SantroSondy.com

Menu
  • Home
  • Lirik Lagu
  • Senarai
  • Tutorial
Home
Senarai
5 Tips Blogging dari Blogger Carly

5 Tips Blogging dari Blogger Carly

Santro December 21, 2020

Blogger Carly mengongsikan 5 tips blogging yang dapat membantu kita mempertahan atau memperbaiki rutin blogging kita sebelum ini.

Sangat penting untuk mencari inspirasi dari blogger-blogger lain kerana mereka dapat memberikan anda perspektif yang bernilai melalui setiap konten yang mereka terbitkan.

Tabiat seperti ini akan membantu anda menjadi blogger yang berjaya di Malaysia.

Hi Bloggers, hari ini, saya akan kongsikan 5 tips blogging yang saya belajar dari Blogger luar negara yang bernama Carly.

Dan saya belajar dari dia kerana dia memberikan saya perspektif yang bernilai melalui konten yang dia terbitkan di Youtube.

Melalui videonya, saya mendapat berberapa poin yang saya fikirkan boleh diaplikasikan dalam rutin blogging anda selepas ini.

Tanpa membuang masa lagi, mari semak huraiannya satu per satu.

5 Tips Blogging dari Blogger Carly
carlyriordan.com

1. Mulakan

Apabila anda mahukan sebuah blog, anda perlu berusaha bergerak.

Dan caranya ialah, duduk di depan laptop, kemudian mula menaip.

Jangan risau sekiranya tidak sempurna, kerana tiada orang yang akan membaca blog anda pada mulanya.

Jangan beri tekanan pada diri di awal-awal ini, kerana, sering kali terjadi pada kebanyakkan orang, bersemangat tinggi pada mulanya, kemudian beransur-ansur pudar, dan akhirnya hilang.

Dengan tidak meletakkan tekanan pada diri sendiri, ia membantu anda bertahan dan terus mengasah kebiasaan menulis anda.

Mulakan saja dari platform blogger dan bila sudah mahir nanti, anda sentiasa boleh pindah ke platform lain seperti Wix dan WordPress. Oleh itu, mulakan.

Baca juga: 31 Tips untuk Konsisten Sepanjang Tahun

2. Tetapkan Niat Yang Betul

Blogging adalah permainan jangka panjang.

Anda mungkin akan kecewa, dan merasa rendah diri kerana tidak mencapai matlamat seperti yang diharapkan.

Tapi, dengan menetapkan niat yang betul, anda mampu bertahan hingga berjaya.

Cara memulakannya ialah dengan duduk dan berfikir “kenapa anda melakukan itu?” dan “Apa matlamat anda untuk itu?.

Kemudian, tetapkan satu ayat seperti ;

  • Saya mahu mulakan blog kerana saya mahu mempunyai saluran kreatif
  • Saya mahu membina portfolio bergambar online
  • Saya mahu menulis artikel sebanyak yang boleh

Dengan menetapkan niat seperti ini, anda mungkin dapat bertahan dan berkembang sebagai blogger, kerana niat seperti ini tidak terlalu berat atau memaksa anda.

3. Konsisten Selama 7 Tahun

Kebanyakkan orang apabila melihat Blogger atau Youtuber, akan berkata “Oh, inilah yang saya mahukan, mereka boleh melancong, berkerja dari rumah dan dapat benda dengan mudah”.

Bunyinya memang hebat.

Tapi, tahukah anda, jumlah sebenar blogger yang benar-benar mencapai kedudukan seperti itu adalah kecil.

Dan kebanyakan orang yang anda lihat sedang merasai kedudukan itu, sebenarnya telah melakukan perkara ini bertahun-tahun sebelumnya, hinggalah mereka menjadi siapa mereka sekarang.

Jika ingin mencapai kedudukan seperti itu, usahakanlah untuk konsisten selama 7 tahun.:

  • 3 tahun pertama – Menguasai Selok Belok Blogging
  • 5 tahun seterusnya – Menempa nama di Malaysia
  • 7 tahun kemudian.- Menempa nama di Dunia

4. Utamakan Kualiti

Anda mesti memastikan setiap konten yang dihasilkan dalam keadaan yang terbaik.

Walaupun anda baru bermula, lakukan dengan sehabis baik, supaya anda boleh jadi lebih menonjol dari blogger yang mempunyai 9 tahun pengalaman.

Gunakan gambar untuk membantu pembaca lebih mengenali personaliti anda.

Dan anda tidak perlukan kamera yang mahal untuk bermula, anda hanya perlu gunakan kamera handphone anda untuk menangkap Gambar, dan semasa menangkap gambar, beri tumpuan pada pencahayaan supaya kelihatan lebih natural dan menarik.

Ada pepatah yang terkenal “Sekeping gambar bernilai 1,000 perkataan”, oleh itu, luangkan masa untuk berlatih menangkap gambar supaya anda dapat menyampaikan masej anda kepada pembaca anda.

5. Kualiti dalam Kuantiti Konsisten

Anda pasti pernah mendengar “Kualiti Mengatasi Kuantiti”, sebenarnya lebih baik jika “Kualiti Dalam Kuantiti Konsisten”.

Caranya ialah kenalpasti apa yang terbaik dan produktif untuk anda, Dan jika anda tidak dapat menerbitkan artikel setiap hari, terbitkanlah dua atau tiga kali seminggu.

Dan sedarlah akan kemampuan diri anda dan katakan “Saya pasti yang saya dapat terbitkan dua artikel setiap minggu hari isnin dan rabu” Kemudian, berpegang teguhlah pada pernyataan tersebut.

Jika sebelum ini saya menggunakan pepatah “Sekeping gambar bernilai 1,000 perkataan”, sekarang, saya ingin gunakan pepatah “1,000 gambar bernilai 1,000,000 perkataan”.

Saya yakin anda akan berjaya dengan menjaga kualiti dalam kuantiti konsisten.

Kesimpulan

Setiap orang suka pada benda-benda bernilai.

Dan jika anda mampu menyediakan aspek-aspek bernilai ini, anda sudah berjaya sebagai blogger, kerana ramai yang akan membaca artikel anda.

Jika sebelum ini anda menulis blog tanpa merasai betapa bernilainya konten anda, maka sudah tiba masanya untuk anda mengubah gaya tersebut, memandangkan kita sudah berada di hujung tahun 2020, sematkan dalam minda untuk menghasilkan konten yang dapat memberikan nilai kepada anda dan pembaca anda yang sentiasa menyokong dan mengagumi konten-konten anda.

Pastikan anda mencuba sehabis baik untuk menghasilkan konten terbaik ketika memulai kerana hanya dengan cara itu anda boleh menjadi blogger No.1 di Malaysia.

Share
Whatsapp
Tweet
Linkedin
Telegram
Email
Prev Article
Next Article

Recent Posts

  • 3 Strategi untuk Membina Tabiat Baik, Menurut James Clear
  • 31 Contoh Ayat Aktif
  • 31 Ayat Ayat Sweet
  • 10 Aksesori Mudah Alih yang Wajib Dimiliki
  • 31 Tips Untuk Membuat Hari Ini Lebih Baik dari Semalam

Tags

ayat bahagia Baju belajar berjaya blogger buku cinta google janji jenama kasih kata kata kehidupan kereta kerja komunikasi konsisten malaysia otak pelajar pelanggan perniagaan rindu rumah sahabat sakit sayang SEO setia tiktok twitter universiti wang wanita youtuber

SantroSondy.com

Copyright © 2023 SantroSondy.com
About | Contact | Privacy Policy | Disclaimer