Begini Rutin Blogging Pendek

Ad Blocker Dikesan

Laman web kami dimungkinkan dengan memaparkan iklan dalam talian kepada pelawat kami. Sila pertimbangkan untuk menyokong kami dengan menyahaktifkan Ad Blocker anda.

Untuk mengelakkan dari menulis keyword yang sama di platform blogger, penulis perlu melihat kepada artikel terdahulu.

Semasa melihat, terus tumpukan perhatian sehingga idea penulisan timbul di fikiran. Idea penulisan datang dalam 2 bentuk: Bentuk yang pertama ialah pernyataan dan bentuk yang kedua ialah soalan.

Itulah cara saya mendapatkan idea untuk konten blog ini. Setelah mendapat idea, tiba masanya untuk menghuraikan idea tersebut.

Semasa menghuraikan sesuatu idea, bebaskan diri supaya pandangan tidak tertumpu pada sudut yang tidak produktif. Carilah sudut yang dapat memaksimumkan produktiviti penulisan.

Produktif yang dimaksudkan disini ialah menguntungkan penulis. Keuntungan bertambah apabila pembaca mula menyukai tulisan dalam sesebuah blog.