SantroSondy.com

Menu
  • Home
  • Lirik Lagu
  • Senarai
  • Tutorial
Home
Senarai
10 Blogger Indonesia Yang Terkenal Dan Berjaya

10 Blogger Indonesia Yang Terkenal Dan Berjaya

Santro Sondy June 9, 2021

Blogger hari ini bukan saja dilakukan kerana minat atau hobi, kerana ada beberapa orang yang telah pun menjadikannya sebagai lubuk wang. Malah ada yang tidak segan-segan untuk menjadikannya sebagai kerjaya utama. Kalau dulu, adalah mustahil untuk menjadikan blogger sebagai pekerjaan, tapi sekarang para blogger telah membuktikannya sendiri. Mereka boleh menyara hidup tanpa harus bekerja makan gaji atau bekerja untuk syarikat lain. Mungkin anda sendiri telah mengenal beberapa orang dari mereka yang kini menjadi usahawan penulis blog terkenal? Bagi anda, siapa yang ingin anda jadikan idola? Silakan semak senarai nama blogger paling popular dan berjaya dalam dunia blogging di negara indonesia.

10 Blogger Indonesia Yang Terkenal Dan Berjaya

blogger indonesia yang terkenal dan berjaya

1. Raditya Dika

Siapa yang tidak kenal Raditya Dika? Seorang yang berbakat besar. Bukan saja terkenal sebagai seorang penulis, ia juga memiliki kerjaya lain seperti Youtuber, producer sekaligus menjadi pelakonnya. Radith memulakan kerjayanya sebagai seorang blogger kerana hobinya memang menulis. Kejayaan pertama Radith dimulakan dari konten pertama di blognya yang kemudian dijadikannya menjadi sebuah buku. Sekitar tahun 2005, buku pertamanya memperoleh kejayaan besar dengan tajuk “Kambing Jantan”. Walaupun bukunya tidak laku pada awal pelancaran, namun idea kreatif lelaki lucu ini tidak mati. Ia akhirnya mencapai kejayaan kerana mempromosikan bukunya di blog. Hasilnya, novelnya pun laris di pasaran dan ada beberapa yang berjaya difilemkan.

2. Lizzie Parra

Anda pasti mengenal pemilik lipstik BLP yang terkenal iaitu Lizzie Parra yang berasal dari indonesia. Wanita cantik yang memiliki kemampuan make up ini sangat popular dalam kalangan wanita yang suka berdandan dan merawat tubuh. Perlu anda ketahui Lizzie Parra ini memulai kerjayanya sebagai seorang blogger dari Kosong. Setelah memutuskan untuk berhenti dari pekerjaannya di pejabat, ia dengan berani memulai kerjayanya dalam dunia kecantikan. Sambil mengembangkan perniagaan sebagai seorang Make-Up-Artis atau MUA, ia juga menulis blog yang berisikan pengalamannya termasuk gambar-gambar orang yang diMake-upnya. Kerana sambutan yang positif, Lizze pun menulis secara rutin dan menjawab pertanyaan pembacanya yang sama berulang kali.

3. Iwan Banaran

Seterusnya, seorang blogger yang menulis tentang dunia Automotif yang bernama Iwan Banaran. Blognya sangat disukai pembaca. Buktinya setiap bulan kurang lebih dari 1.5 juta pembaca melawat ke blognya. Apa tidaknya, konten yang disediakannya lengkap dan mendalam. Ia menghuraikan tentang berbagai macam jenis Motosikal berserta aksesorinya secara terperinci, tanpa membuat para pembacanya bosan. Blog yang mengutamakan artikel fakta ini memiliki tujuan supaya para pengunjung tidak ketinggalan tentang informasi terbaru dalam dunia Automotif. Dilihat dari segi Trafiknya yang terus meningkat tinggi setiap bulan, ramai yang ingin bekerjasama dengannya. Tulisannya bukan saja diminati oleh pembaca biasa tetapi juga pembaca dari syarikat-syarikat automotif besar.

Baca Senarai Blogger Malaysia

4. Trinity

Pernahkah anda menonton filem layar “Trinity the Naked Traveler” sebelum ini? Jika anda pernah menontonnya, pasti anda akan tahu bahwa Trinity (atau nama aslinya Ade Perucha Hutagaol) adalah seorang tokoh blogger yang membawa tema Travel blogging. Bayangkan tokoh ini menulis sampai dijadikan filem yang dibintangi oleh “Maudy Ayunda”. Tahukah anda? Trinity adalah salah seorang blogger yang pertama kali mempopularkan Travel blogging. Ini disebabkan ia sangat gemar untuk jalan-jalan, maka sejak tahun 2007, ia sudah berjaya menghasilkan 14 buku dan berjaya diadaptasi menjadi filem. Menarikkan? Jika anda suka Traveling, Trinity juga ada mengongsikan artikel Cara Mudah Menulis Perjalanan di blognya NakedTraveler.com.

5. Adam Ardisasmita

Adam Ardisasmita bersinar dengan niche Teknologi. Potensi yang ia miliki telah dimanfaatkan dengan baik hingga menjadikannya salah seorang blogger paling berpengaruh di Indonesia. Selain terkenal sebagai blogger, ia juga terkenal sebagai CEO sekaligus sebagai Co-founder bagi sebuah syarikat developer game Arsanesia. Bukan itu saja, idea kreatifnya membuatkan ia membuka kelas programmingnya yang diberi nama Dicoding Academy. Ketika ditanya apa yang memotivasikan dia menjadi blogger dan membuka kelas programming ini? Ternyata dia memiliki keyakinan bahawa negara indonesia memerlukan lebih ramai programmer dan game developer. Melalui pendidikan praktikal, murah dan mudah, ia dapat membantu ramai orang belajar mengembangkan diri dalam dunia teknologi.

6. Sonia Eryka

Sonia Eryka adalah seorang blogger yang popular dengan niche Fesyen. Sebelumnya ia menulis hanya untuk mengisi masa lapangnya sebagai pelajar. Ia tertarik untuk menulis tentang dunia kulinari, fesyen, filem dan tempat-tempat kegemarannya. Kerana minatnya itu, tidak disangka-sangka ia tersenarai dalam senarai blogger indonesia yang popular dan menjadi sumber rujukan fesyen bagi ramai orang. Ramai dari kawan-kawan dan pembacanya memuji koleksi fesyennya yang unik dan berbeza dari yang lain. Disebabkan ia terus mendapat sambutan positif, Sonia pun termotivasi untuk semakin terampil dan mengasah kemampuannya itu. Usahanya dalam dunia fesyen akhirnya membuahkan hasil yang manis dan selalu dijemput dalam pameran pakaian antarabangsa.

7. Marischa Prudence

Blogger yang hobinya traveling ini diberi nama Marischa Prudence. Sebelumnya ia bekerja sebagai seorang jurnalis di sebuah stesen television, namun ia beralih menjadi blogger sepenuh masa dengan tema travel blogger. Pekerjaannya sebagai jurnalis membuatkan dia selalu berjalan-jalan ke banyak wilayah di indonesia. Namun, ia lebih memlih untuk mengongsikan pengalaman dan kisahnya dalam blog peribadinya. Dia tidak menyangka dapat mencapai kejayaan yang gemilang dalam dunia blog. Dalam masa setahun saja, dunia blogging telah mendatangkan wang untuknya. Dari situlah dia telah yakin untuk mengundurkan diri dari pekerjaannya dan fokus dalam dunia blogging. Dengan ketekunannya, ia menjadi sebaris dengan blogger terkenal dan berjaya.

8. Annisa Steviani

Annisa Steviani adalah salah satu blogger parenting yang banyak dijadikan rujukan oleh keluarga muda di indonesia. Bagaimana mungkin? Ya, ini semua kerana Annisa sendiri memiliki ciri gaya bahasa yang menyenangkan. Apapun artikel yang ia kongsikan di blognya,  isinya akan terasa begitu hidup dan menyenangkan. Bahkan Anisa juga selalu menggunakan gif-gif yang lucu yang membuat tulisannya menjadi cerita dan hidup. Meskipun begitu tulisannya juga termasuk artikel yang informatif dan mengandungi banyak sekali isi yang positif. Artikel dari blognya pun jauh sekali dari kesan monoton. Anda boleh membaca sendiri gaya penulisannya di Annisast.com. Saya pasti anda akan merasa gaya bahasanya penuh keibuan.

9. Fooddirectory

Pernahkah anda membaca artikel terbitan dari Foodirectory yang merupakan salah satu penulis blog terkenal di indonesia? Kebanyakkan dari anda pasti mengenalnya kan? Kerana hobi Windy Iwandi dan Andrew Raharja yang menyukai dunia kulinari di kawasan kota Jakarta inilah yang membuat mereka terfikir untuk menyalurkan hobi mereka dalam bentuk tulisan. Maka, hasilnya tercetuslah idea tersebut dalam sebuah blog Foodirectory. Di dalamnya banyak info pengalaman mencari makanan yang tentu saja dapat dijadikan panduan bagi pembaca yang bingung hendak makan dimana. Namun, sejak akhir-akhir ini Fooddirectroy tidak menerbitkan sebarang artikel terbaru yang mungkin disebabkan virus pandemik covid19 yang melanda negara indonesia hari ini.

10. Asri Tadda

Berikutnya blogger yang terkenal, berjaya dan kaya raya dari aktiviti blogging adalah Asri Tadda. Siapa sangka, lelaki ini adalah seorang yang memegang sarjana kedoktoran. Bagaimana ia menjadi seorang blogger? Ya, dia berani menyimpang dari haluan sebelumnya dan memilih kerjaya sebagai seorang penulis blog. Bayangkan saja kini ia sudah berjaya memperoleh pendapatan dari iklan yang ada di ratusan blog yang dimilikinya. Hebat bukan? Sekarang ini pun ia terus memperluas perniagaan onlinenya dengan membangunkan sebuah sekolah perniagaan bernama Asta Media Blogging School dan masuk juga ke dunia Internet Marketer. Sangat hebat bukan? Setelah mengetahui kisah beliau, saya langsung bersemangat memperbaiki artikel ini.

Kesimpulan

Inilah nama-nama blogger terkenal yang berasal dari indonesia yang telah mencapai prestasi yang begitu luar biasa. Jejak yang mereka tinggalkan telah menjadi inspirasi kepada blogger pemula agar dapat mencapai impian mereka. Daftar blogger indonesia ini bukanlah sesuatu yang tetap sebab ia dapat berubah dan selalu akan berubah kerana kemajuan blogging di indonesia sendiri terus mengalami perkembangan. Sekarang pun semakin ramai blogger baru yang muncul dan membuat aktiviti menulis di website semakin berwarna warni. Semoga artikel ini memberi inspirasi kepada anda untuk terus maju. Maklumat ini saya perolehi dari blog Mastimon.com yang banyak menulis tentang tips dan trik untuk mengembangkan blog.

Share
Whatsapp
Tweet
Linkedin
Telegram
Email
Prev Article
Next Article

Recent Posts

  • 3 Strategi untuk Membina Tabiat Baik, Menurut James Clear
  • 31 Contoh Ayat Aktif
  • 31 Ayat Ayat Sweet
  • 10 Aksesori Mudah Alih yang Wajib Dimiliki
  • 31 Tips Untuk Membuat Hari Ini Lebih Baik dari Semalam

Tags

ayat bahagia Baju belajar berjaya blogger buku cinta google janji jenama kasih kata kata kehidupan kereta kerja komunikasi konsisten malaysia otak pelajar pelanggan perniagaan rindu rumah sahabat sakit sayang SEO setia tiktok twitter universiti wang wanita youtuber

SantroSondy.com

Copyright © 2023 SantroSondy.com
About | Contact | Privacy Policy | Disclaimer