SantroSondy.com

Menu
  • Home
  • Lirik Lagu
  • Senarai
  • Tutorial
Home
Senarai
4 Tips Belajar Jika Meminati Sesuatu Bidang

4 Tips Belajar Jika Meminati Sesuatu Bidang

Santro January 22, 2020

Sekarang kita dipermudahkan dengan teknologi internet untuk belajar atau untuk mendapatkan perkembangan semasa.

Jika kita meminati sukan, kita boleh buat aturan untuk sentiasa mendapat berita berkenaan.

Jika kita meminati muzik, kita boleh buat aturan untuk sentiasa mendapat berita berkenaan.

Jika kita meminati sains, kita boleh membuat aturan untuk sentiasa mendapat berita berkenaan.

Jika tidak tahu bagaimana caranya, kenali orang yang tahu, dekati orang tersebut, dan belajar.

Kita boleh mengatur maklumat yang kita ingin fahami lebih dalam.

Kita sentiasa boleh menjadi apa yang kita inginkan asalkan kita pandai membuat aturan.

Tulis apa yang dipelajari dan baca sekurang-kurangnya setahun sekali mengikut keperluan masing-masing.

belajar

Credit: Karolina Grabowska

Berikut ini 4 tips belajar bidang yang kita minati.

1. Menulis matlamat

Menulis matlamat pada kertas adalah cara terbaik untuk mula mendalami sesuatu bidang, terutamanya bidang yang bakal menyara hidup kita.

Ini bagi memastikan kita tidak tersasar dalam usaha mengejar matlamat utama kita.

Sering terjadi, apabila kita bersungguh-sungguh bekerja untuk matlamat kita, orang lain akan cenderung mengalihkan pandangan kita  ke arah lain.

Jadi untuk mengelakkan dari berlakunya perkara itu, adalah bijak jika kita menulisnya pada kertas agar kita boleh melihatnya dan menambahkan pengetahuan kita dari semasa ke semasa.

2. Menulis Jurnal dan refleksi

Menulis jurnal dan refleksi menambahkan  pengetahuan kita setiap hari.

Semasa menulis jurnal, pastikan ada perkembangan.

Dan jangan lupa juga untuk mengenali diri kita semasa dalam proses mencapai matlamat.

Tuliskan semua yang kita perlukan untuk mencapai matlamat kita seperti tips, trik, dan orang-orang pakar dalam sesuatu bidang.

3. Memanfatkan Kamera Handphone

Manfatkan kamera handphone kita untuk menangkap sumber inspirasi yang ada disekililing kita.

Selain itu, kita juga boleh menangkap gambar untuk membuat persembahan “Sebelum dan Selepas”.

Oleh itu, tangkaplah gambar yang membuat kita terinspirasi atau termotivasi untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya.

4. Mempunyai role model

Role Model dapat dijadikan sebagai batu loncatan untuk kita menjadi lebih baik

Ada ramai role model yang baik di internet

Kita hanya perlu memilih saja.

Jika kita tidak dapat membayar wang untuk lantikan role model, silakan follow mereka di sosial media agar kita dapat update terbaik dari semasa ke semasa.

Baca juga: 32 Tips untuk Konsisten Sepanjang Tahun

Kesimpulan

Apabila kita meminati sesuatu bidang, mulakan dengan menulis matlamat kita, dan kemudian konsistenlah menulis pengetahuan dan pengalaman setiap hari.

Amalan ini akan membantu kita menjadi semakin hari semakin baik.

Itulah saja perkongsian saya hari ini.

Semoga berjaya.

Share
Whatsapp
Tweet
Linkedin
Telegram
Email
Prev Article
Next Article

Recent Posts

  • 3 Strategi untuk Membina Tabiat Baik, Menurut James Clear
  • 31 Contoh Ayat Aktif
  • 31 Ayat Ayat Sweet
  • 10 Aksesori Mudah Alih yang Wajib Dimiliki
  • 31 Tips Untuk Membuat Hari Ini Lebih Baik dari Semalam

Tags

ayat bahagia Baju belajar berjaya blogger buku cinta google janji jenama kasih kata kata kehidupan kereta kerja komunikasi konsisten malaysia otak pelajar pelanggan perniagaan rindu rumah sahabat sakit sayang SEO setia tiktok twitter universiti wang wanita youtuber

SantroSondy.com

Copyright © 2023 SantroSondy.com
About | Contact | Privacy Policy | Disclaimer