiti wang wanita youtuber

SantroSondy.com

Copyright © 2023 SantroSondy.com
About | Contact | Privacy Policy | Disclaimer