SantroSondy.com

Menu
  • Home
  • Lirik Lagu
  • Senarai
  • Tutorial
Home
Senarai
7 Contoh Situasi Waktu yang Tepat untuk Berubah

7 Contoh Situasi Waktu yang Tepat untuk Berubah

Santro April 12, 2020

Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) berkuatkuasa, saya terfikir untuk menulis mengenai situasi-situasi yang sesuai untuk berubah tanpa menunggu 31 Disember tahun ini. Pada hari ini, saya akan mengongsikan 7 situasi yang menunjukkan itulah waktunya untuk berubah. 7 Situasi tersebut ialah Bila Merasakan Tiada Pengharapan, Bila Tidak Makan 3 Kali Sehari, Bila Tidak Tidur 8 Jam Sehari, Bila Tidak Bercakap Dengan Pasangan, Bila Tidak Mempunyai Sahabat, Bila Menghadapi Kegagalan dan Bila Tiada Pendapatan Tetap. Teruskan membaca kerana 7 situasi yang kecil ini boleh memberi impak yang besar kepada perkembangan diri anda pada hari ini dan masa depan.

berubah

Kredit: Jan Vašek (Pixabay)

7 Contoh Situasi Waktu yang Tepat untuk Berubah

1. Berubah bila merasakan tiada pengharapan

Bila anda merasakan tiada harapan, besar kemungkinan hidup anda tidak ada kemajuan. Harapan mungkin merupakan sumber motivasi paling penting. Kebanyakan dari kita bekerja kerana kita mengharapkan gaji yang bakal diterima; blogger menghasilkan artikel setiap hari kerana mereka mengharapkan ramai pembaca akan datang ke blog mereka; dan para pelajar membuat persiapan sebelum peperiksaan sepenuh hati kerana mereka mengharapkan markah yang baik.  Hasil kajian Daniel Goleman, 1995 mendapati individu yang menyimpan paras harapan tinggi menemui cara untuk bekerja lebih keras dan akhirnya mencapai matlamat. Manakala individu yang memiliki paras harapan rendah telah kehilangan dorongan dan berputus asa. Dengan itu, pasanglah harapan yang menjadikan hidup anda lebih baik setiap hari.

Baca juga 10 Perkara Yang Harus Dipegang Bila Merasa Bodoh.

2. Bila tidak makan 3 kali sehari

Bila anda tidak makan 3 kali sehari, besar kemungkinan kitaran tenaga anda tidak panjang. Makanan merupakan sumber yang membekalkan tenaga pada manusia. Kebanyakan dari kita makan dengan banyak kerana mengingat pekerjaan yang bakal kita lakukan sangat berat; kita makan kerana kita tahu sukar untuk menumpukan perhatian bila perut terasa lapar; dan kita makan kerana mahu mengejar matlamat kita dengan cepat dan bertenaga. Menurut pemerhatian saya, individu yang makan 3 kali sehari dapat bekerja dalam jangka masa panjang kerana tenaga mereka cepat pulih selepas berehat beberapa jam. Manakala individu yang tidak makan 3 kali sehari hanya dapat bekerja dalam jangka masa singkat kerana selain tekanan emosi, tenaga mereka juga pulih dengan perlahan. Oleh itu, usahakanlah untuk makan 3 kali sehari agar kitaran tenaga dan tumpuan anda dapat membantu anda bekerja semakin baik setiap hari.

3. Berubah bila tidak tidur 8 Jam Sehari

Bila anda tidak tidur 8 jam sehari, besar kemungkinan proses perubahan anda akan menjadi lebih mencabar. Tidur bukan saja sangat penting untuk kesihatan, ia juga penting untuk daya ingatan dan keupayaan anda memberikan tumpuan. Kebanyakan dari kita tidak tidur 8 jam sehari kerana ingin mengejar matlamat harian; kerana mengingat setiap individu itu berbeza keperluan tidurnya; dan mungkin kerana  kita tidak tahu keajaiban tidur yang sebenar. Pada pendapat saya, individu yang mendapatkan tempoh tidur yang konsisten setiap hari lebih sihat, kuat daya ingatan dan lebih senang memberikan tumpuan. Manakala individu yang tempoh tidurnya tidak konsisten bukan saja membuatkan mereka merasa tidak sihat, lemah daya ingatan dan kurang tumpuan, malah akan menganggu kestabilan kemajuan hidup mereka. Disebabkan itu, adalah lebih baik sekiranya anda mendapatkan tidur yang konsisten sekurang-kurangnya 6-8 jam sehari mengikut keperluan anda.

4. Bila tidak bercakap dengan pasangan

Bila anda tidak bercakap dengan pasangan anda, besar kemungkinan salah faham akan berlaku. Komunikasi bukan saja sangat penting untuk mengesahkan yang kita mencintai pasangan kita, ia juga penting untuk mengurangkan salah faham dan merupakan pengungkapan rasa cinta pada pasangan kita. Kebanyakan dari kita tidak bercakap dengan pasangan kerana menganggap dia memahami kita; kerana kita sibuk dengan pekerjaan kita; kerana kita mahu menganggu dia; dan mungkin juga kerana kita sudah mempunyai pasangan yang lain. Tanpa komunikasi yang konsisten, persepsi akan mengambil alih. Apa yang membimbangkan atau tidak baiknya tentang persepsi ialah ianya mudah dipengaruhi oleh persekitaran kita yang kadang-kadang membawa kepada tindakan negatif. Untuk menghentikan persepsi negatif dari terus mendominasi fikiran pasangan kita, kita perlu bercakap. Oleh itu, apabila anda sedar anda sudah lama tidak bercakap dengan pasangan anda, berubahlah dengan meluangkan masa untuk bercakap-cakap dengannya.

5. Bila tidak mempunyai sahabat

Selain keluarga, sahabat juga merupakan kumpulan kedua yang paling rapat dengan anda. Bila anda tidak mempunyai sahabat, anda akan menikmati hidup anda keseorangan. Jangankan waktu sedih, waktu gembira pun anda masih keseorangan. Jika anda merasai situasi ini, anda perlu belajar untuk bersahabat.

6. Berubah bila menghadapi kegagalan

Kegagalan adalah tanda bahawa kaedah yang anda gunakan tidak sesuai. Anda juga menghadapi kegagalan kerana anda sedang belajar untuk melakukan perkara yang betul. Kegagalan boleh dilihat dari sudut positif sekiranya anda belajar sesuatu daripadanya. Setelah belajar dari kegagalan, anda boleh menggunakan hasil pembelajaran tersebut untuk melakukan perkara yang betul.

7. Berubah bila tiada pendapatan tetap

Pendapatan tetap hanya ada jika anda ada pekerjaan tetap. Jika situasi ini berlaku dalam kehidupan anda, tindakan yang perlu dibuat ialah mencari satu kerja yang tetap. Dalam dunia teknologi sekarang, sangat senang untuk anda mencari dan melakukan kerja-kerja tetap yang anda suka.

Kesimpulan

Anda tidak perlu lagi menunggu sehingga 31 Disember untuk berubah. Cukuplah sekiranya salah satu dari 7 situasi ini memukul anda. Jika anda bijak dan mudah terajar anda pasti akan berubah, semakin cepat anda mengambil keputusan untuk berubah, maka semakin cepat jugalah perubahan berlaku dalam hidup anda. Terima kasih kerana mengambil masa untuk datang dan membaca artikel ini pada hari ini, sekiranya anda suka dengan artikel ini sila sharekan kepada kawan-kawan anda yang lain.

Share
Whatsapp
Tweet
Linkedin
Telegram
Email
Prev Article
Next Article

Recent Posts

  • 3 Strategi untuk Membina Tabiat Baik, Menurut James Clear
  • 31 Contoh Ayat Aktif
  • 31 Ayat Ayat Sweet
  • 10 Aksesori Mudah Alih yang Wajib Dimiliki
  • 31 Tips Untuk Membuat Hari Ini Lebih Baik dari Semalam

Tags

ayat bahagia Baju belajar berjaya blogger buku cinta google janji jenama kasih kata kata kehidupan kereta kerja komunikasi konsisten malaysia otak pelajar pelanggan perniagaan rindu rumah sahabat sakit sayang SEO setia tiktok twitter universiti wang wanita youtuber

SantroSondy.com

Copyright © 2023 SantroSondy.com
About | Contact | Privacy Policy | Disclaimer