Blogger malaysia bengong kerana masih menulis walaupun kebanyakan masyarakat sekarang lebih suka pada konten audio visual berbanding artikel. Sebenarnya, ketika saya melihat skrin handphone rakan-rakan saya, terpaparlah paparan Youtube, Tik Tok, Instagram dan Whatsapp.
Gambar saniusman89
Keadaan ini merisaukan saya, kerana tiada skrin yang sedang memaparkan paparan Google. Sebab jika kebanyakan orang menyukai Google, secara automatik potensi trafik ke blog saya akan meningkat. Tapi masalah sebaliknya banyak berlaku disekililing saya. Namun, tetap saja, saya perlu bertenang kerana saya akan segera mencari tahu adakah benar apa yang berlaku disekeliling saya ini? Adakah benar kewujudan sosial-sosial media ini mengurangkan trafik ke blog ini?
Lebih ramai yang memilih media sosial
9 dari 10 rakan saya lebih banyak meluangkan masa di sosial media dan permainan video game. Ini membuatkan saya risau, dan sebab saya risau ialah pembaca ke blog saya akan menurun. Selain itu, persoalan seperti “Apa yang akan terjadi dengan blog saya yang penuh dengan teks ini?” terus-menerus membebani fikiran saya sehingga saya bertekad untuk mengetahui kedudukan sebenar blog saya.
Pertama-tama, saya dapatkan info penyenang hati dari pakar pemasaran Neil Patel dalam artikelnya yang bertajuk”How to Make Money Blogging in 2022“. Katanya “kalau kita melakukannya dengan betul, kita masih lagi boleh menjana pendapatan”. Nah, dengan info ini saya mulai senang hati. Tapi, belum cukup kuat untuk menghentikan persoalan yang membebankan fikiran saya. Saya terus mengkaji lebih lanjut.
Saya mulai mengukur prestasi semasa blog saya
Pada tahun 2021, saya telah membuat senarai blogger Malaysia untuk dijadikan benchmark agar saya menjadi lebih baik. Nah, saya salin senarai itu dan mengemaskini nilai 100 blog menggunakan website Worth of Web. Dan yang mengejutkan saya ialah nilai blog saya meningkat. Sebelum ini saya berada di kedudukan 59, tahun ini nilai blog saya meningkat ke kedudukan 38. Nombor ini memberikan saya bukti yang jelas bahawa saya tidak perlu risau tentang apa yang berlaku disekeliling saya kerana diluar sana masih ada yang menghargai apa yang saya kongsikan di blog ini. Bagi 100 blogger yang tersenarai dalam senarai ini, bandingkan prestasi tahun ini dengan tahun lalu.
Jika ada peningkatan, tingkatkan lagi.
Jika tiada peningkatan, tingkatkan lagi.
Jika berlaku penurunan, tingkatkan lagi.
Kedudukan Blogger Malaysia oleh Santrosondy.com
1. Raymond – $1,736,800
2. Paul Tan – $426,400
3. Mia Liana – $24,701
4. Hernee Nazir – $22,721
5. Hasrul Hassan – $18,370
6. Jackler – $5,214
7. Sabree Hussin – $4,592
8. Wan Yusof – $2,960
9. Rebecca Saw – $2,953
10. Ben Ashaari – $2,870
11. Azizan Osman – $2,861
12. Aiman Abdullah – $2,820
13. Chan Won – $2,647
14. Arif Shah – $2,514
15. Bella Jamal – $2,498
16. Azlinda Alin – $2,226
17. Siti Suziana – $2,179
18. Annur Syuhadah – $2,154
19. Eyqa Hasnan – $2,141
20. Sabrina Tajudin – $2,064
21. Hafiz Rahim – $2,042
22. Tommy Ooi – $1,976
23. Jessica Chaw – $1,922
24. Hans Hanis – $1,907
25. Irine Nadia – $1,884
26. Pandelela – $1,812
27. Rane Chin – $1,715
28. Irfan Khairi – $1,655
29. Ainon Mohd – $1,655
30. Adlina Tasya – $1,648
31. Shalimar Yusof – $1,614
32. Jia Shin Lee – $1,529
33. Isaac Tan – $1,517
34. Ana Suhana – $1,333
35. Fadzi Razak – $1,326
36. Husniey Husain – $1,232
37. Faizal Fredley – $1,223
38. Santro Sondy – $1,144
39. Hairil Hazlan – $1,076
40. Timothy Tiah – $1,070
41. Ken Wooi – $1,009
42. Faradidi – $1,007
43. Elih Japahar – $980
44. Arisa Chow – $944
45. Alia Farhan – $935
46. Shini Lola – $919
47. Nisa Kay – $878
48. Syahril Hafiz – $856
49. Nova Leeza – $793
50. Khir Khalid – $782
51. Nadia Jamhari – $764
52. Yuyu Zulaikha – $729
53. Affiq Fadzil – $720
54. Nazrin Amin – $713
55. Jane Chuck – $516
56. Sally Samsaiman – $490
37. Wan Zawawi – $446
58. Wazari Wazir – $409
59. Luqman Zakaria – $404
60. Ziana Eunos – $398
61. Helen Ang – $386
62. Sharulnizam – $384
63. Azman Ishak – $323
64. Khairul Abdullah – $228
65. Emila Yusof – $215
66. Irwan Dahnil – $199
67. Tarmizi Shukri – $170
68. Mohd Faizul – $152
69. Mohd Fairiz – $148 (www.mohdfairiz.com)
70. Isabel Lee – $148
71. Lin Azlina – $148 (www.linazlina.com/)
72. Fatin Suhana – $145
73. Syiera Firdaus – $145
74. Hanim Hashim – $143
75. Zack Zukhairi – $136
76. Ahmad Faizal – $135
77. Stephanie Lim – $135
78. Suraya Ali – $134
79. Shen Li Lee – $134
80. Mohd Isa – $126
81. Chenelle Wen – $124
82. Liza Razak – $124
83. Shahada Fauzi – $124
84. Steward John – $123
85. Dr Amalina – $121
86. Grace Myu – $121
87. Hayati Suki – $121 (www.hayatisuki.com)
88. Fatin Bella – $111
89. Dayve Rampas – $98
90. Wendy Pua – $87
91. Kenny Sia – $79
92. Khalisa Hazrina – $66
93. Andre Amir – $64
94. Wendy Foo –
65. Leong Mun Yee –
96. Nurul Badiah –
97. Erron John –
98. Mohd Zaki –
99. Norsa’adah Ahmad –
100. Jamie Liew –
Blogger Malaysia perlu lebih konsisten pada tahun ini
Nilai blog $2000 memungkinkan anda untuk memperoleh extra income setiap bulan sekaligus meningkatkan semangat anda untuk menerbitkan konten. Anda boleh mendapat lebih banyak trafik dan klik ditambah reputasi untuk berjaya menjadi blogger yang menjana pendapatan secara konsisten.
Kesimpulan
Apabila anda terfikir bahawa blog anda tidak mempunyai peningkatan, buatlah kajian iaitu dengan membanding prestasi tahun-tahun sebelumnya dengan prestasi semasa anda. Tidak cukup dengan itu, perbandingan mengikut skala tahunan akan menjadikan anda blogger malaysia yang konsisten dan berpandangan jauh.