Cara buat akaun Maybank ini ditulis berdasarkan pengalaman saya sendiri untuk membuka akaun Maybank di Kudat, Sabah. Pada masa itu, saya membuka akaun Maybank kerana minat saya untuk berniaga secara online.
Masa di Cawangan Maybank, saya masuk dengan fokus yang hanya mahu membuka Maybank2u sahaja. Saya tidak malu-malu kerana terlalu fokus pada matlamat saya iaitu membuat akaun Maybank2u.
Jika anda mahu membuat akaun Maybank, disini saya kongsikan cara saya untuk membuat akaun Maybank. Semoga ia dapat membantu anda.
Cara buat Akaun Maybank
1. Sediakan RM250
2. Sediakan IC Orginal
3. Buat 2 Salinan Ic
4. Pen dan Buku nota/Kertas Kosong untuk tulis Nota Penting
5. Pergi ke cawangan Maybank terdekat
6. Katakan pada Pegawai Maybank
“Saya Mahu Buat akaun Maybank2u untuk membuat pembelian dalam dan luar negara”
7. Katakan “Tiada”, jika pegawai tanya “Ada Akaun Maybank?”
8. Isi Borang yang diberikan (Jangan lupa daftarkan No Telefon)
9. Berikan borang dan RM250 deposit pada pegawai Maybank
10. Aktifkan Maybank2u di Mesin ATM seperti yang Pegawai Maybank arahkan.
11. Selepas itu, urusan membuka akaun Maybank anda selesai.
12. Untuk mengesahkan, tanya pada pegawai Maybank.
“Adakah selepas ini saya boleh membuat pembayaran atau pembelian dalam dan luar negara dengan TAC yang dihantar pada telefon saya ini?”
13. Jika pegawai itu katakan YA. Maka, sahlah urusan anda selesai.
Belajar juga Cara Membeli Nama Website Sendiri di iWHost